DCI S2 (30)

95 15 2
                                    

Rindu itu berat.



GEMBIRA. Itu apa yang dia rasakan ketika ini. Hampir separuh dari rancangannya berjaya. Hanya tunggu giliran mangsa terakhirnya pula selepas ini.

"Hahaha! Bodoh!"

"Mereka semua bodoh!"

Gadis itu bertepuk tangan tanda dia berpuas hati dengan kerja orang suruhannya. Kerusi beroda itu dipusing dengan wajah yang kelihatan senang.

"Apa yang kami perlu buat selepas ini bos?"

Adilah menjongket kening. Dia tersenyum jahat seraya menggeleng kepala. Asap rokok dihembus ke udara. Masih ingat? Dee.

"Korang sabar dulu. Aku taknak buat kerja ni cepat sangat. Nanti aku dah takde hiburan hahaha!"

Rata-rata anak buahnya semua berbadan sasa dan berkulit gelap. Siapa saja yang melihat mereka pasti berasa gerun. Senjata api terselit di bahagian tepi pinggang mereka.

"Malam ni kita enjoy! Polis-polis bodoh tu takkan dapat tahu tentang kita. Mereka semua hanya manusia bodoh! Konon berbakti pada negara. Puih!"

Dendamnya terhadap manusia beruniform itu takkan pernah habis. Masih ingat bagaimana mereka menyerbu kawasannya dahulu sehingga dia terpaksa melenyapkan diri dalam jangka masa yang lama.

"Roy, bagitahu aku tentang adik kesayangan aku," arah Adilah. Dia tersenyum senget mengenangkan gadis itu. Nampak sahaja baik.

"Dia masih bekerjasama dengan kita bos. Takde tanda-tanda dia nak khianat kita." Anak buahnya bernama Roy itu laju memberitahu info.

"Bagus!"

Adilah bangkit dari duduknya. Dia mengambil beberapa pil berwarna putih sebelum dimasukkan ke dalam air. Anak buahnya sudah tersenyum sampai ke telinga. Masing-masing berdebar menunggu kali ini giliran siapa.

Adilah berjalan penuh lenggok ke arah mereka. Dia menyua air itu kepada dua orang jejaka yang sedari tadi memerhatikan tubuhnya.

"Tonight is your turn. Kita main sampai esok pagi," bisik Adilah nakal.

Ya, memang begini cara Adilah menghibur diri sendiri. Dia akan menyuruh anak buahnya melayan nafsu binatangnya sehingga dia berasa puas. Adakalanya dia akan menyuruh semua anak buahnya beronani di hadapan dirinya.

Inilah sisi kotor Adilah yang bahkan Naira juga tidak pernah tahu. Sebab itu dia memang sudah sedia jika mati dalam keadaan apa pun. Kerana dirinya sendiri lebih teruk dari iblis.



"Abang rasa anak kita lelaki ke perempuan?"

Aaryan tampak berfikir sebelum menjawab. "Erm abang rasa girl. Tapi abang nak boy."

Iris mengerut dahi. Ada pula macam tu? Aaryan tersengih melihat muka Iris. Dia sendiri tak faham dengan jawapan tadi.

"Kenapa abang nak boy?"

"Sebab abang nak anak ni jaga Iris bila abang dah takde. Jawapan abang cliche kan? Tapi memang itulah alasan kenapa abang nak anak kita lelaki."

Iris menjeling kesal. Agak tidak suka apabila perkara seperti ini menjadi topik perbualan mereka. Tidak bolehkah cari alasan lain?

"Abang tahu Iris tak suka jawapan macam tu kan? Abang ni sengaja nak buat Iris sedih."

Aaryan tersenyum kecil. Dia menarik Iris ke dalam pelukan.

"Sayang yang senang nangis, salahkan abang pula," usik Aaryan. Alhasilnya merasa penampar Iris sekali di lengan. Aaryan meringis sakit. Pedih juga rupanya.

"Ya, ya abang minta maaf. Meh sini nak tengok muka orang nangis tadi. Alololo merah muka sayang abang ni."

Semakin galak Iris menangis. Terkejut Aaryan dibuatnya. Belakang badan Iris digosok lembut.

"Shh, shh jangan nangis. Malulah dengan anak. Abang tak tinggal sayang, abang janji."

Terhinjut-hinjut bahu Iris akibat terlalu leka menangis. Lagaknya seperti seorang anak ditinggal ibu sahaja. Geleng kepala sajalah Aaryan. Nak buat macam mana? Dah nasib dapat bini manja macam ni.

"Abang jahat..."

"Ya, abang jahat."

Tak henti-henti Aaryan memujuk. Sempat dia berselawat di tepi telinga Iris untuk menenangkan hati isterinya. Silap dia juga kerana memberi jawapan yang sebegitu.

Tangisan Iris mulai reda namun anak matanya tak berkalih dari memandang dada bidang suaminya. Aaryan mula rasa tak tentu arah. Ha sudah. Jangan Iris tiba-tiba nak berasmara sudahlah. Perut tu dah besar sangat dah.

"Duk pandang apa?" tanya Aaryan gelisah.

Iris tersengih manja. Dia merapatkan jarak antara mereka. Semakin Aaryan kebelakang, semakin itu juga Iris kehadapan.

"Hey sayang nak apa ni?"

"Iris craving."

"Apa?"

"Nak gigit dada abang."

Hampir sahaja Aaryan jatuh dari katil mereka. Permintaan yang tak masuk akal. Ada pula teringin nak gigit dada suami. Kalau dia gigit kuat, tak ke naya?

Masih ingat hari dimana Iris ajaknya bermanja? Ya bukan manja yang Aaryan dapat melainkan Iris mengajaknya membuka gelanggang gusti!

Jika tidak dilayan Iris menangis. Jika dilayan sakit badan Iris dibuatnya.

"Abang boleh ya? Iris gigit perlahan je. Abang tak kesian ke dekat anak? Nanti dia keluar menjejeh air liurnya." Suara sengaja dibuat simpati.

"Sayanggg benda lainlah ya? Aiskrim taknak? Coklat? Kek? Piza?" Bermacam-macam Aaryan tawarkan namun hanya mendapat gelengan dari si isteri.

Mata Iris sudah mula berair. Tunggu masa saja mahu mengalir.

"Ala janganlah nangis sayang." Aaryan pula yang mahu menangis sekarang. Kenapa lah orang perempuan punya craving sampai begini sekali. Tolonglah kesian dekat kami yang para suami ni.

"Nampak sangat abang tak sayang Iris!"

"Abang sayanglah!"

"Habis tu?!"

Argh! Aaryan rasa nak naik gila. Mahu dimarah lagi teruk nangisnya nanti. Tapi, risau pula mahu mengikut kehendak Iris. Mesti sakit....

"Jangan gigit kuat sangat," pesan Aaryan dalam tidak rela. Baju tshirt nya dibuka lalu dilempar ke bawah.

"Come."

Bersinar mata Iris. Laju sahaja dia mendekatkan diri kepada Aaryan. Pipi Aaryan dikucup sekilas sebelum...

"ARGHHH!"








VOTE & KOMEN!

DENDAM CINTA IRIS 2: Unloyal HusbandTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang