DCI S2 (16)

125 13 0
                                    


Big or small, lies are lies.



"KAU ada masalah ke?"

Iris mengangkat bahu. Naura dan Ayesha menggeleng kesal. Entah apa yang difikirkan oleh wanita itu.

"Jangan terlampau stres, ingat sikit kandungan kau tu," pesan Ayesha. Dia rela bekerja setengah hari tatkala mendapat panggilan dari Naura yang mengatakan kandungan Iris agak bermasalah.

Iris angguk kepala. Tidak bersuara pun dari tadi. Dia tiada tenaga untuk membalas.

"Nadia mana?"

"Aku tak call dia pun. Kau tahulah dia macam mana, hati tisu. Karang dia tahu keadaan Iris macam ni, nangis." Naura tidak tahu kenapa kawan mereka yang satu itu terlampau sensitif. Nak bergurau pun kena fikir dua tiga kali.

Ayesha ketawa. Ada benarnya juga.

"Jangan bagitahu Aaryan pasal ni," kata Iris. Dia tidak mahu suaminya tahu tentang kesihatan anak mereka.

Buat masa ini.

"Mana boleh macam tu..."

"Please?"

Mereka mengeluh.

"Kau gaduh dengan Aaryan kan?"

"Taklah, salah faham sikit je."

Naura tahu ada sesuatu yang berlaku antara mereka. Kalau tak, mengapa Iris melarang mereka beritahu perkara itu kepada Aaryan? Sedangkan Aaryan berhak tahu tentang kondisi anak mereka.

"Settle elok-elok, jangan terbawa emosi."

"Masalahnya aku dah selalu sangat mengalah dengan dia Fiya. Aku suruh dia jujur dengan aku je, itu pun payah sangat ke?" luah Iris tidak berpuas hati. Runsing kepala dibuatnya.

Naura mengusap belakang Iris.

"Ini bukan soal siapa yang kena mengalah, tapi ini soal rumah tangga kau. Kalau dah dua-dua pihak nak salahkan antara satu sama lain, tak ke berhujung dengan cerai?" Kasar Ayesha menutur kata.

"Dapat apa kalau sanjung ego tu tinggi melangit? Masalah takkan pernah selesai kalau macam ni, Iris."

"Dia suami, kau isteri. Tak semestinya kalau buat salah, suami kena mengalah dulu. Orang lelaki pun ada betulnya. Orang perempuan ada salahnya juga," kata Ayesha. Naura hanya diam. Biarlah Ayesha sahaja yang bersuara.

Iris menggenggam erat tangannya. Dia tidak mahu menangis. Tetapi perasaannya tidak mampu dikawal. Hatinya bagai disiat dengan pisau yang tajam.

"Ini semua ujian rumah tangga Iris. Jangan cepat nak menuduh, silap gaya tindakan kau ni makan diri sendiri balik."

"Kau takde dekat tempat aku Fiya..."

Ayesha berdecit.

"Ya! Memang aku bukan di tempat kau. Tapi itu bukan alasan untuk kau nak terus nampak betul dekat mata orang lain."

DENDAM CINTA IRIS 2: Unloyal HusbandTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang