𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟏 𝟏

13.7K 879 168
                                    

"Wow, guys look what we found here."

Satu suara yang tidak janggal bagi telingaku mendengar, aku mendongak ke arah figura tersebut, Aku mengeluh beberapa saat.

"Nak apa?" tanyaku kepadanya dingin,

"Aku nak Irfan." balasnya selamba, aku dah agak benda ni akan berlaku kalau aku bertembung dengan dia.

"Tak habis lagi ke, Farisya?" tanyaku lagi dengan nada sudah naik menyampah ke arah Farisya dan rakan-rakan nya, Neliya dan Melissa.

"Aku tak akan mengalah selagi aku belum dapatkan Irfan dan tak dapat buat hidup kau merana." sinis Farisya dengan tangan yang memeluk tubuh,

"Kau nak buat apa?" balasku dengan pertanyaan sambil mukaku yang mula tegang, dengan tiba-tiba Farisya menggenggam lenganku kuat,

"Aku akan buat semua orang benci kau." ugut Farisya dengan senyuman sinis yang terukir, dengan kuat aku melepaskan genggaman Farisya.

"Did you think that i'll scared of you?" balasku lagi, muka Farisya yang kemerahan dengan perasaan amarah terus mengangkat tangannya ke atas,

Hampir sahaja tapak tangan nya mendarat dipipiku, tiba-tiba ditahan oleh satu figura jejaka, jejaka itu terus menepis tangan Farisya dari terangkat. Mata Farisya serta merta membesar apabila melihat wajah figura itu, begitu juga aku.

"I-Irfan..."

"Kau nak buat apa?" tanya Irfan dengan muka yang sangat tegang seraya merenung anak mata Farisya tajam, hal itu membuat Farisya menundukkan pandangan nya dari bertentangan mata dengan jejaka itu.

"Aku tanya, apa yang kau cuba buat?" tangan Irfan kini memeluk tubuh lagi menambahkan kegerunan didalam dirinya.

"Sabar Ipan, jangan macam ni, kita dekat public sekarang ni." halang Adam dan Zaril sambil menggenggam bahu sahabatnya itu,

Aku yang berada disitu hanya terdiam, terkedu. Apa perlu aku buat? "Farisya, tolonglah. Jangan buat kecoh dekat sini boleh tak? Tak cukup ke dekat sekolah kauorang buat macam-macam hal?" tegas Faiz, manakala Farisya dan rakan-rakannya hanya diam.

"Dahlah, tak payah nak besarkan keadaan. Farisya tak buat apa-apa pun dekat aku." halangku terlebih dahulu sebelum keadaan bertambah buruk,

"Jangan halang, boleh?" sampuk Irfan sambil memandangku serius.

"Irfan, kita dekat public tau. Tak sesuailah kalau nak bertekak dekat sini." desisku,

Farisya tanpa kata-kata, terus melangkah beredar, sempat dia melanggar bahuku kasar, "Ingat eh, aku belum selesai lagi dengan kau." dengan kasar dia menolak bahuku, aku hanya diam dan tidak memberi satu balasan.

"Maya, kitaorang dah siap-" Dina mematikan ayatnya apabila melihat keadaan kami,

"Kitaorang tertinggal bas ke?" tanya Ikha sambil memandang kami berlima,

"Kauorang memang selalu tertinggal bas." jawab Adam dan Zaril selamba.

"Pernah rasa kena makan selipar tak?" soal Dina halus, mereka berdua menggeleng. "Nak cuba?" pelawa Ikha pula, Adam dan Zaril pantas menggeleng kan kepala, tahu pun takut, hahaha.

"Faiz, apa yang jadi? Macam serius aje?" Sara kembalikan soalan tersebut kepada Faiz

Faiz memggeleng kepala, "No, nothing serious." balas Faiz lalu melontarkan senyuman kepada Sara.

"Sure? Maya?" soalan Sara berpaling ke arah aku, aku hanya mengangguk supaya mereka tidak risau.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now