DCI S2 (1)

753 25 0
                                    


Big or small, lies are lies:



Derap langkah kakinya bergema disetiap sudut kawasan. Suit yang kemas tersarung ditubuh tegapnya menambahkan lagi aura dingin dalam diri jejaka itu.

"Morning Tuan Aaryan,"

"In 5 minutes, saya nak awak ada dalam office saya dan bagitahu jadual untuk harini," ujar Aaryan dingin tanpa membalas sapaan secretarynya tadi.

"Baik tuan," jawab Evea seraya menunduk hormat. Dalam hati sudah tak tentu arah apabila sedar akan mood 'Tuan' nya yang tidak berapa baik ketika ini.

Laju sahaja tangan wanita ini bergerak mencapai buku nota yang memang dibuat khas untuk mencatat jadual lelaki dingin itu. Blouse berwarna cream itu dibetulkan sedikit. Dia berdehem perlahan sebelum mengetuk pintu bilik yang tertera nama 'Mister Aaryan'.

Tok! tok! tok!

"Masuk!"

Aaryan mengangkat wajahnya. Sebelah keningnya terangkat menunggu kata-kata yang bakal keluar dari mulut wanita dihadapannya ini. "Yes Evea?"

"Pagi ni tuan ada meeting besar dengan beberapa company dari luar negara. Then after lunch tuan ada meeting dengan Dato Raihan, owner company yang keluarkan jam jenama baru minggu lepas," terang Evea dengan penuh tertib.

Aaryan memicit pelipis mendengar penjelasan dari Evea. "Lagi?"

"Itu sahaja." Evea tersenyum tipis. Sudah lali dengan mood Aaryan yang sering berubah.

"Awak boleh keluar and kumpulkan semua fail yang kena bawa nanti then letak atas meja saya," arah Aaryan. Evea mengangguk patuh.

Hilang sahaja kelibat Evea, Aaryan terus menghela nafas lelah. Tubuhnya disandar pada kerusi beroda itu. Pelipis dipicit perlahan.

Sejak pemergian Iris lima bulan yang lepas, hidupnya menjadi tidak terurus. Kadang makan, kadang tidak. Dia akan sibukkan diri dengan menjadi seorang yang workaholic. Itu sahaja caranya untuk mengelakkan dari terkenang semua memorinya bersama Iris.

Frame gambar yang terletak elok ditepi laptop-nya direnung lama. Tersenyum Aaryan buat seketika. Tak lama selepas itu, dia menarik nafas dalam.

Flashback...

"Iris akan uruskan penceraian Iris dengan Aaryan..."

"Iris Rosabella!"

Tuan Ishan bangun dari duduk. Anak mata merenung tajam wajah Iris. Tiada secebis senyuman. Langsung tiada.

"Jangan disebabkan hal macam ni, Iris terus nak hukum Aaryan macam hanya Aaryan yang bersalah!"

"Dalam hal ni, bukan Fiya yang salah. Bukan Aaryan, bukan Angah atau sesiapa. Daddy yang salah dekat sini. Daddy punca semua ni!"

Iris masih diam. Hanya mendengar kejujuran yang seterusnya.

"Untuk pengetahuan Iris, daddy yang paksa Angah suruh halang Fiya dari bagitahu Iris. And kalau Angah tak ikut arahan daddy, Fiya takkan pernah jadi sebahagian dari keluarga kita and daddy takkan pernah restu hubungan Angah," katanya tegas. Iris memandang Tuan Ishan dengan rasa tidak percaya.

Ayesha hanya menunduk. Suasana di sekeliling terasa seram.

"Diaorang tak salah. Daddy yang salah. Ada sebab daddy berahsia. Dan ini salah satu puncanya. Iris akan buat keputusan ikut kepala Iris. Langsung tak fikir hati dan perasaan orang lain."

Aaryan cuba menyentuh tangan Iris namun ditepis kuat. Mata Iris berair. Kolam matanya terasa panas.

"Now, daddy dah buat keputusan..."

"Daddy nak Iris keluar dari rumah ni. Jangan pernah balik selagi ada dendam dalam hati Iris."

"Hell no!" Isyraf membantah. Iryaz mengusap belakang badan Isyraf. Isyarat mata diberi agar tidak masuk campur urusan mereka. Naura menarik Puan Nurin ke dalam dakapan.

"Aaryan?" Tuan Ishan menyoal.

Lama Aaryan berdiam diri. Dia hanya menunduk memandang lantai. Penumbuk dikepal kuat. Dia menarik nafas dalam sebelum mengangkat kepala memandang semua orang.

Jelas dipandangan mereka yang Aaryan sedang menahan tangisan. Wajah lelaki itu merah padam.

"A-Aryan izinkan."

Aaryan, menangis...

"Tuan? tuan?"

"Tuan!"

Pap!

Fail dihentak ke atas meja. Evea mengeluh melihat Aaryan yang terpinga-pinga.

"Ha? Saya ke? Ehem, kenapa awak masuk tak ketuk pintu dulu?"

"Naik lenguh tangan saya ketuk pintu bilik tuan dari tadi. Saya nak bagi fail ni je."

"Oh, letak je situ," arah Aaryan. Dia meletak semula frame gambar tadi ditempat asalnya.

Evea tersenyum kecil. "Tuan rindu puan Iris ya?" Bukan dia tidak tahu masalah lelaki ini.

Aaryan mengangguk. "Everyday, every second, saya rindukan dia."

"Doa pada Allah, semoga isteri tuan akan balik dalam masa yang terdekat. Saya minta diri dulu," ujar Evea sebelum melangkah keluar dari situ meninggalkan Aaryan yang masih dihimpit rasa rindu terhadap Iris.

Aaryan tersenyum getir.

"Sayang..."

"Abang rindu..."



"Bila kak Iris nak balik? Lagi dua minggu je nak puasa." Irish mengeluh. Tuan Ishan hanya mampu menggeleng.

"Nanti kak Iris baliklah tu. Ara tu, jangan nak ponteng puasa tahun ni," ujar Tuan Ishan mengusik.

Isyraf tergelak. Hampir tersedak mendengarnya. "Dengar tu, jangan nak pura-pura sakit perutlah, tengah periodlah," katanya.

Irish merengus sebal.

"By the way, kenapa daddy suruh Iris pergi Newzealand? Kan banyak lagi negara lain," soal Isyraf.

Tuan Ishan tersenyum tidak bersalah. "Sebenarnya daddy nak suruh dia jaga company dekat sana je. Ada problem haritu. Daddy taknak pergi sana, nanti rindu dekat mummy," terang Tuan Ishan. Irish hanya mampu menepuk dahi.

"Allahu akbar orang tua ni. Isyraf mati-mati ingat daddy halau Iris."

"Eh sepatutnya Iris dekat sana dua bulan lebih je tau. Daddy dah call suruh balik sini. Dia sendiri yang nak handle dulu company tu," ujar Tuan Ishan. Bengang anak-anak salahkan dia sesuka hati.

Irish menggeleng kepala. "Abang Aaryan tahu tak pasal ni?"

Tuan Ishan tersengih. "Tak."

"Allahu akbar."



DENDAM CINTA IRIS 2: Unloyal HusbandTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang