𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟏 𝟔

12.9K 697 87
                                    

"Kauorang." panggil Ikha dengan nafas yang tercungap-cungap akibat penat berlari, nak berlari sangat kan?

Kami menoleh ke arahnya dengan pandangan pelik, "Apa kau ni, relakslah dulu." balas Dina lalu menjeling sekilas ke arah Ikha, Ikha hanya tersengih.

"Aku ada cerita hangat nak bagitahu kauorang ni." terus Ikha mahu menjalankan niatnya yang terbantut sebentar tadi. Kami bertiga memandang dengan pandang silih ganti. Berita hangat apa pula ni?

"Bulan depan, ada cikgu baru nak masuk mengajar sekolah kita." dengar sahaja dari mulut Ikha, kami menoleh ke arahnya serentak.

"Handsome tak?" soalan pertama yang aku dan Dina keluarkan, "Handsome gila." balas Ikha dengan senyuman yang miang,

Sara menggelengkan kepala berkali-kali. "Ingat, ada orang tu dah bersuami." satu pesanan Sara lontarkan.

Aku tersengih, macamlah aku tak tahu yang dia tuju dekat aku. "Aku tahulah." balasku lalu menjeling ke arah Irfan yang sedang menjalankan tugasannya di depan pagar dari tingkap tingkat dua. Lama mataku berada di wajah Irfan yang gerun, kacak. Perlahan-lahan hujung bibirku ditarik atas.

"Ehem, dah angau dengan encik suami ke?" usik Sara, manakala Dina dan Ikha yang tidak dapat menahan itu menayangkan senyuman mengusik. Dengan sekelip mata pandangan kualih ke arah mereka bertiga.

"M-mana ada, kauorang ni memandai je." bentakku lalu memukul bahu Sara pelan, tercetus ketawa tiga sahabat itu, suka betul mengusik aku ye. Jantungku berdegup kencang tapi masih aku cuba untuk lagak seperti tidak ada apa-apa.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Waktu rehat pun tiba. Kali ni kami cuma bertiga, Sara ada mesyuarat dengan pengawas-pengawas yang lain. Mestilah Irfan pun ada, dia kan ketua pengawas.

"Yow, kauorang. Mehlah, lepak sini." ajak Zaril yang sedang keseorangan, almaklumlah yang lagi bertiga tu pengawas.

"Kesian, kau lonely." usik Ikha sambil mebuat memek muka, Zaril membuat muka tidak puas hati. Kurang ajar punya perempuan. Nasib buah hati aku, balas hati Zaril.

"Diamlah kau. By the way aku ada cerita ni." Zaril memulakan gosip, kami bertiga serta-merta menatap wajahnya.

"Pasal apa?" balas Ikha laju.

"Farisya lah. Dia kacau suami Maya lagi, eee aku tak bolehlah dengan minah tu. Menggedik aje dengan Irfan, bukannya dia layan pun. Terhegeh-hegeh, aku bagi selipar baru tahu." luah Zaril dengan tangan sedang main peranan.

Aku terdiam seketika, perasaanku saat ini bercampur baur. Kenapa aku rasa cemburu? Kenapa aku rasa marah, aku rasa sedih. Perasaan apakah ini?

"Maya, kau okey? Kenapa diam aje ni?" soal Dina sambil memegang bahuku, tersentak aku dibuatnya. Aku menggeleng,

"Takde apalah." balasku ringkas.

"Kau jealous eh?" teka Dina sambil tersengih, terbuntang mataku.

"Tak ada masa lah aku nak jealous, buat apa nak jealous?" balasku sambil menggelengkan kepala tanda membantah.

"Yalah tu."

"Betul lah."

Aku cemburu? Aku taktahu.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Irfan." panggilku sebaik sahaja memasuki bilik Irfan, jejaka itu menoleh ke arahku dengan dahi yang berkerut.

"Farisya ada kacau kau lagi ke?" entah kenapa rasa hendak bertanya itu membuak-buak dalam hati, lagipun tak salah kan kalau aku menanyakan tentang keadaan suami sendiri?

"Kenapa kau sibuk?" balasnya dengan soalan,

Aku terdiam. "Saja." balasku sepatah.

"Tak apalah, sorry kacau kau. Aku keluar dulu." aku meminta diri lalu kaki mula melangkah,

Belum sempat aku melepasi luar bilik, tubuhku ditarik kebelakang. Tangan Irfan mengepung diriku yang betul-betul tersandar di dinding. Air liurku mula ditelan kelat, matanya kutatap lama. Melihat anak matanya yang menembusi iris milikku membuatkan aku diam.

"Tell me, why?" tanya Irfan kepadaku, aku menggeleng laju.

"Nothing." balasku.

"Sumayah." satu nada itu sudah meremangkan bulu romaku, aku taktahu apa yang perlu untuk dijawab. Aku taktahu nak buat apa.

Matanya menatap tajam ke arahku, mahu aje aku tolak dirinya itu menjauh dariku. "Jauhlah sikit."

"Kalau aku taknak?" cantas Irfan dengan senyuman yang penuh makna, aku memandangnya tajam. Kalau aku cekik biar tak boleh bernafas baru tahu. Dia taktahu ke yang tatapan dia tu boleh menggigil satu badan?

"Irfan, aku nak masuk biliklah. Tidur. Esok sekolah, kau juga yang membebel kalau aku lambat." putusku, malas mahu panjangkan hal.

Irfan pun akhirnya perlahan-lahan melepaskan kepungan, lalu mengundur kebelakang.

"Keluar sebelum aku dukung."

Terus aku akur, aku mengatur langkah ke bilikku lalu menutup pintu bilik berserta mengunci. Aku bersandar di pintu sambil mengatur nafas yang berterabur. Jantung yang berdegup kencang, cuba ku tenangkan.

"Irfan, kenapa kau buat aku suka dekat kau? Kenapa kau perlu layan aku macam kau suka dekat aku? Sedangkan kau dengan Farisya... Argh."

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Woi!" satu panggilan itu membuatkan aku tersentak seketika, terus aku menoleh ke arah tuan empunya suara itu.

"Kau termenung apa?" soal Dina lalu mengambil tempat di sebelahku, aku menarik nafas panjang.

"Tak ada apa, aku cuma terfikir pasal spm nanti. Kita ada beberapa bulan aje lagi nak duduk dekat sekolah ni." luahku. Dina mengangguk faham, tidak menafikan dia juga berat hati untuk meninggalkan sekolah yang sudah lama dia duduki. Aku yang baru masuk pun berat hati mahu berpisah, apatah lagi mereka yang sudah lama duduk sini kan?

"Chill lah Maya, kita enjoy dulu. Nanti habis spm kita fikirlah nak kerja apa." balas Dina biasa, aku menayangkan senyuman lalu mengangguk.

"Dahlah, jom pergi padang. Nak pj dah ni." ajak Dina lalu terus menarik tanganku.

Tamat sesi pendidikan jasmani, aku orang pertama memasuki kelas. Terus aku mencapai botol air yang berada di atas mejaku lalu meneguk beberapa kali.

Sedang aku merehatkan tubuh, Farisya datang dengan muka amarah. Aku mengeluh seketika, nak cari pasal dengan aku lah tu.

"Maya." panggilnya,

"Waalaikumussalam, ya ada apa saya boleh bantu?" sahutku dengan perlian.

Dia menjeling,

"Aku nak bagitahu kau, Irfan tu milik aku. So please stay away from him. This is really last warning for you Maya. Kau kacau Irfan, kau rapat dengan Irfan, kau hadap balasan dari aku, Ungku Farisya." amaran yang diberi Farisya sedikit pun tidak menggetarkan diri,

Aku hanya berdiam diri dari melawan cakapnya, bukan habis tenaga aje.

"Kau dengar tak?" aku diam. Malas mahu menjawab.

"Ingat Maya, Tengku Irfan Hakim only for Ungku Farisya."

Ayat itu sudah cukup membuat perasaan amarahku membara, tanpa berkata apa-apa terus aku keluar dari kelas lalu memutus untuk ke rooftop sekolah untuk menenangkan fikiran, dari aku melayan perempuan sotong tu.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now