DCI S2 (4)

304 19 1
                                    


Big or small, lies are lies.



IRIS melirik ke arah jam di telefon bimbit yang setia berada di tangannya. Jam hampir menunjukkan pukul 6:20 pagi. Dia termenung sendirian. Memikirkan reaksi keluarganya apabila dia tiba di tanah airnya sendiri nanti.

"Mana perempuan ni?" keluh Iris dalam hati.

Jika diikutkan, dia seorang sahaja yang balik hari ini. Tak sangka pula Naura sanggup tangguh flight untuk pulang bersamanya harini.

"Iris! Huftt, penatnya aku," sapa Naura dari arah tepi. Tercungap-cungap dia mengatur nafas.

"Lambat lah kau ni," marah Iris.

"Alah kau, kita belum naik flight pun lagi kan?"

Sama-sama tidak mahu kalah. Iris menjeling Naura sekilas. Bengang.

"Flight kita 6:40 karang kan?" soal Naura.

"Hm." Singkat Iris membalas.

Mereka memilih untuk berdiam diri sahaja. Naura mengubah cara duduknya untuk menghadap wajah Iris.

"Apasal kau ni?" Iris mengesot ke tepi sedikit. Naura menggeleng sebelum bersuara.

"Kau dah ready ke nak jumpa diaorang?"

Iris tersenyum tipis. Berat hatinya untuk meninggalkan negara ini. Walaupun dia mengambil alih kerja ayahnya disini tak sampai setahun, tetapi sukar untuk dia meninggalkan rakan sekerjanya disini.

"Aku tak tahulah, sayang rasanya nak tinggalkan kerja dekat sini. Diaorang semua baik sangat dengan aku," ujarnya.

"Tapi aku takde pilihan, aku ada keluarga, ada suami yang tunggu aku dekat sana. Lagipun, aku taknak besarkan anak aku dekat negara orang," sambungnya lagi.

Naura tersenyum. "Eloklah tu. Kesian dekat Aaryan. Iryaz cakap dia macam nak taknak je teruskan hidup." Perkara itu membuatkan Iris tertawa geli hati.

"Haih, aku baru tinggalkan 5 bulan dah macam tu. Macam manalah kalau aku dah takde nanti. Siapa nak jaga dia?" Iris tersenyum kelat.

Naura mencebik. "Aku tak sukalah kau cakap macam tu. Aku tahu kau selalu fikir bukan-bukan sebab pembawakan baby, tapi janganlah sampai macam tu sekali. Tak baik."

Iris ketawa.

"Iyalah aunty Naura, aku faham. Dah jom standby. Dah 6:30 ni," kata Iris. Naura hanya mengikut langkah Iris tanpa banyak kata. Dah masuk nanti niatnya hanya satu. Dia nak tidur!



Bunyi sudu berlaga memecahkan keheningan di meja makan. Tuan Ishan sibuk mengunyah sedari tadi. Langsung tidak menghiraukan anak dan isterinya.

"Ara takde kelas ke pagi ni?" soal Puan Nurin. Irish hanya menggeleng sebagai jawapan.

Pandangan Puan Nurin kini beralih pada suaminya. "Jadi ke Iris balik harini bang?"

"Jadi. Abang dah hantar budak-budak pergi airport."

"Buat apa?"

Tuan Ishan menyisip sedikit air kopinya. "Follow kereta Iris lah. Bahaya, takut ada yang sengaja nak buat onar dengan keluarga kita," ujarnya serius.

DENDAM CINTA IRIS 2: Unloyal HusbandTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang