DCI S2 (2)

345 25 2
                                    


Big or small, lies are lies.



"KAU taknak balik ke? Kesian aku tengok Aaryan."

Naura menjeling Iris sekilas. Wanita itu sibuk membuat kerja. Solannya tadi dibiar bagai angin lalu.

"Woi Iris!"

"Tch, kau ni bisinglah. Tak nampak ke aku tengah buat apa?" soal Iris kasar. Makin kuat bunyi keyboard ditekan.

Naura tersengih. "Dah kau buat bodoh je aku tanya tadi," balasnya.

"Aku balik dalam dua tiga hari lagi. Kerja dekat sini ada lagi sikit yang belum settle."

"Kau dekat sini berapa hari?" soal Iris lagi.

"Malam esok aku baliklah sana, nak duduk sini lama-lama buat apa," ujar Naura. Iris tergelak sinis.

"Kau rindu Along kan? Macamlah aku tak tahu."

"Aku nak tanya ni, tapi kau jangan marah pula," kata Naura. Iris berdehem perlahan. Matanya masih tak lepas dari memandang skrin komputer.

"Kau marah lagi ke pasal haritu?"

"Arwah Ayra?"

Naura angguk.

"Tak, lagipun mummy sempat cerita semua benda yang jadi. Mula dari siapa Ayra, siapa kembar betul Ayra, semua aku dah tahu. Sebenarnya aku duduk sini pun bersebab, aku nak ada masa sendiri, tanya diri aku sendiri sama ada dah ikhlas ke belum. Sejadah je jadi tempat aku luahkan semua benda dekat sini," lirih Iris bercerita. Perut kempisnya diusap lembut.

"Lagipun sejak aku pregnant ni, aku rasa eloklah aku buang perasaan dendam tu. Aku taknak anak aku jadi macam ibu dia bila dah besar nanti."

Naura tersenyum. Sungguh bangga dengan usaha Iris yang mahu berubah ke arah yang lebih baik.

"Mesti diaorang seronok bila dapat tahu dalam perut kau ada baby."

Iris senyum lebar.

"Haih, aku nak Aaryan..."



"Heii akulah si Nurul ni, kejap baik kejap jahat. Tup tap tup tap mengandung!" maki Harith. Popcorn dikunyah kasar. Turun naik dadanya menahan geram.

"Ri akan bertanggungjawab mak.."

"Ini lagi satu mangkuk ayun, kau kan eiii aku perhati je dari season 1 kau ni, kira nak kahwin lagi apahal nya!"

Habis dicampak semua bantal kusyen ke arah tv. Bengang sungguh aku. Ni siapa pengarahnya ni. Banyak sangat masalahnya pun.

"Hah lepasni boleh buat season 4 pula, yang tu biar si Leha ni yang curang," bebelnya.

"Apa kau bising-bising ni, tak senanglah orang nak sembahyang," soal Ilham yang baru sahaja turun dari tingkat atas. Kain pelikat yang hampir londeh dibetulkan sedikit.

DENDAM CINTA IRIS 2: Unloyal HusbandTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang