DCI S2 (17)

132 12 0
                                    

Big or small, lies are lies.



"BILA kau nak mula?"

Naira menuang sebotol whiskey ke dalam gelas kecil. Bunyi lagu yang agak bingit tidak berjaya mengganggu konsentrasi mereka untuk berbincang.

Gadis yang berpakaian serba hitam itu menoleh sekilas. Asap rokok dihembus ke udara. Dia mengatur nafas sebelum bersuara.

"Just do your job. Ingat, kau tak dibenarkan masuk campur urusan aku." Kasar sahaja nadanya. Naira menjeling meluat.

Naira menyilang kaki sehingga menampakan paha putih gebunya. Dia memandang rendah ke arah gadis itu.

"Hm, like usual, always black." Naira tersengih mengejek. Penampilan mereka berbeza. Walaupun Naira berpakaian seksi begitu, tubuhnya tidak pernah diratah oleh mana-mana lelaki. Sedangkan gadis itu? Berpuluh lelaki yang sudah tidur dengannya.

Adilah Husna.

Atau lebih tepatnya,

Dee.

"I tak tahu pula you sejenis yang pendendam," kata Naira bersahaja. Diteguk air kencing syaitan itu sehingga licin.

"Kau yang cipta dendam dalam diri aku Naira." Dia mencampak puntung rokok ke belakang. Pelayan yang bertugas menyajikan air itu tidak mampu bersuara.

Naira diam tidak membalas. Benar, semua ini terjadi angkara dirinya. Adilah tidak salah, bahkan Naira tidak pernah salahkan sahabat lamanya itu.

"Okay chill. Janganlah emo sangat, tak fun langsung you ni Dilah--"

"Dee, Adilah dah lama mampus!"

Naira mengeluh. Adilah yang sekarang jauh beza dengan Adilah yang dulu. Naira puncanya. Andai sahaja dia tidak melakukan perkara buruk itu kepada Adilah, pasti gadis itu tidak akan jadi begini.

"I need to go, kalau ada apa-apa inform terus," ujar Naira tatkala perasaan sebak dan rasa bersalah mula menguasai dirinya. Pergelangan tangannya seakan digenggam oleh seseorang.

"Ingat, kalau plan ni tak menjadi, nyawa kau aku buat sebagai ganti."

Tegak bulu roma Naira mendengarnya. Dia ukir senyuman palsu sebelum meninggalkan club itu.



"Awak nak bawa saya pergi mana ni Harith?"

Raisya menoleh ke arah seat pemandu. Dapat dilihatnya Harith yang mengukir senyum tipis sebagai jawapan kepada soalannya tadi.

"Awak nak culik saya ke?"

Meledak tawa jejaka itu. Sampai ke situ Raisya berfikir. Ada ke penculik yang murah dengan senyuman macam dia?

"Takkan lah saya nak culik awak. Saya bukannya orang jahat," ujar Harith. Raisya tersenyum malu. Ada betulnya juga.

"Habistu kita nak pergi mana?"

"Check in hotel."

"Harith!!"

"Hahaha! Taklah, saya gurau je. Kita nak pergi makan, lepastu nak pergi healing. Anggap je kita nak pergi date," katanya yang berjaya menenangkan hati Raisya.

Hampir sahaja dia pengsan dengan gurauan Harith tadi. Sudahlah ini kali pertama dia keluar berdua dengan lelaki bukan mahram.

"Awak ada bawa telekung ke? Nanti saya stop dekat masjid boleh awak solat sekejap," ujar Harith seraya memandang wajah merah padam Raisya.

"S-saya cuti..."

Harith mengangguk. Patutlah muka merah semacam je. Malu rupanya.

"Tak payahlah saya stop kan?"

Terkebil-kebil mata Raisya. Dia memandang Harith. Harith juga sama. Pelik juga kenapa tenung dia begitu.

"Awak taknak solat?" Soalan yang keluar dari mulut Raisya membuatkan Harith terdiam. Raisya seperti mahu cabut sahaja mulut celuparnya.

"Maksud saya--"

"Saya bukan islam." Perlahan sahaja suara Harith. Stereng kereta digenggam erat. Entah mengapa, hatinya seperti tergores mendengar soalan itu.

Raisya terkedu.

Kejujuran apakah ini? Mengapa hatinya tiba-tiba sahaja berdenyut. Sakit sungguh hatinya.

"O-oh..."

Raisya mengalih pandangan ke arah luar tingkap. Baru tahu mengapa lelaki ini sering duduk di dalam bilik ketika semua orang pergi ke masjid.

"Awak marah ke?" soal Harith.

Dia tahu Raisya kecewa. Bukan dia tidak sedar perasaan gadis itu terhadapnya. Dia juga tahu Raisya menyimpan rasa suka kepadanya dari awal pertemuan mereka lagi.

"Kenapa pula saya nak marah? Merepek je awak ni." Soalan berbalas soalan. Harith menghela nafas. Baru sahaja dia mahu bersuara, Raisya pantas sahaja memotong.

"Janganlah sembang pasal tu dah, saya okay je. Saya tak kisah nak berkawan dengan orang yang bukan islam. Tak salah pun disisi agama," kata Raisya seakan sedar perubahan suasana di dalam kereta.

Harith cuba tersenyum walau dia tahu Raisya sedang berusaha menutup rasa sedihnya. Biarlah, lambat laun dia akan tahu juga.

"Beraninya awak bawa saya keluar makan."

"Kenapa?" soal Harith pelik.

"Saya makan banyak tau? Tak kisah kalau duit awak habis?" usik Raisya. Mengembang senyum Harith.

"Apa salahnya? Sekali-sekala belanja bakal isteri."

"Eeee perasannya!"

"Hahaha!"







Just a short one. Cerita ni tiada sambutan. Bakal di hapus, sebelum complete.

DENDAM CINTA IRIS 2: Unloyal HusbandTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang