DCI S2 (6)

312 20 0
                                    


Big or small, lies are lies.



AARYAN memandang lama wajah tenang Iris yang sedang duduk di tepinya. Dia berdehem kecil bagi meraih perhatian wanita itu.

"Iris."

"Yes husband?"

"Taknak cerita apa-apa ke?"

Iris ketawa. Aaryan berkerut hairan.

"Tak sangka pula lima bulan Iris takde, abang nak kena dengar bed time story baru boleh tidur."

Aaryan mencebik. Dia betulkan duduknya sebelum menongkat dagu memerhati wajah isterinya.

"Abang tak bergurau. Tell me, apa maksud semua ni. Kenapa abang tak tahu langsung Iris pergi sana atas urusan kerja," soalnya.

Iris tersenyum kecil. Nampak perubahan pada Aaryan semasa dia menjejakkan kaki di rumah ini. Nampak gayanya, dia kena cerita semula apa yang terjadi lima bulan yang lepas.

"Daddy suruh kita berpisah, bersebab abang. Bukan saja-saja daddy nak kita berjauhan. Lagipun, Iris dah dapat apa yang Iris nak."

"What is it?"

"Ketenangan. Iris pergi sana Iris boleh tenangkan diri, Iris dapat jawapan yang Iris cari selama ni. Sebelum Iris ke sana, mummy sempat cerita semua benda. Mula dari siapa Ayra, siapa kembar Ayra, siapa family abang."

"Iris menyesal, Iris malu nak jumpa abang. Iris malu dengan keluarga abang. Iris tertanya-tanya, dapat ke dosa Iris di ampunkan? Boleh ke abang terima Iris lagi," ujarnya lagi.

"Sungguh, Iris rindu sangat dengan abang masa dekat sana. Tapi Iris tahan diri Iris dari call abang, sebab daddy cakap, anggaplah ini satu balasan buat Iris sebab derhaka dengan abang."

Lama mereka berdiam diri sebelum Aaryan memutuskan untuk bersuara.

"Abang tak pernah jemu tunggu kepulangan Iris. Abang tak pernah jemu berdoa supaya Allah temukan kita lagi. Harini, abang rasa bahagia sebab doa abang Allah dah makbulkan. Isteri abang dah balik, dengan hati yang boleh terima apa yang terjadi dulu, tanpa secebis dendam pun." Lembut suara Aaryan menutur kata.

Iris menyembam wajahnya di dada bidang Aaryan. Terlalu rindu dengan bau dari badan Aaryan.

"Sayang..." bisik Aaryan.

"Hmm?"

"Jom bercinta lagi?"

Iris tersenyum mendengar suara serak basah suaminya. Dia mengucup bibir Aaryan sekilas sebelum mengangguk kepala. Aaryan tersengih. Perlahan sahaja tangannya bergerak ke arah lampu tidur yang berada di atas meja kecil.

Tap!

Cahaya lampu terpadam. Biarlah bulan dan bintang menjadi saksi mereka melepaskan rindu yang terpendam. Bertemankan bintang kecil yang sememangnya sudah ada di dalam perut Iris.



Sreettt

Tirai langsir diselak ke tepi. Seorang figura berbadan sasa yang hanya berseluar pendek tersenyum melihat pemandangan di luar.

"Wake up, wake up!"

"Hmpp abang..."

"Bangun sayang, apa nak jadi isteri abang ni?" gurau Aaryan. Tangannya lincah mengutip baju-baju yang berselerak di atas lantai.

Iris tersenyum.

"It's all your fault abang. 4 jam abang dera Iris semalam."

"Really baby?" Sengaja Aaryan menyoal. Layankan sahaja karenah Iris yang tampak agak manja dari sebelum ini.

"Come, jom abang mandikan," pelawa Aaryan.

Terus Iris menghulur kedua tangan minta di dukung. Aaryan dengan rela hati menyambut. Selimut yang menutupi seluruh badan Iris sengaja di selak sedikit.

"Eeee abang!" Aaryan hanya ketawa.

"Manjanya isteri abang ni," katanya. Dia meletakkan Iris di dalam bathub. Selimut itu di ambil sebelum diletakkan semula ke atas katil.

"Abang taknak mandi sekali?" Iris betul-betul nampak seperti budak bawah umur sekarang. Aaryan hanya menggeleng.

"Abang dah mandilah yang," ujarnya. Iris hanya diam memerhati suaminya. Terasa seronok apabila di manjakan sebegini.

"Macam manalah kita ada anak nantikan? Manja juga macam ibu dia ke?"

Iris terdiam. Anak?

"Kalau Iris mengandung, abang nak tak layan Iris macam ni lagi?" Kini Iris pula yang menyoal. Terhenti perbuatan Aaryan yang sedang bermain buih di kepala Iris.

"Emm, depends lah, sebab dah ada anak kan?" gurau Aaryan. Sedangkan satu perkataan pun dia tidak maksudkan.

Iris senyap. Begitu ke?

"Senyap je, abang ada salah cakap ke?"

Iris hanya mampu mengukir senyum hambar. Dia menggeleng perlahan. Aaryan memandangnya pelik. Aku ada salah cakap ke?

"By the way kan sayang, sayang nampak berisi sikitlah sekarang." Aaryan gelak kecil sebelum sedar akan silapnya. Dia mengintai sedikit wajah Iris. Masam mencuka sahaja.

"Haha..."

Suasana hening seketika. Menggigil tangan Aaryan memegang paip besi itu. Perlahan sahaja tangannya bergerak membilas badan Iris dengan air bersih.

"Iris taknak abang mandikan dah. Pergi tunggu luar."

Mampus.





DENDAM CINTA IRIS 2: Unloyal HusbandTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang