𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟏 𝟖

12K 687 159
                                    

Baru sahaja aku melangkah ke kawasan sekolah, terus gegendang telinga bergema akibat jeritan pelajar perempuan di sekeliling koridor kelas, apalah yang diaorang ni jeritkan. Tak takut ke anak tekak keluar nanti.

Tanpa sengaja, aku terlanggar bahu dengan seorang figura lelaki yang tidak kukenal. Terus beg yang digenggamnya itu terlepas.

"Saya minta maaf, encik!" tuturku dengan nada yang bersalah, terus aku mencapai beg kepunyaannya lalu menghulur ke arahnya. Tanpa sebarang respon lelaki itu memandangku lama membuatkan aku terasa sedikit kekok.

"Err, encik?" panggilku sambil melambaikan tangan di hadapan wajahnya membuatkan lelaki itu tersentak.

"Oh ya, sorry." sahutnya, aku hanya tersenyum lalu menghulurkan beg lelaki itu. Beg itu pun bertukar tangan.

"Maafkan saya." ulangku, dia hanya mengukirkan senyuman.

"Tak apa, saya pun minta maaf." balasnya sopan,

"Saya minta diri dulu." aku terus melangkah pergi, tak mahu panjangkan perbualan.

Sampai sahaja aku ke kelas, aku terus menuju ke arah tempat dudukku lalu melabuhkan punggung. Baru sahaja mahu menghelakan nafas lega, tiba-tiba Ikha memasuki kelas dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Kauorang! Aku ada berita!" laungan itu membuatkan kami bertiga tersentak,

"Rileks sikit, boleh tak?" marah Dina sambil memegang telinganya. Ikha tersengih, lalu cuba untuk mengaturkan nafas yang terabur.

"Yalah, by the way! Kauorang tahu tak, cikgu baru tu dah masuk!" Ikha menyambung kembali apa yang mahu dia sampaikan. Terus anak mata kami tertuju ke arah Ikha.

"Bila cikgu baru tu masuk?" soalku tidak percaya,

"Dia baru masuk hari ni." balas Ikha. Kami mengangguk serentak, pandangan kami bersilih ganti.

Aku terfikir sejenak, takkan lah lelaki yang baru aku bertembung tadi tu cikgu yang dimaksudkan? Tapi, mungkin juga sebab tak pernah nampak dia dekat sini.

"Apa nama cikgu tu?" soal Sara setelah lama berdiam diri,

"Tak silap aku, nama cikgu tu Jefry. Aku dengar pelajar perempuan berbual." kami mengangguk.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Waktu rehat, aku, Dina, Sara dan Ikha bersama kumpulan lelaki berada di tempat makan yang tidak dihuni orang.

"By the way, kauorang dah tahu pasal cikgu baru tu?" soal Adam memecahkan suasana sunyi, kami mengangguk.

"Tapi kan, cikgu tu boleh tahan kacak. Tapi tak boleh lawan kekacakan aku lah." seloroh Zaril dengan gaya bangga. Aku menayangkan muka menyampah.

"Cikgu tu kacak lagi." balas Ikha sambil menyuapkan makanan kedalam mulutnya, Zaril menayangkan riak wajah tidak puas hati ke arah Ikha sambil menggelengkan kepala berkali-kali.

"Kau kurang ajar eh." Ikha membuat mimik muka. Kami hanya menggelengkan kepala apabila melihat gelagat mereka berdua, comel.

"Sudahlah tu, kang berjodoh terdiam sampai pelamin." cantas Faiz, terus Zaril dan Ikha terdiam dengan muka yang merona merah. Kami mengukirkan senyuman mengusik.

"Maya, siapa kacak lagi. Irfan ke cikgu tu?"

Tersedak aku dan Irfan apabila mendengar soalan yang dikeluarkan oleh Zaril, kami bertentangan mata, Irfan hanya berdiam diri.

"Kenapa kau tanya aku pula? Apa kena mengena dengan aku?" aku membalas dengan soalan,

Zaril mencebik. "Ala, jawab jelah." selorohnya. Eh mamat ni, aku sebat kang. Dah lah tanya aku depan ketua pengawas ni.

Aku sedar, mata dia sedang menuju ke arahku.

"Malaslah aku layan pertanyaan kau ni. Aku pergi dulu, ada hal." terus aku mengangkat kaki lalu beredar, biarkan aje lah pertanyaan Zaril tu. Tak penting.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Tiba sahaja waktu seni, pelajaran cikgu baru itu. Cikgu Jefry.

"Assalamualaikum semua, saya Cikgu Jefry. Jadi seperti yang kamu tahu, saya adalah cikgu baru yang akan mengajar kamu subjek seni. Saya harap kamu semua dapat menyelesakan diri dengan saya ya." sapa Cikgu Jefry sambil mengukirkan senyuman yang manis.

Dapat kudengar bisikan pujian oleh pelajar-pelajar perempuan, naik geli aku. Boleh tahanlah kacaknya, tapi kacak lagi si dia.

"Sekarang, saya nak awak semua memperkenalkan diri awak. Boleh?" pinta Cikgu Jefry dengan senyuman yang tidak pudar dari bibir.

"Boleh!" balas kami satu kelas, terutama sekali Farisya.

Satu persatu pelajar memperkenalkan diri mereka, sampailah giliranku. Aku mengangkat punggung lalu memperkenalkan diri.

"Nama saya, Nik Sumayah Yaqana. Cikgu boleh panggil saya Maya." sapaku sambil menghadiahkan senyuman.

"Sedapnya nama, macam orangnya." balas Cikgu Jefry lalu mengenyitkan matanya, aku hanya teragak-agak untuk senyum. Tidak fikir apa-apa. Maya, biasalah kan cikgu puji anak murid. Positif je.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Aku menghempaskan tubuh di atas katil sambil menghela nafas perlahan-lahan, tiba-tiba teringat akan kejadian di kelas. Cikgu Jefry memandang tepat ke arah anak mataku. Pelik.

Astaghfirullahaladzim, Maya. Tak baik buruk sangka dengan cikgu sendiri, mungkin pandangan dia tu hanya sekadar cikgu kepada murid.

Aku tanpa melengahkan masa terus mengatur langkah ke bilik air,

Usai aku menyegarkan diri, aku mengenakan baju t-shirt pendek berwarna hitam. Aku mengikat rambut panjangku. Lalu menuruni tangga.

Sedang aku menikmati kelazatan hidangan, terus Irfan membuka mulut.

"Kau suka Cikgu Jefry?" soalan yang dilontarkan sudah cukup membuat aku tercekik separuh nyawa, aku meminum seteguk air lalu mata beralih ke arah Irfan.

Gila ke apa dia ni tiba-tiba tanya soalan yang tak masuk akal macam tu?

"Tak ada soalan lain ke kau nak tanya? Aku suka Cikgu Jefry? Memang taklah." balasku lalu menggelengkan kepala berkali-kali. Apa punya soalanlah, pelik betul. Kami pun kembali diam.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Di bilik yang gelap, hanya dipenuhi dengan lilin. Tangan yang memegang gambar seorang gadis, dia tatap lama. Lalu dia tersenyum sinis,

"Tunggu masa je, sayang. Aku rindu kau sangat." tutur jejaka itu dengan matanya masih menatap figura gadis yang berada di dalam gambar tersebut.

"Kenapa kau tinggal aku, Maya? Dah lama aku cari kau, ke sana, ke sini. Kau tak ada, tapi aku dah jumpa kau." sambungnya lagi,

Tangan yang masih mengusap gambar itu dengan lembut, "Tapi apa hubungan kau dengan dia ni?" soalnya sambil memandang wajah Irfan yang bersama Maya.

"Aku akan dapatkan Maya aku balik, kau jangan ingat kau akan dapat memiliki Maya. Tengku Irfan Hakim." jejaka itu tergelak jahat sambil pisau yang berada di genggaman, lalu merobekkan gambar Maya dan Irfan bersama. Dia benci melihat gambar itu, benci yang amat.

Dia kembali memegang gambar Maya lalu diletakkan di dada, dia mengukir senyuman yang sangat seram dilihat.

He's really damn obsessed with her. With her smile, her voice, everything about her. Can make me damn much obsessed with her.

Hati tiba-tiba berdegup kencang, aku bangun dari tidur lalu aku memegang dadaku. Kenapa aku rasa tak sedap hati ni? Ah, mungkin perasaan aku aje.

Atau mungkin sebaliknya.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now