𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟐 𝟔

11.6K 720 58
                                    

Sedang lena aku dibuai mimpi, aku terdengar sesuatu yang janggal di sliding door yang berada di balkoni. Kedengaran seperti orang cuba untuk memasuki bilikku, perasaan takut menguasai diri. Perlahan-lahan aku melangkah ke sliding door itu, langsir aku menyelaknya sedikit.

Belum sempat aku melihat wajahnya, sliding door itu berjaya terbuka. Aku terkejut lalu terjerit agak kuat, terus figura itu menutup sliding door lalu mendapatkanku.

"Kau siapa, jangan kacau aku! Tolong pergi!!" air mata mengalir laju akibat takut, aku cuba untuk melepaskan genggamannya. Aku cuba untuk memukulnya di bahagian belakang, kedengaran dia mengerang sakit sedikit.

"Sumayah, Sumayah! Aku, aku. Irfan."

Terus aku berhentikan perbuatanku, aku merenung wajah itu tajam.

"Apa hal pandang aku macam tu?"

Aku mengetap bibir lalu memukulnya kuat, cepat-cepat Irfan dia mengejarku, terus kaki memecut lari naik ke katil.

"Kau nak lari mana?" dengan sinis Irfan mengujar lalu laju langkahnya untuk mendapatkan tubuhku. Ini Sumayah lah, johan waktu lumba lari dulu. Hahaha!

"Padan muka, werk!" cantasku,

Baru sahaja aku mahu menjauhkan diri dari figura Irfan, tiba-tiba ditarik lalu tubuhku dipeluk erat supaya aku tak dapat melepaskan diri.

Tak sempat mahu menepis, mata kami terhubung. Lama. Anak mata jejaka itu menusuk dalam ke anak mataku.

Selepas lama bertatapan, Irfan melepaskan dakapan lalu berdehem. Manakala aku membetulkan kedudukan lalu membina jarak antara kami.

Irfan tanpa kata terus melangkah keluar dari lantai bilikku,

Hilang sahaja kelibat Irfan dari pandangan kasar, terus aku menghela nafas lega. Keluar juga mamat ni, ingat kan dah tak reti nak keluar.

Pipiku tiba-tiba merona merah, malu! Tatapan dia tadi, buat jantung aku hampir terhenti. Wajah kacaknya terngiang-ngiang di minda fikiran, tersenyum aku seketika.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Ada lagi ke barang yang belum beli?" soalku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Nope, 100% complete." balas Faiz lalu menaikkan ibu jarinya.

"Alhamdulillah, settle juga! Perut aku dah bernyanyi ni, jom makan!" ajak Zaril sambil melompat seperti kanak-kanak ribena.

Adam hanya menggelengkan kepalanya, apalah nak jadi dengan pondan ni. Makan aje kerjanya.

Selesai semua benda, masing-masing pulang dengan keadaan yang penat.

"Sumayah, aku keluar jap."

"Kau nak pergi mana?" tanyaku gelisah, ya. Gelisah.

Irfan menghentikan pergerakannya lalu memandang ke arah anak mataku, dia perlahan menuju ke arahku. Dia mengambil tempat di sebelahku, anak matanya menusuk anak mataku lama.

"Kenapa pandang aku macam tu?" tanyaku,

"Saje." balasnya sepatah.

Ewah, boleh dia kata saje? Pandangan tu kalau boleh nak tikam sampai tembus anak mata. Air liur kutelan.

"Aku pergi dulu."

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now