𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟐 𝟗

11.3K 728 39
                                    

Hari seterusnya, hari kedua kami menetap di tempat perkhemahan.

"Untuk hari ni, kita akan melintasi titi yang berada di seberang sungai sana. Sila cari pasangan masing-masing untuk melintasi titi tersebut. Segala kecederaan, kami akan bertanggung jawab. And, pastikan pasangan awak tu sama jantina lah ya." terang akak fasilitator yang digelar Kak Ari.

Kami hanya sekadar mengangguk akur, aku memilih untuk berpasangan bersama Dina. Manakala Ikha bersama Sara. Yang lelaki pula, Zaril dan Faiz. Dan Adam bersama Irfan.

Semua guru diminta untuk menyeberang titi terlebih dahulu, dan barulah giliran murid-murid.

Allah saja yang tahu betapa tingginya titi itu, nak tengok bawah pun takde selera. Ada juga pelajar yang takut untuk menyeberang, ada juga yang biasa dan sebagainya.

"Awak berdua, boleh seberang dulu ya." arah Kak Ari kepada dua pelajar perempuan, mereka mengangguk.

Lalu sekian muridnya, dan sekian, sekian. Sampailah di giliran Farisya dan seorang rakan kelas kami, Aqilah. Kemudian, giliran aku dan Dina.

Alhamdulillah, selamat. Baru sahaja aku menuju ke arah satu kayu untuk duduk, kakiku sudah ditahan oleh satu kaki membuatkan diriku mencium tanah. Aku mengaduh kecil.

"Maya, kau ok tak?!" soal Dina lalu menolongku untuk bangun,

Aku mengangguk, lalu pandangan dialihkan ke arah Farisya.

"Oops, sorry. Tak sengaja." ucapnya,

Dina yang mahu mendekati Farisya aku tahan, aku taknak ada apa-apa kekecohan yang berlaku.

Selepas kelibat gadis itu hilang, Dina memapahku ke arah satu kayu untuk duduki.

"Argh." aku mengaduh lalu mengurut di bahagian betisku pelan,

"Perempuan tu dah melampau tau," ujar Dina,

"Kalau boleh, nak aje aku sepak muka lapis dia tu." sambungnya lagi.

"Kau pun, tak boleh lah bagi dia muka sangat. Kalau tak, makin dipijaknya kepala kau." amaran Dina diberi awal,

Aku hanya sekadar mengangguk, bukan kasi muka, aku cuma taknak buat kecoh dekat sini. Kita datang nak berseronok, bukan nak gaduh kan?

"Takde apalah, Dina. Kau macam tak kenal Farisya tu, dengki dengan aku dari dulu lagi. Tak payahlah kisah pasal dia." balasku cuba untuk menyenangkan hati Dina,

Dia mengeluh lalu mengangguk setuju, apa boleh buat? Kalau dah sahabatnya sendiri kata begitu.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Kenapa kaki kau tu, Maya?" soal Ikha,

Aku hanya diam lalu menggeleng, "Mana ada apa," balasku.

Sara dan Ikha hanya mengebilkan mata mereka, tak boleh percaya sangat Maya ni. Hahaha.

"Betullah, kauorang fikir aku tipu ke?" soalku acah merajuk,

"Takdelah, dari tadi kau urut kaki tu. Kau jatuh ke?" balas mereka dengan soalan.

Aku hanya menayangkan wajah senyum, "Ya, betul. Takde apalah, lenguh sikit je." balasku lagi,

Mereka mengangguk faham,

Walaupun mereka semua sudah percaya apa yang dikatakan olehku, tapi tidak pada Irfan yang masih lagi merenungku tajam. Macam nak makan pun ada, seram.

Selesai makan, kami dibenarkan untuk membuat hal sendiri sementara menunggu aktiviti yang lain.

Apa yang pelajar lain buat? Kebanyakannya, tidur. Termasuk kawan-kawan aku. Yelah, dah ada kesempatan macam ni. Nak buat apa? Tidur ajelah, hahaha. Ada setengahnya lagi, main. Contohnya? Main air, main kejar-kejar, macam-macamlah! Aku pula, duduk di atas batu yang agak tinggi dengan air terjun disitu. Saja nak release stress. Aku memeluk paha ke tubuh sambil memandang segala ciptaan Tuhan. Indah.

Tiba-tiba seseorang mengambil tempat disebelahku, terus aku menoleh ke arah figura tersebut. Irfan.

"Buat apa dekat sini sorang-sorang?" tanyanya,

Aku hanya senyum, "Saja, release stress." balasku,

Irfan menayangkan tarikan senyuman bawah, "Kalau kau pandang sebelah kau ni, lagi tenang tau. Pahala pun dapat." ujarnya,

Aku terus memandang ke arah Irfan, dia juga. Kami bertetangan mata lagi, tapi aura yang lain. Wajah kacak Irfan, membuatkan aku rasa nak pitam. Alahai, untung betul siapa dapat jadi buah hati dia ni. Pujiku sendiri, hehe.

"Banyaklah kau tenang, lagi bahang adalah." usikku,

"Amboi," sinisnya, aku tergelak kecil.

"Irfan," panggilku,

Irfan menoleh, aku menghela nafas panjang.

"Kalau aku sakit, kau jaga aku tak?" tanyaku,

Aku pun taktahu kenapa aku tanya soalan macam tu, tapi aku memang betul-betul nak tahu.

Irfan memandangku pelik,

"Kenapa kau tanya macam tu?" soalnya kembali. Ish, orang tanya dia, dia tanya kita balik.

Aku membetulkan posisi, "Takde apa, saja tanya. Aku dah tahu jawapan dia, takpelah aku nak gerak Dina, Sara, Ikha." baru sahaja aku mengangkat punggung, Irfan menarik tanganku. Lalu menarikku duduk kembali.

Dia memegang tanganku erat, hujung bibir ditarik kemas.

"Mestilah aku jaga kau, kau kan isteri aku. Kau, tanggungjawab aku. Sakit kau, sakit aku juga. Mana boleh aku tak jaga. Dan tugas aku, adalah untuk jaga kau, sampai akhir nafas aku."

"Aku taknak kau sakit, jadi aku nak jaga kau sampai kau sembuh. Aku taknak kau tanggung apa-apa sakit pun, aku nak kau sihat. Aku nak kau bahagia, gembira."

Terharu aku mendengar apa yang Irfan katakan. Gembira? Ya, aku gembira sangat. Terus aku tersenyum gembira.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Malam ni, kita akan main night walk. Seperti yang awak semua tahu, setiap orang akan duduk di satu pokok yang jarak satu pokok bersama rakan-rakan yang lain. Mata awak semua akan ditutup. Sampailah abang dan akak fasilitator bawa kamu keluar semula. Baik, kita mula dari Kumpulan Azwar ya."

Kami berlapan terus memasuki kawasan hutan yang ditemani oleh abang dan akak fasilitator. Satu persatu dari kami ditempatkan, sampailah aku yang terakhir.

Kemudian, masuklah kumpulan yang lain untuk ditempatkan. Sudah lama kami duduk disitu, tiba masanya untuk abang dan akak fasilitator mengeluarkan kami satu persatu keluar dari hutan tersebut.

Tiba giliranku, tanganku dicapai lalu dibawa pergi dari tempat itu. Tapi, aku hairan. Kenapa jauh sangat? Tadi aku datang, takdelah jauh macam ni. Sampailah tiba di suatu tempat, yang aku tak pasti. Terus tanganku dilepaskan. Aku bingung, aku membuka ikatan tali dari mataku. Aku terkaku. Aku dekat mana? Kenapa aku seorang diri dekat sini? Aku tak kenal tempat ni. Dekat mana aku?

"Macam mana tadi, seronok ke?" soal Abang Aiman kepada semua pelajar,

"Seronok!" balas semua.

"Aiman!" panggil Kak Ari yang terkocoh-kocoh belari ke arah Abang Aiman.

"Kenapa, Ari?" soal Abang Aiman,

"Ada sorang budak lagi, yang tak keluar. Taktahu macam mana boleh terlepas pandang." ujar Kak Ari dengan nada risau,

Wajah Abang Aiman mula cuak, "Nama?" soalnya,

"Nik Sumayah Yaqana binti Tuan Syarif." balas Kak Ari,

Terus Irfan menoleh ke arah mereka berdua, punggung diangkat lalu menuju ke arah mereka.

"Siapa yang belum keluar, kak?" soal Irfan untuk mendapatkan kepastian,

"Nik Sumayah Yaqana, dik."

Irfan yang mendengar hal itu, terus berlari meninggalkan mereka semua. Dia kembali melangkah masuk ke dalam hutan gelap itu.

"Irfan!"

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now