DCI S2 (21)

101 11 1
                                    

Big or small, lies are lies.



PAGI itu Iris bangun dalam keadaan yang tidak terurus. Nasib baiklah hari ini cuti. Tak perlulah dia berhadapan dengan TheRose nanti.

Fikirannya kembali teringat akan tentang kejadian semalam. Dia menghembus nafas berat. Tidak tahu bagaimana mahu mengelak dari bertembung dengan Aaryan.

"Fine! Aku dengan Naira lebih dari kawan!"

"He's different and dangerous."

"Jangan terlalu cepat cintakan Aaryan."

"Dulu ya lah kitaorang berdua je."

Sial.

Apa lagi rahsia yang Aaryan sorokkan darinya? Dan Naira...apa masalah dia?

Iris berjalan keluar menuju ke ruang tamu. Bau aroma nasi goreng berjaya menangkap perhatiannya. Di intai sedikit sosok yang kelihatan sibuk di dapur. Aaryan?

"Eh sayang dah bangun? Meh duduk. Abang dah masak breakfast," pelawa Aaryan. Manis sahaja bicaranya tika ini.

Iris mengabaikan tetapi tetap juga mengambil tempat di sisi lelaki itu. Sepiring nasi dihulurkan kepada Iris. Wanita itu hanya menyambut. Kedua-duanya makan dengan senyap. Hanya bunyi sudu dan garfu yang berlaga sahaja memenuhi ruangan meja makan itu.

"Jangan ingat dengan cara ni dapat tutup kesalahan awak Aaryan."

Terhenti terus suapannya. Aaryan meneguk air liur kasar. Ya, dia sengaja bangun awal pagi menyediakan semua ini agar dapat mengembalikan senyuman Iris. Atau lebih tepatnya, kemaafan.

"Abang minta maaf. Semalam abang betul-betul tak sedar apa yang dah jadi."

Iris mengangguk.

"Betul agaknya apa yang kawan kerja awak cakap semalam. Saya belum cukup kenal suami saya lagi," ujar Iris sengaja. Perkataan kawan kerja itu sengaja ditekankan. Biar Aaryan tahu apa perasaannya sekarang.

"Pasal tu abang-"

"Apa hubungan awak dengan Naira sebelum ni?" Sarkastik Iris menyoal. Aaryan menghembus nafas gusar. Hilang terus rasa laparnya.

"Bekas tunang."

Terhenti pergerakan Iris. Dua perkataan itu cukup membuat dirinya dilanda rasa marah. Bekas tunang? Heh! Patutlah gatal semacam.

"Tapi sekarang kitaorang tak lebih dari kawan kerja. Abang tak tipu." Bersungguh-sungguh Aaryan berkata. Dia tidak mahu ada salah faham antara mereka berdua lagi.

"Ada lagi rahsia yang awak simpan dari saya?"



"Seorang je? Suami kau mana?"

Iris memandang sekilas wajah yang berada di hadapan matanya ini. Selesai sahaja makan pagi, Aaryan terus keluar dengan alasan ada kerja yang belum selesai. Iris juga mengambil keputusan untuk berjumpa dengan jejaka ini.

"Ada hal katanya."

"Oh, so? Ada apa?" Ilham menyisip sedikit air coffee yang masih panas. Dia menoleh ke kiri kanan. Risau juga jika ada mata-mata yang memandang dan menyalah tafsir tentang mereka.

"Aku nak tahu semua benda pasal Aaryan. Dari A to Z. Jangan tinggal sikit pun apa-apa tentang dia."

Ilham berkerut hairan. Sudah kenapa tiba-tiba sahaja menanya tentang lelaki itu? Suami sendiri pun masih belum kenal?

"Ada apa-apa jadi ke sampai kau tanya pasal Aaryan ni?" Ilham juga menyoal. Dia dapat menghidu sesuatu yang telah berlaku antara pasangan ini.

Iris memilih tidak menjawab pertanyaan itu. Dia bukan sejenis yang suka bercerita. Lagi-lagi itu berkaitan dengan aib suaminya.

Melihat respon wanita itu membuatkan Ilham mengangguk faham. "Apa kata kau sendiri yang tanya dekat dia? Aku taknak masuk campur urusan rumah tangga orang lain ni," katanya.

"Semalam Aaryan mabuk, Naira yang hantar dia balik." Perlahan sahaja suara Iris. Cukup mereka berdua sahaja yang dengar.

Ilham memandangnya tidak percaya. "Mabuk? Astaghfirullah, aku ingat Aaryan dah tinggal perangai lama dia."

Perangai lama?

Jadi Aaryan memang kaki mabuk?

"Sejak bila dia sentuh air tu Am?"

Ilham menghela nafas. Iris memang memaksanya untuk bercerita.

"Dari umur dia 19 tahun. Mula-mula kitaorang biar sebab dia cakap sekali tu je dia nak minum. Lagipun masa muda, Aaryan memang suka hidup enjoy. Tapi aku tak sangka pula sampai sekarang dia minum air kotor tu..."

Iris memejam matanya. Mungkin cuba menerima kenyataan yang baru sahaja dilontarkan.

"Apa sebab dia minum? Sebab keluarga dia ke?"

Ilham menggeleng. "Dia minum lepas dapat tahu kemalangan tu dirancang. Sampai sekarang kitaorang tak dapat detect siapa dalang disebalik kemalangan tu."

"Dirancang?"

"Ya, ada orang marahkan parents Aaryan. Diaorang pilih untuk balas dendam dengan cara kotor," ujarnya kesal.

"Naira?"

"Kenapa dengan Naira?"

"Aku nak tahu, kenapa diaorang boleh putus tunang?" Ilham menggaru kepalanya. Aduh, takkan dia nak cerita juga.

Ilham tersengih kelat. "Aku rasa kalau bab macam ni kau kena tanya Aaryan sendiri. Aku sendiri pun kurang pasti kenapa diaorang boleh putus tunang."

"Kalau ada masalah, selesaikan baik-baik. Jangan buat keputusan ikut emosi. Aku tahu banyak lagi pasal Aaryan yang kau belum tahu. Tapi tolong, jangan ragu dengan perasaan dia pada kau. Dia betul-betul cintakan kau Iris. Jadi aku merayu, jangan tinggalkan Aaryan. Aaryan dah cukup terluka sebelum ni."

Iris tersentak.

Ego kah dia?

Atau dia patut berbaik semula dengan Aaryan?

Tapi bagaimana dengan luka yang Aaryan berikan?

Bagaimana dengan hatinya?




DENDAM CINTA IRIS 2: Unloyal HusbandTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang