DCI S2 (33)

153 11 8
                                    


Big or small, lies are lies.



IRIS duduk bersimpuh di atas sejadah. Hampir satu jam dia masih dalam keadaan yang sama. Memohon ampun, menangis kepada sang pencipta kerana melawan cakap suaminya tadi.

"Bantu aku ya allah..."

Air mata sudah tak mampu untuk keluar lagi. Anak matanya tunduk memandang jari jemari yang jelas menggigil.

"Rosa, aku merayu pada kau. Jangan muncul lagi. Aku taknak sakitkan Aaryan. Aaryan suami kita Rosa..."

Seakan-akan berbicara sendiri namun hakikatnya ada yang mendengar jauh di dalam sudut diri Iris.

"Dia suami kau Iris! Bukan suami aku."

Terpejam mata Iris mendengar suara itu berlegar-legar dalam fikirannya. Walaupun nada bicaranya kasar, namun tak mengapa. Asalkan Iris dapat berbual dengan dirinya sendiri.

"Kau lupa? Kita kongsi badan dan nyawa yang sama. Jangan jadi ego Rosa! Kau kawal badan aku sepenuhnya tadi. Kau dah langgar syarat kita dulu."

Rosa mendengus.

"Kau tak faham lagi ke? Bekas tunang bodoh dia tu ada plan sesuatu. Sedarlah!"

"Aaryan tak cintakan kita Iris..."

Hampir menangis Iris mendengar rintihan Rosa. Jika Rosa sudah jadi begini, tahulah Iris yang bahawa sisi keduanya benar-benar telah hancur. Dan ini kali pertama Rosa bertindak sebegini.

Flashback...

"Iris."

Iris menoleh. Waktu itu umurnya baru sahaja mencecah 4 tahun. Suara kanak-kanak perempuan terdengar halus saja di pendengarannya.

"Siapa? Jangan nak takutkan Iris. Iris bagitahu Along nanti!"

Gadis kecil itu tertawa. Dahi Iris berkerut. Suara gadis itu sangat sama dengan suaranya. Iris hampir sahaja menangis.

"Eh, eh jangan menangis! Rosa gurau aje."

Tercebik-cebik bibir Iris. Kepalanya terteleng-teleng mencari kelibat manusia yang berbicara dengannya.

"Rosa dekat mana? Iris tak nampak pun. Sinilah, kita main sama-sama," ujar Iris teruja. Entah mengapa kehadiran suara itu membuat dirinya nyaman.

"Rosa ada je dalam badan Iris. Kita kongsi badan yang sama. Kita sembang macam ni aje lah. Boleh?"

Iris angguk kepala.

"Boleh! Apa kata kita buat syarat? Sekali-sekala Rosa pula yang keluar ganti Iris. Kesian Rosa bosan duduk dekat dalam."

"Boleh boleh! Wah terima kasih Iris."

Iris tersengih suka. Seronok dapat kawan baru walaupun dia tidak faham apa-apa. Bagaimana dua orang boleh kongsi satu badan yang sama. Iris tidak mahu ambil tahu. Cukup masa nanti dia akan tahu juga.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: May 30, 2023 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

DENDAM CINTA IRIS 2: Unloyal HusbandTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang