DCI S2 (10)

313 26 2
                                    


Big or small, lies are lies



LAGI sehari sahaja seluruh umat islam akan menyambut bulan mulia pada tahun ini. Ada yang teruja, ada yang berazam mahu berpuasa penuh. Aaryan tersenyum melihat Iris yang teruja melihat menu masakan yang akan dicuba ketika berbuka nanti.

"Abang how about this? Udang lemak tempoyak," soalnya.

Aaryan sekadar mengangkat bahu.

"I don't know, I'm not tempoyak lover," ujar Aaryan. Muncung bibir Iris mendengarnya. Orang baru nak cuba masak untuk dia.

"Kita cuba buat kek nak tak abang?" Teruja Iris menyoal. Dia memandang Aaryan dengan penuh berharap.

Aaryan angguk lambat.

"Abang boleh tolong Iris buatkan tapi sayang tahukan? Abang tak suka benda manis." Serba salah Aaryan apabila melihat perubahan wajah Iris.

"Takpelah..."

Mampus kau Aaryan.

"Hey ibu, apa sedih-sedih ni? Nanti kita buat sama-sama cuma sayang je lah yang makan nanti," pujuk Aaryan. Risau dia melihat Iris yang hampir mahu menangis. Emosi ibu mengandung memang macam ni ke?

"Taknak, Iris dah taknak buat." Buku resepi ditutup kasar. Dicampak entah ke mana buku milik Puan Nurin itu.

Aaryan mengeluh.

Sabar Aaryan, dia bawa anak kau tu.

"Okay bagitahu abang, sayang nak makan apa? Abang belikan," pelawa Aaryan. Perlahan-lahan Iris menoleh ke arahnya. Aaryan menahan senyum. Tektik berjaya!

"Nak pizza dengan cheese cake boleh?" Seperti kanak-kanak Iris meminta. Mati senyuman Aaryan.

Oh god, please save me.

"Err benda lain boleh? Sayang baru makan--"

"Tak boleh cakap je lah tak boleh. Lain kali tak payah nak tanya-tanya. Saya nak tidur," kata Iris sebelum melangkah laju masuk ke dalam bilik.

Saya?

Okay Iris merajuk.

Lebih tepatnya, terasa.

"Aduh Aaryan. Apa bengap sangat kau ni? Bini dahlah tengah mengandung!" omel Aaryan sendirian. Bantal kusyen dicampak jauh. Runsing.

Pemergian Iris dilihat dari ekor mata sahaja. Bukan tidak mahu beli, tapi baru kelmarin Iris minta makanan yang sama.

Beli atau tak?

Hampir menangis Aaryan memikirnya. Tak dibeli, Iris merajuk. Kalau dibeli, kesihatan Iris dengan anak mereka macam mana?

Manakala Iris yang berada di dalam membebel tak jelas. Habis semua anak patung dicampaknya. Nasib baik dah balik rumah sendiri, kalau dekat rumah Tuan Ishan tak tahulah apa yang jadi dekat Aaryan.

"Dah tanya lepastu banyak alasan. Aku bawa anak dia juga. Sikit-sikit tak elok, tak sihat. Ni kalau anak keluar meleleh air liur, lap lah sampai kering kontang."

DENDAM CINTA IRIS 2: Unloyal HusbandTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang