DCI S2 (9)

329 25 0
                                    


Big or small, lies are lies.



"MANA baby?!"

Riuh-rendah jadinya bila semua ahli Cammora dan TheRose bertemu. Tidak lupa juga Naura dan Nadia yang hanya menyaksikan drama diantara dua circle itu.

Naik pening Iris dan Aaryan dibuatnya. Inilah salah satu sebab Iris malas mahu heboh tentang kandungannya. Memang semua akan jadi beruk.

"Mantap gila Aaryan!"

"Tup tap tup tap mengandung!"

"Boboy ke gegirl?"

"Aku nak jadi uncle dah woi!!"

Allahu akbar.

Ini, nasib baik Iryaz tengah on the way balik. Dah sampai karang senyaplah semua. Isyraf pula hanya tersengih melihat perangai bodoh kawan-kawannya.

Izzreen?

Jejaka yang seorang ini dari tadi hilang entah ke mana. Katanya mahu menjemput Ayesha dari rumah.

"SEMUA DIAM!"

Suasana hening....

Keheningan malam membangunkan...

"Apa ke yang bising sangat korang ni? Kalau ya pun excited, coverlah sikit perangai tu. Ini tak! Terjerit sana, terjerit sini. Tak malu ke?!" tempik Aaryan membuatkan seisi rumah terdiam tidak bersuara.

Iris yang diam sedari tadi mula bersuara. "Korang, aku baru nak dekat tiga bulan mengandung. Mana boleh tahu gender baby lagi," ujarnya kesal.

Yang lain hanya tersengih seperti kerang busuk. Aaryan sudah menjeling kesal kepada anak-anak Cammora nya.

Tuan Ishan dan Puan Nurin yang baru sahaja keluar dari bilik berkerut hairan. Tadi bukan main bisingnya hingga sudah mengalahkan pasar borong. Ini sudah senyap pula.

"Senyap je semua," tegur Puan Nurin.

"Biar senyap sikit my. Kalau tak bising dah macam binatang," ujar Isyraf selamba. Namun mati senyumannya tatkala anak mata bertembung dengan Nadia yang sudah membuat isyarat agar tidak berkata sebegitu.

Vroom! Vroom!

"Ha siapa tu?"

"Dua teruna mummy tu lah. Tahu sangat bunyi kereta diaorang," celah Isyraf. Puan Nurin menjeling geram. Getik pula dengan si Isyraf ni.

"Assalamualaikum..."

Ayesha dan Izzreen memberi salam serentak. Yang lain hanya tersenyum menyambut kedatangan mereka. Iris tidak tahu mahu memberi respon yang bagaimana. Mungkin rasa canggung antara dia dengan Ayesha masih lagi terasa.

"Masuk-masuk. Lama Fiya tak datang sini. Dah taknak jumpa mummy ke?" Sengaja Puan Nurin mengusik. Badan gadis itu ditarik masuk ke dalam pelukan.

"Allah, bukan macam tu. Fiya busy sikit sekarang. Itu yang tak sempat singgah sini," ujarnya dengan rasa bersalah. Baru sahaja dia mahu mengambil tempat disebelah Nadia, Iris terlebih dahulu bersuara.

DENDAM CINTA IRIS 2: Unloyal HusbandTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang