𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟎 𝟗

13.3K 831 26
                                    

Kaki bermundar-mandir, tangan yang getar sambil menutup mulut.

"Kau ni, relax lah Maya. Jangan risau sangat." kata Dina yang sudah mula rimas dengan kelakuan ku,

"Kau tak faham ke?! Yang aku nak jumpa ni bukan pelajar biasa, kau faham tak?!!" jeritku sambil mengoncangkan bahu Dina,

"Maya, Ya Allah sabar woi jangan macam ni!" bentak Sara pula, manakala Ikha pula cuba untuk menarik diriku dari mengoncang Dina.

"Relax lah kaklong." halang Ikha,

"Macam mana aku nak relax? Dia nak jumpa aku waktu rehat ni!" ujarku bernada cemas,

"Maya, i'm sure takde apa-apa. Relax ok?" pujuk Sara sambil menggosok tubuh belakangku.

"Ok tarik nafas, hembus. Lepas tu ulang balik!" arah Dina sambil menenangkan aku. Aku ikuti apa yang di arah Dina,

"Kauorang agak-agak, Irfan nak jumpa aku sebab apa eh?" soalku selepas kembali tenang.

"Ada hal kut, mungkin pasal kauorang?" teka Dina, aku memandangnya hairan,

"Hal kitaorang?" soalku, mereka mengangguk serentak.

"Manalah tahu dia nak cakap yang dia dah mula suka kau ke?" teka Ikha tiba-tiba, terbeliak mataku apabila mendengar ayat yang diujar Ikha,

"Kau ni-" belum sempat aku menghabiskan ayat, Ikha terlebih dahulu memotong.

"Ok so petang ni kita jumpa dekat rumah Maya, buat study group. Ok cun!" potongnya,

Kami bertiga hanya menggelengkan kepala, ada aje nak tukar topik. Nasib sayang kalau tidak, kubur lah tempat kau. Hahaha.

Waktu rehat pun tiba, terasa sangat cepat waktu berlalu. "Haih, kenapa cepat sangat rehat hari ni." keluhku,

"Maya, jom makan." ajak Dina,

"Kauorang pergi dulu, aku nak pergi tandas kejap." balasku,

"Eleh, padahal nak elak dari bertembung dengan Irfan kan?" tebak Sara bernada mengusik.

"Jangan sampai aku jadikan kauorang makanan aku malam ni." ugutku dengan nada seraya senyuman sinis dihadiahkan, mereka diam. Tahu pun terdiam, aku tanpa membuang masa, segera menuju ke tandas.

Selepas siap aku membuat apa yang patut, aku menuju ke arah cermin tandas sambil membasuh mukaku,

"Sukalah kau kan? Irfan backup kau?" sinisnya tanpa sebarang sapaan,

"Apa kau merepek ni?" tanyaku dingin tanpa melihat tuan empunya suara.

"Jangan buat bodoh lah, Maya. Kau sukalah kan Irfan marah aku sebab aku tumpahkan air atas baju kau semalam?" Farisya merengus,

"Salah aku ke kalau Irfan marah kau? Lagipun itu memang salah kau." balasku selamba, Farisya merenungku geram,

"Hebat betul bomoh yang kau guna kan? Sebelum kau pindah dekat sekolah ni, hubungan kitaorang ok je tau, tapi lepas kau wujud, hubungan kitaorang selalu huru-hara!" desis Farisya kasar, aku mula mengerut kening,

"Apa kau cakap ni? Kau nak kata yang aku bomohkan Irfan? Hah?" soalku bernada sedikit kuat,

"Memang betul pun kan? Kalau bukan sebab bomoh kau, Irfan tak akan berubah sampai macam ni lah!" herdikya, aku terkedu.

"Jangan tuduh kalau tak tahu apa-apa." tekanku,

"Huh, sanggup gadaikan maruah untuk lelaki." sindir Farisya dengan senyuman senget di bibir,

"Cakap dengan cermin ke?" sinisku,

Farisya merengus geram. "Kau jangan nak cari pasal dengan aku!" tengking Farisya,

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now