DCI S2 (25)

106 12 5
                                    

Big or small, lies are lies.



GENAP 6 bulan sudah kandungan Iris. Perutnya tidak terlalu besar tetapi masih lagi nampak baby bump nya. Keselamatannya dikawal ketat oleh Aaryan, Tuan Ishan, abang-abangnya dan tidak lupa ahli Cammora. Masing-masing berperanan seperti bodyguard nya.

"Sayang?"

Iris yang sedang minum susu mengangkat kening. Gelas yang masih tersisa separuh susu strawberi itu diletak ke atas meja.

"Kenapa buat sendiri? Lain kali panggil abang. Abang boleh buatkan," ujar Aaryan sedikit kesal. Dia tidak mahu kesihatan Iris terjejas.

"Apalah abang ni, lupa ke apa Naura pesan? Iris kena banyakkan berjalan, nanti nak bersalin senang."

"Iyalah, tapi abang taknak Iris penat. Nanti sayang juga yang mengadu sakit pinggang lah, kaki bengkak lah." Aaryan masih tidak mahu kalah.

Iris ketawa. Iyalah encik suami.

"Habiskan susu cepat, lepasni kita keluar. Cari baju baby," kata Aaryan. Sebuah ciuman dilabuhkan pada pipi gebu Iris.

"Hm, esok je lah bang. Iris nak tengok kdrama harini." Iris sengih. Lagipun, mana mungkin dengan cuaca panas terik begini dia mahu keluar.

Aaryan menggeleng kepala.

"Mana ke phone abang?"

"Dekat atas kan?"

"Abang ambil jap, jangan buat apa-apa. Gelas tu pun biar dekat situ," pesan Aaryan. Berlari dia menaiki anak tangga dengan kelajuan sepantas kilat. Risau betul jika Iris bergerak seinci pun dari sofa itu.

Tidak sampai seminit Aaryan kembali dengan telefon yang berada ditangan. Iris jeling dengan ekor mata sahaja.

"Kenapa kerut je muka tu?"

"Hm? Oh, ni Am chat abang."

Ting!

Aaryan membuka pesanan yang baru diterimanya. Rahangnya mengeras membaca pesanan dari Ilham. Iris yang terperasan akan hal itu menyentuh lembut lengan suaminya.

"Kenapa?"

Aaryan tersenyum kecil. "Abang keluar kejap boleh? Sayang berani ke tinggal seorang? Ke nak abang hantar rumah daddy?"

Iris beriak hairan.

"Abang nak pergi mana?"

"Hospital."

"Kenapa? Siapa sakit?"

Aaryan mencubit perlahan pipi Iris. Wanita itu merungut manja.

"Harith accident."

Allahuakbar!

Terbeliak mata Iris mendengarnya. Pelbagai persoalan muncul difikirannya. Bagaimana lelaki itu boleh kemalangan? Teruk kah keadaan lelaki itu?

DENDAM CINTA IRIS 2: Unloyal HusbandTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang