DCI S2 (26)

111 17 11
                                    

Big or small, lies are lies.



SEMUA ahli keluarga Iris bergegas ke hospital setelah mendengar berita buruk itu. Tidak lupa juga dengan TheRose, Ayesha dan juga Nadia.

Iryaz berdiri tegak ditepi pintu bilik rawatan. Risaunya tidak kalah hebat dengan Aaryan. Jantungnya bagai ditarik dari luar ketika mendengar rintihan sayu adiknya.

Klek

Pintu dibuka dari dalam. Naura mencabut mask nya. Dari raut wajahnya, Iryaz tahu ada sesuatu yang tidak kena.

"How? Everything's okay right?" soal Iryaz dengan penuh harapan. Tuan Ishan dan Puan Nurin berjalan mendekati doktor itu.

"Nasib menyebelahi kita, Iris dengan kandungan dia selamat."

Semua orang menarik nafas lega. Hailey mengelap pipi yang sudah dibanjiri dengan air mata. Indah juga sama.

Aaryan tidak henti-henti mengucap kata syukur di dalam hati. Hanya Allah saja yang tahu betapa leganya dia mendengar khabar itu. Bersyukur isteri dan anaknya selamat saja.

Naura menggigit bibir bawahnya sedikit. Takut untuk menyampaikan perkara yang seterusnya. Dia menarik nafas sebelum kembali bersuara.

"Tapi kandungan Iris cukup lemah sekarang. Dia tak boleh buat apa-apa. Peratus untuk gugur sangat besar kalau Iris buat kerja-kerja berat."

Mati senyuman diwajah mereka. Aaryan menghela nafas gusar. Riak wajahnya tidak dapat disorok. Sungguh dia takut jika terjadi apa-apa pada isteri dan anaknya.

"Apa yang buatkan Iris tiba-tiba jadi macam ni?" tanya Puan Nurin. Sayu hatinya melihat keadaan anaknya sekarang. Apatah lagi Aaryan sebagai suaminya.

Naura kelu. Dia tahu jawapannya. Cuma dia takut, dia takut untuk menyampaikan kebenaran. Air mata yang mula bertakung mendatangkan rasa curiga pada semua orang.

"Cakap Naura."

Setitik air mata Naura jatuh mendengar suara Iryaz. Dia tahu akan hancurnya hati seorang abang apabila mendengar kebenaran pahit yang bakal dia beritahu nanti.

"Naura? Bagitahu saja nak, daddy dengan mummy akan terima seikhlas hati," pujuk Tuan Ishan. Naura tetap enggan membuka mulut.

"I-Iris..."

Iryaz berang.

"Naura Fateema!" jerkah Iryaz.

"Iris positif dadah."

Puan Nurin menekup mulutnya. Air mata automatik jatuh bercucuran. Terjerit Hailey mendengarnya.

Iryaz tergamam. Dia berundur setapak ke belakang, tubuh yang hampir jatuh pantas disambut oleh Izzreen. Urat-urat ditangan Isyraf jelas kelihatan. Lelaki itu sedang berusaha sedaya upaya menahan air matanya.

"Pihak hospital dah buat urine test, hasilnya positif. Iris memang positif d-dadah."

Aaryan tidak mampu berkata-kata. Otaknya diasak dengan pelbagai persoalan. Bagaimana wanita itu boleh positif dadah?

DENDAM CINTA IRIS 2: Unloyal HusbandTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang