𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟏 𝟑

12.8K 785 43
                                    

Tiba sahaja waktu rehat, "Maya, cikgu suruh kau hantar alat-alat sukan ni dekat bilik stor sukan." ujar Farisya,

Aku dengan lambat mengangguk. "Kauorang, aku nak pergi bilik stor sukan kejap. Cikgu suruh letak barang." aku bersuara terlebih dahulu, mereka mengangguk setuju.

Hilang sahaja tiga figura itu dari pandangan kasar, terus kaki melangkah menuju ke arah bilik stor sukan. Baru beberapa langkah aku memasuki bilik stor tersebut, terasa kepala yang berdenyut menahan pedih akibat diketuk dari belakang. Penglihatanku mulai kabur, berserta mata yang perlahan-lahan terkatup. Gadis itu tergelak sinis,

"Itulah akibatnya bila kau cabar aku, Maya!"

"Wei, sampai hati tak ajak kitaorang lepak sekali." sampuk Zaril tiba-tiba, tersentak ketiga-tiga sahabat itu.

"Kau kalau nak aku sumbat selipar jepun dalam mulut kau, buatlah lagi." sinis Ikha dengan riak wajah serius berserta risau.

"Ala, kau ni. Chill lah. By the way, mana kawan kauorang yang sorang lagi tu? Selalu ada aje kauorang berempat. Tak pernah berenggang." soal Adam sambil melilaukan matanya mencari kelibat Maya, begitu juga jejaka itu.

"Itu yang kitaorang tengah risaukan. Dari mula rehat tadi sampailah habis sesi pembelajaran, tak nampak pun batang hidung dia." balas Dina dengan nada risau, sama seperti yang lain.

"Ada apa-apa jadi ke?" Sara mula berfikir yang bukan-bukan,

Irfan yang dari tadi diam, terus berubah air mukanya. Dari yang dingin dan beku, kini menjadi risau. "Last kauorang jumpa dia dekat mana?" soal Irfan dengan nada yang masih mengawal dirinya dari cemas,

"Dekat depan kelas." balas Sara.

"Okey, macam ni. Apa kata kalau kita cuba cari Maya dulu." cadang Faiz, mereka mengangguk serentak. Dan mulalah misi untuk mencari sahabat mereka nya itu.

Sudah berapa lama selepas itu, kami kembali berkumpul.

"Jumpa tak?" soal Irfan,

Mereka menggeleng serentak. "Dalam kelas, takde ke?" soal Adam pula, Mereka sekali lagi menggeleng.

"Biar aku cari." putus Irfan dengan nada, mereka memandang ke arah jejaka itu.

"Takpelah, kita cari sama-sama." Irfan pantas menggeleng,

"Kauorang, balik. Aku boleh cari Sumayah." balas Irfan.

"Kalau kau kata macam tu, yelah. Nanti dah jumpa Maya, chat kitaorang tau." arah Dina dengan nada risau, Irfan mengangguk sekilas.

Hilang sahaja mereka dari pandangan Irfan, terus jejaka itu menyambung misi untuk mencari isterinya.

"Sumayah!!!" laung Irfan sambil mata yang mengilau mencari tubuh isterinya. "Sumayah! Mana kau! Jawablah!" sekali lagi laungan Irfan hembuskan,

Mana kau Sumayah? Soal Irfan dalam hati. Sungguh, jauh dari hatinya sangat risaukan tentang Sumayah. Ya Allah, selamatkan lah isteri aku. Doanya dalam hati.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Perlahan-lahan aku membuka kelopak mata, hanya gelap gelita yang aku hadapi sekarang. Nampaknya, malam sudah pun menjelma, tiada sedikit pun cahaya yang menerangi ruang itu.

"T-tolong..." ucapku dengan nada yang sangat tak bermaya,

"Sesiapa.. t-tolong..."

Aku mengetuk pintu bilik stor berkali-kali, lalu aku cuba memusingkan tombol pintu tersebut. Namun, gagal. Pintu itu dikunci dari luar,

"S-sesiapa, tolong!" aku cuba untuk meninggikan suara. Namun, hampa. Tiada siapa yang berada di kawasan sekolah pada waktu malam macam ni. Cuma tinggal aku. Keseorangan.

"Sumayah?" terus aku menoleh ke arah pintu tersebut, aku cuba meletakkan cuping telinga di muka pintu.

"Sumayah, kau ada dekat dalam ke?!" jelas, itu suara Irfan.

"I-irfan?" sahutku pelan, "Sumayah!" laung Irfan lagi, "Irfan t-tolong..." ucapku sekat-sekat. "Tolong bertahan Sumayah!" cemas Irfan, aku dengan tubuh yang lemah hanya mendiamkan diri.

Irfan cuba untuk membuka pintu, dia cuba untuk menghempas pintu itu dengan menggunakan bahu kanannya.

Kali pertama, tidak berjaya.
Kali kedua, tidak juga.
Kali ketiga...

PAM!!!

Berjaya Irfan menghempas pintu itu lalu terus dia berlari mendapatkan aku.

"Sumayah, tolong bertahan!" cemas Irfan lalu mengangkat tubuhku yang tidak bermaya itu. Mataku perlahan-lahan tertutup kembali.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Buka sahaja mataku dari pejam, terus aku bangunkan tubuh.

"Auuu!" aku mengadu kesakitan,

"Jangan bangun." satu suara yang memasuki telinga membuat aku menoleh ke arahnya.

"I-irfan..."

Jejaka itu memandang ke arahku tajam, kelihatan jelas terdapat riak risau diwajah Irfan. "Nak air?" soal Irfan, aku perlahan-lahan mengangguk.

"Irfan, apa yang jadi sebenarnya?" soalku ingin tahu, Irfan memandangku tajam sambil tangan yang memeluk tubuh.

"Aku patutnya yang tanya kau, apa yang jadi? Macam mana kau boleh terkurung dalam bilik stor tu?" balas Irfan dengan nada yang serius, aku terkedu. Nak bagitahu ke yang semua ni berpunca dari minah sotong tu?

"Takde apa, pintu tu terkunci waktu aku masuk." tipuku, Irfan perlahan mengangguk.

"Macam mana pula pasal belakang kau? Doktor cakap ada kesan pukul, siapa buat?" soal Irfan lagi, dan sekali lagi aku terkedu. Apa aku nak jawab ni?

"Kenapa diam, hm?" aku mula mengetap bibir, pandangan hanyaku jatuhkan ke bawah.

"Sumayah, pandang aku." arah Irfan, aku perlahan mendongak.

Matanya kini menatap mataku, "Bagitahu aku, siapa yang buat kau macam ni?" soalnya dengan nada serius, "Aku nak kau jujur." sambungnya lagi.

"Tak payah tahulah, tak penting." balasku senada dengan anak mata yang memandang ke arah lain,

"Penting bagi aku." bisik jejaka itu di cuping telingaku. Aku terdiam seribu kata, aku tak salah dengar kan?

"Irfan, tak payahlah nak besarkan keadaan." cantasku, kini anak matanya bertemu dengan anak mataku.

"Farisya. Kan?" tebak Irfan tanpa menunggu respon, terus aku terdiam. Tidak tahu sama ada mahu mengangguk atau menggeleng.

"Takpe, kalau kau taknak bagitahu." putus Irfan lalu pantas bangun dari kerusi dan menuju keluar dari bilik wad. Aku mengeluh kecil,

Maafkan aku Irfan.. aku taknak kau risau.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Kedengaran pintu rumah diketuk agak kuat, gadis itu merengus. Siapa yang datang waktu malam-malam buta ni?!

Dia membuka pintu, riak terkejut tidak percaya muncuk diwajah gadis itu.

"Irfan?!" sahut gadis itu gembira,

"You rindu I ke, sampai kerumah you cari I?" Farisya membuat andaian sendiri. Irfan tidak membalas satu patah pun pertanyaan Farisya. Malah, dia merenung Farisya bagai mahu menelan gadis itu.

"Kenapa you pandang I macam tu, baby?" hairan Farisya dengan suara yang menggoda,

"Bagitahu aku, apa yang kau dah buat pada Sumayah." tegasnya dingin. Sangat dingin, bersama muka yang tegang menambahkan lagi kegerunan jejaka itu.

Farisya terkedu seraya menelan air liurnya dalam.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now