DCI S2 (14)

138 10 0
                                    


Big or small, lies are lies.



Dua bulan kemudian...

"KAU dekat mana? Semua dah ada dekat rumah daddy ni."

Ya, bulan ramadhan dan syawal mereka berjalan dengan lancar dan penuh kebahagiaan. Kandungan Iris juga telah cecah 5 bulan. Rumah tangganya masih sama. Tiada yang berubah. Cuma kadang kadang Iris akan mengidam sesuatu yang pelik.

"Kau sabar boleh tak? Aku ni tengah cari makanan yang Iris nak tu."

"Lembap sangat pun," kutuk Iryaz selamba. Dekat 2 jam tak balik lagi. Memang kenalah jawabnya.

Tut!

Panggilan di matikan serta-merta. Confirm panjang berjela Isyraf memaki abang sulungnya sekarang.

Dia berjalan santai ke arah keluarganya yang lain. Sengaja duduk bersila di hadapan Naura. Tuan Ishan yang melihatnya hanya mampu membuat muka.

"Kahwin lah cepat-cepat Long. Ni duk berkepit dengan anak dara orang," ujar Tuan Ishan. Umur anak sulungnya sudah 30 tahun tapi masih belum mendirikan rumah tangga.

"Kitaorang sama-sama busy lah daddy. Bila nak kahwin nya?" Mahu tak mahu sahaja Iryaz membalas. Benar, dia dan Naura hampir tiada masa untuk bersama. Naura sibuk dengan pesakitnya, dan Iryaz sibuk menguruskan kapal terbangnya.

Naura hanya tersenyum kecil. Tidak membantah, tidak juga mengiyakan. Dia juga menanti pinangan dari keluarga lelaki ini. Tapi, masih belum tiba masanya.

Tuan Ishan yang melihat perubahan wajah Naura hanya mampu menggeleng. Kasihan gadis itu. Kenapalah Iryaz juga yang dia mahukan.

"Kesian dekat Naura, kamu sengaja ikat dia lama-lama. Nikah je dulu, nanti baru buat majlis bersanding, kan Naura?" soal Tuan Ishan sengaja. Naura ketawa. Ada betulnya juga. Atau, Iryaz sudah bosan dengan dirinya?

Yang lain hanya mendengar tanpa mencelah. Iris sibuk mengunyah buah di sisi suaminya. Ahli Cammora dan TheRose yang lain mengangguk setuju.

"Along ni, tak serius langsung," celah Hailey. Dia menyengir tatkala mendapat jelingan tajam dari Iryaz.

"Sibuklah budak ni."

"Jangan lama sangat ikat anak dara orang. Bila-bila masa je orang lain boleh datang pinang Naura. Lagipun, mummy taknak lah keluarga belah sana berkecil hati," sampuk Puan Nurin pula.

Iryaz terdiam.

Iris melorek senyuman nakalnya.

"Along nak tahu tak? Haritu Iris pergi hospital Naura, banyak doktor handsome. Muda-muda pula tu!" Semangat Iris bercerita.

Panas telinga Iryaz mendengarnya. Nak di marah, nanti menangis. Mak buyung tu bukan boleh percaya.

Naura beri jelingan maut pada Iris. Sengaja memancing emosi abang tu. Nanti bukan dia yang kena, Naura juga yang kena hadap Iryaz tu nanti.

"Assalamualaikum! Iris tengok ni!" Ceria sungguh suara Isyraf memberi salam. Tiga plastik aiskrim di tunjukkan kepada Iris.

"Apa yang kau beli tu?" Suara Aaryan menyoal dingin. Mati senyuman Iris. Dia memberi isyarat mata agar tidak memberitahu suaminya.

"O-oh ini? Err aku saja tunjuk dekat dia. Haha ni semua aku punya sebenarnya, kan Iris?" Isyraf menjegil matanya. Iris mengangguk laju.

Aaryan memandang Iris lama. Tak senang duduk Iris di buatnya.

"Abang ni janganlah tengok macam tu," katanya kekok. Takut pula.

"Simpan, jangan bagi dia."

Arahan tegas dari Iryaz membuatkan Iris mahu menangis. Berair matanya ketika ini. Baru sahaja mahu membuka mulut, Aaryan pula menyampuk.

"Dengar cakap Along."

Iris mencebik.

Semua orang memberi perhatian kepada dirinya ketika ini. Setitis demi setitis air matanya jatuh. Iryaz tersenyum kemenangan.

"Hiks...Iris n-nak masuk bi-bilik." 

Kasihan Puan Nurin melihatnya.

"Habiskan dulu buah tu sayang," kata Puan Nurin lembut. Niat mahu memujuk.

Tanpa sepatah kata, Iris berlalu meninggalkan ke dalam bilik tanpa menghiraukan panggilan suaminya. Aaryan menghela nafas. Yang lain hanya mampu memberi kata-kata semangat.

"Tabahlah, dia bawa nak kau tu."

Aaryan senyum paksa.



Naira merenung lama cincin berlian yang tersarung elok di jari manisnya. Ini bukan yang dia mahukan. Rasa bersalah, marah, benci, bercampur baur.

"Hoi, termenung jauh ingat siapa?"

"Tch, you ni memang suka terjah orang eh?"

Syed Hans ketawa hingga menampakkan lesung pipitnya. Suka mengusik anak majikannya itu. Selain Naira, tiada siapa yang mahu bergaul dengannya. Mungkin kerana pangkatnya sebagai seorang bodyguard membuatkan dirinya dipandang hina.

"Siapa bagi cincin tu?" soal Syed Hans cemburu.

Naira kelihatan seperti teragak-agak mahu menjawab. Dia terdiam memikirkan jawapan yang mahu dijadikan sebagai alasan kepada lelaki itu.

"Jangan cakap boyfriend kau?" Terangkat sebelah keningnya.

"Ish bukanlah!"

"Habistu siapa?"

"I beli sendirilah. Mana ada sesiapa bagi," ujarnya. Syed Hans memandang tidak percaya.

Naira gugup. Bukan sekarang masanya untuk jujur akan perkara yang telah berlaku. Ini bukan masa yang tepat.

"Bila kau beli? Tak ajak aku pun," soal Syed Hans curiga. Bukan senang Naira nak keluar tanpa pantauan nya.

"Erm masa tu I baru balik dari office. Singgah mall terus beli. Lagipun, I dah lama tak beli cincin. Apa salahnya kan?" Naira mengukir senyuman palsu. Berharap Syed Hans akan termakan dengan kata-katanya.

"Cincin tu..."

Naira menjongket kening. "Kenapa? Tak lawa ke?"

Syed Hans menggeleng.

"Bukan, cuma nampak macam cincin nikah." Perlahan sahaja suaranya. Dia tidak mahu bersangka buruk dengan gadis itu.

Naira tampak terkelu dengan kata-katanya. Dia menggenggam erat tangannya. Cuba memberi reaksi yang biasa sahaja walaupun hatinya sudah berdegup kencang.

"I nak kahwin dengan siapa? Haha lawak lah you ni," ujarnya gugup. Namun wajah Syed Hans kekal serius. Ada sesuatu yang menggangu akal fikirannya.

"Takde apa-apa yang jadi dekat kau masa bulan puasa dengan raya haritu kan?" Syed Hans menyoal serius. Naira tergamam. Dia cuba mengelak dari bertentang mata dengan lelaki itu.

"Mana ada. You sendiri ada dengan I 24 jam."

Syed Hans mengangguk setuju. Ada betulnya juga.

"Kalau ada apa-apa yang jadi, bagitahu aku. Aku nak jaga kau sampai akhir hayat aku. Itu keinginan aku sendiri, bukan arahan dari orang lain," ujar Syed Hans sebelum berlalu masuk ke dalam rumah.

Naira hanya memandang dari ekor mata. Cincin berlian itu digenggam erat. Air mata sedaya upaya ditahan dari mengalir deras.

"I taknak you kecewa Hans..."



DENDAM CINTA IRIS 2: Unloyal HusbandTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang