DCI S2 (15)

150 10 2
                                    


Big or small, lies are lies.



HARI ini sepatutnya Iris perlu ke hospital untuk melihat perkembangan anaknya. Aaryan juga sudah berjanji untuk menemaninya pada hari ini.

"Tunggulah abang," kata Aaryan apabila melihat Iris sudah berdiri di hadapan pintu rumah.

"Iris nak ambil lipstick dalam kereta lah abang," balasnya. 

Aaryan mengangguk sebelum masuk ke dalam bilik. Iris meraba-raba dalam laci. Habis bersepah semua kunci dibuatnya.

"Jumpa pun, payah sangatlah nak cari kunci," rungut Iris. Kondisi perutnya yang semakin membesar buatkan Iris cepat lelah walaupun melakukan hal yang mudah.

"Mana ya? Dalam dashbox ke pun?" Iris berbisik sendiri. Habis diselongkar semua barang di dalam kereta Aaryan.

"Jatuh dekat belakang ke pun?"

Iris keluar dari bahagian hadapan. Berpindah pula ke tempat duduk belakang. Tertunduk-tunduk dia mencari lipstick yang baru sahaja Iryaz hadiahkan.

"Jumpa pun!" Iris tersenyum puas. Tersorok bawah selendang rupanya. Namun, rasa curiga tiba-tiba bertandang di hatinya.

"Selendang siapa ni?" bisiknya perlahan. Setahunya, dia tidak pernah menanggalkan tudung di dalam kereta. Otaknya mula berfikir perkara yang negatif. Takkan lah...

Iris mengambil selendang itu sebelum di hidu sedikit. Bukan bau perfume dia. Perempuan mana yang punya ni.

"Abang!"

"Abang!!"

Kelam-kabut Aaryan berlari ke bawah. Jelas terpancar riak kerisauan di wajahnya.

"Kenapa? Sayang sakit ke? Dekat mana?" Dibelek tubuh Iris dari atas ke bawah. Iris hanya diam menyepi. Cuba meredakan api kemarahan dalam dirinya.

"Siapa punya ni?"

Aaryan nampak termangu disitu. Dia memandang selendang putih yang berada dalam genggaman tangan Iris. Dia cuba beriak biasa.

"Sayang punyalah," jawabnya bersahaja.

"Ini bukan Iris punya. Jujur abang, perempuan mana yang abang bawa?" Dingin Iris bersuara. Aaryan nampak terkejut dengan perubahan suara isterinya. Seperti, Iris yang dahulu.

Iris yang dingin, tiada perasaan.

Aaryan menghela nafas.

"I told you sayang, it's yours."

"Iris tak pernah pakai perfume bau macam ni," katanya. Sakit hatinya ketika ini hanya Allah sahaja yang tahu.

Aaryan berbohong.

"Awak dah janji takkan tipu saya Aaryan." Hilang panggilan abang. Iris betul-betul rasa tertipu. Dia sendiri tahu, selendang itu bukan kepunyaannya.

"Iris nak abang jujur macam mana lagi?" soalnya sedikit kasar. Mungkin rasa tercabar kerana isterinya sendiri tidak mempercayai dirinya.

DENDAM CINTA IRIS 2: Unloyal HusbandTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang