𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟑 𝟓

11.4K 622 114
                                    

Setelah sebulan menduduki percubaan SPM, akhirnya tamat juga.

"Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah! Boleh lah aku baring dengan nyenyak lepas ni." kata Zaril syukur sambil menggeliatkan tubuhnya.

"Helo, jangan nak act macam kita dah habis SPM ya. Just trial, not real." Faiz mengingatkan,

"Jangan potong mood aku, jantan. Aku baru nak release tension ni. SPM sebenar tu kita tolak tepi kejap. Bagi aku bahagia kejap."

"Yalah, Encik Zaril Dayyan." balas Adam dan Faiz selamba,

"Dua bulan lagi, habis lah kita sebagai pelajar sekolah. Tak sangka, pejam celik, pejam celik. Dah dekat setahun aku pindah sini. Rasa macam baru pindah semalam." luahku spontan. Tipulah kalau kata hati tak berduka untuk tinggalkan segala macam di sekolah. Mereka mengangguk setuju,

"Ala, tak apa. Kalau ada rezeki, mana tahu kita satu kolej pula, betul tak?" ujar Dina, kami mengangguk lagi.

"Gembira lah selagi mana kau boleh bergembira, Maya. Aku takkan lupa apa yang aku cakap pada kau. Aku akan buat Irfan benci pada kau, sampai bila-bila. Kau belum kenal lagi siapa Ungku Farisya yang sebenarnya."

Tiba-tiba, datang dari mana seorang jejaka di belakang Farisya sambil menyelut tangannya ke dalam poket seluar.

"Apa kata, kita kerjasama. Kau dapatkan Irfan, dan aku dapatkan Maya balik."

Farisya terkejut mendengar suara garau yang berada di belakangnya, terus dia menoleh ke belakang.

"Kau siapa?" soal Farisya,

Rafiq tidak menjawab malah tersenyum sinis, "Aku boleh bantu kau untuk dapatkan Irfan, tapi dengan syarat, kau kena tolong aku."

"Tolong apa?" dia tersenyum sinis lagi.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Aku yang sedang berada di depan meja belajar mengulang kaji untuk SPM yang akan datang tak lama lagi.

Memang rutin harian aku sekarang penuh dengan ulang kaji, belajar, ulang kaji, belajar. Demi masa depan ni, aku kena buat betul-betul!

Apa yang aku tak faham, aku akan tanya Irfan. Kalau aku tak faham Matematik, dia lah calculator aku. Kalau aku tak faham Bahasa Inggeris, dia lah translator aku.

Pintu dikuak perlahan oleh mama yang membawa hidangan ke dalam bilik untuk aku. Maklumlah, puteri kesayangan dia ni dah belajar seharian.

Ya, aku dekat rumah mama aku. Tak duduk sebumbung dengan Irfan. Alasan? Masing-masing nak fokus belajar. Rindu? Tipulah kalau aku tak rindu suami aku.

"Sayang, mari makan dulu. Dah lama anak mama belajar, mesti penat kan." pelawa mama, aku hanya tersenyum lalu mengangguk.

Aku mengambil kek cawan yang berada di atas talam itu lalu membawanya ke dalam mulut.

Nikmat,

"Sedapnya, kek cawan mama. Tak pernah kurang pun sedap dia." pujiku, jujur.

"Mama tahu," balas mama sambil senyum.

"Tak apalah, mama keluar dulu. Nak hidang dekat abang-abang awak tu pula. Kalau tak, boleh menggelupur satu badan diaorang tu." ujar mama seraya perlian, aku hanya tergelak kecil lalu mengangguk.

Baru sahaja mama keluar, satu notification bunyi di telefonku. Nama Irfan terpapar.

hubby <3

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now