𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟐 𝟐

11.5K 634 74
                                    

"Maya, Cikgu Jefry panggil kau." panggil Dina, aku mengangkat kening. Entahlah kenapa, rasa macam tak sedap hati. Mungkin perasaan aku aje kan?

Aku tanpa melengahkan masa terus mengangguk, aku terus melangkah pergi.

Sebelum masuk, aku mengetuk pintu bilik guru itu terlebih dahulu. Setelah dibenarkan masuk, aku memberi salam sebelum melangkah masuk. Aku menunduk hormat ke arah Cikgu Liyana.

"Ye, cikgu. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" soalku prihatin, Cikgu Jefry merenungku lama.

"Malam ni, teman saya. Boleh?" dengan spontan Cikgu Jefry menanyakan hal itu kepadaku, lidahku tiba-tiba kelu.

"Awak jangan salah faham ye, saya ada benda nak minta tolong awak. Boleh kan?" sambungnya, tak mahu aku fikir lain. Terus aku mengangguk kekok.

Aku kena hadap lagi lah si ketua pengawas tu kan? Haish, mesti kena soal lagi. Sejujurnya, kali ni aku dah tak berani nak ujarkan nama Cikgu Jefry di depan jejaka itu.

"Sekali lagi cikgu, saya minta maaf pasal dekat funfair tu." ucapku, Cikgu Jefry hanya tersenyum manis.

"Takpe, kalau sengaja pun saya ok." Cikgu Jefry tersenyum miang, terus terkedu aku.

"Takdelah, saya gurau aje. Jangan ambil serius ye?" nafasku kembali teratur, pandai pula Cikgu Jefry ni nak bergurau.

"Kalau takde apa, saya keluar dulu." Cikgu Jefry mengangguk, terus kakiku melangkah keluar dari bilik guru.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Kenapa cikgu panggil?" soal Sara sebaik sahaja aku tiba ke arah mereka,

"Cikgu minta tolong." balasku ringkas, mereka memandang tepat ke arah anak mataku.

"Minta tolong? Minta tolong apa?" soal mereka lagi, aku hanya menjongket bahu. Nak tahu, kena tunggu malam ni.

"Malam ni, aku kena teman dia. Taktahu lah nak ke mana." cantasku, mereka mengangguk.

"Kauorang, tak perasan apa-apa ke?" Dina menyoal kami bertiga, kami memandangnya pelik.

"Maksud kau?" soal Ikha, Dina mencebik. Tak sangka, lembab juga otak tiga orang sahabatnya ini. "Cikgu Jefry, selalu sangat ajak Maya kalau nak pergi mana-mana. Dah macam kekasih sehati sejiwa." Dina memberi pandangannya.

"Kau nak cakap yang Cikgu Jefry suka Maya ke?" tebak Sara, Dina perlahan mengangguk. Aku menayangkan wajah yang berkerut.

"Agak-agaklah, kalau dia nak suka aku pun. Aku dengan dia? Tak sesuai langsung! Dah, tak payah buruk sangka. Tak baik tau." balasku dengan tegas, tiba-tiba mereka mengukirkan senyuman.

"Kalau kau tak sesuai dengan Cikgu Jefry, kau sesuai dengan siapa? Irfan?" seloroh Dina sambil bermain-main jarinya ke arahku.

Aku terdiam, nak angguk? Memang taklah, nak geleng, pun tak. Aku pun taktahu apa maksud perasaan ni. Macam suka, tapi tidak. Macam menyampah, tapi tidak juga. Ah, yang pasti aku taktahu.

Baru sahaja aku mahu membalas, sudah ada yang memotong. "Irfan, hanya untuk i sorang sahaja. No one can take him from me, remember that girls." ujar Farisya dengan penuh berkeyakinan.

Dina dan Ikha sudah mula naik muak, "Perasan." tutur mereka berdua. Farisya hanya menjeling lalu mengalihkan pandangan ke arahku.

"Maya, jauhkan diri daripada Irfan, dia aku punya. Kau siapa je nak rampas hak orang?" wah, dia cakap dengan cerminlah.

Aku hanya diam, tidak membalas apa-apa.

"Sebelum kau muncul, aku dan Irfan bahagia je tau. Aku sayang dia, dia sayang aku. We are the perfect couple you know? Tapi since kau pindah sini, hubungan kitaorang hancur. Harga kau memang murah kan?"

Terdiam. Mulut bagai dikunci, jadi.. betullah yang mereka pernah ada hubungan sebelum ni? Tapi disebabkan kehadiran aku, diaorang terpaksa berpisah.

"Farisya, kau jangan nak buat fitnah dekat sini! Kau berambus lah!" tengking Dina, kali ni dia memang tak dapat tahan amarahnya yang sudah lama tertanam dalam sudut hati.

Farisya memandang kami jijik, lalu terus meninggalkan kami. Aku menahan air mutiara di sebalik kelopak mata.

"Kau jangan pedulikan apa yang dia cakap tu, Maya. Semua tu tak betul, Farisya dan Irfan tak pernah ada apa-apa hubungan pun. Si Farisya tu aje syok sendiri." Ikha cuba meyakinkan aku, disokong oleh Dina dan Sara.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Sumayah," panggil jejaka itu selepas kami memasuki rumah, aku hanya buat tidak endah. Tak mahu menyahut.

"Sumayah." panggil Irfan senada, aku berhenti melangkah. Lalu kepala ditoleh ke arah Irfan dengan riak wajah yang biasa.

"Farisya kacau kau, kan?" soalnya, aku diam. "Dia ada buat apa-apa pada kau?" aku diam. "Jawab, Sumayah." dan, aku diam. Tanpa menjawab soalan itu, terus aku melajukan langkah ke bilik.

Irfan pelik, dengan perangai yang ditunjuk oleh isterinya. Dia ada buat salah ke? Pelbagai soalan memasuki minda Irfan.

Aku mengunci pintu bilik sebaik sahaja aku masuk, lalu, air mata yang ditahan dari tadi akhirnya mengalir. "Kenapa kemunculan kau merupakan penderitaan seseorang, Maya? Kau memang tak guna." aku menyalahkan diri sendiri.

Setiap panggilan yang Irfan beri, aku tidak menyahut. Hanya diam, diam dan diam. Aku lebih menghabiskan masa di dalam bilik, menyalahkan diri sendiri. Tiba-tiba terlintas di fikiran, tentang pelawaan Cikgu Jefry di sekolah tadi. Nak tanya? Tak.

Aku menuruni tangga lalu membuka pintu senyap-senyap, baru sahaja aku mahu keluar. Satu deheman yang membuatkan aku tersentak kecil. Aku menoleh ke belakang. Lalu aku mengeluh.

"Nak pergi mana?" tanya Irfan dingin, aku menundukkan pandangan dari menatapnya.

"Keluar." balasku sepatah, dia memeluk tubuh seraya mendekatiku.

"Dengan?"

"Cikgu Jefry." terus berubah riak wajahnya apabila mendengar jawapan selambaku.

"Untuk?" soalnya lagi,

"Dia nak minta tolong something, nevermind. Bye, assalamualaikum."

"Sumayah, kau marah aku?" soalan itu, mampu membuat aku terdiam seribu kata.

Tanpa sebarang jawapan, aku terus keluar dari rumah lalu memakai kasut. Terus aku keluar dari pintu pagar, dan menghilang dari pandangan jejaka itu.

Irfan mengeluh pelan, dengan lambat dia menjawab salam. Apa yang Irfan rasa sekarang, risau. Tak sedap hati.

"Apa yang aku buat, Sumayah?" soalnya sendiri,

Irfan menutup pintu rumah, lalu terus menuju ke bilik tidurnya. Dia tak tidur,

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Assalamualaikum, cikgu. Maaf lambat sikit." pintaku maaf,

"Takpe, tak lama pun. Saya sanggup tunggu." balasnya dengan nada romantik, aku hanya senyum demi tidak mahu keadaan menjadi janggal.

"Apa kata, kita makan dulu?" cadang Cikgu Jefry, aku hanya mengangguk setuju.

Setelah selesai mengambil pesanan, aku terasa seperti diperhati. Aku taktahu, sama ada hanya ilusi, atau realiti.

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now