DCI S2 (27)

145 8 4
                                    

Big or small, lies are lies.



KESIHATAN Iris turun mendadak. Sudah tiga hari dia pulang dari hospital. Kini, dia menetap di rumah keluarganya dahulu.

Sepanjang tiga hari itu juga tidak henti-henti Iris menanyakan tentang Aaryan. Lelaki itu langsung tidak menjenguknya. Ibu bapanya saja yang sibuk menguruskan dirinya.

"Assalamualaikum adik Along..."

Iryaz memberi senyuman manis kepada Iris. Dia berusaha menahan emosi tatkala melihat kondisi Iris tika ini. Muka cengkung, mata lebam dek kerana terlalu banyak menangis. Kulit pucat seperti mayat hidup.

Iris membuang pandangan ke luar balkoni. Kehadiran Iryaz tidak disambut mesra. Diam sahaja wanita ini.

"Iris dah makan? Harini mummy masak udang kicap. Itukan favourite Iris?" ujar Iryaz ceria. Iris hanya diam kaku.

"Oh, tadi Along ada beli tauhu bergedil. Sanggup tau Along tunggu tengah panas sebab teringat dengan mak buyung ni."

Sekali lagi Iris tidak menyahut.

Iryaz menghembus nafas kecewa.

"Aaryan mana? Suami Iris mana?"

Iryaz mengetap rahang. Dia mengalihkan pandangan ke arah pintu bilik agar tidak bertentangan mata dengan adiknya. Kolam matanya terasa panas. Suara serak wanita itu mendatangkan rasa sayu dihati si abang.

"Aaryan cakap, kalau Iris nak jumpa dia, Iris kena makan. Kena mandi biar wangi. Siap cantik-cantik. Jangan terpuruk dalam bilik."

Iryaz berbohong.

Mata Iris membesar. Bibir pucatnya automatik mengembang luas. Betul kah?

"Along bawa Iris turun bawah. Iris nak makan, lepastu nak mandi. Along cepatlah Along!" Susah payah Iris mahu turun dari katil. Lengan sasa Iryaz laju sahaja menahan. Pilu hatinya ketika ini.

"Along bawa makanan naik atas ya? Iris makan dalam bilik je."

Iris memuncung tidak suka.

"Along kata Aaryan tak bagi Iris duduk dalam bilik aje. Bagilah Iris keluar, makan sama-sama dekat bawah."

Iryaz mengusap lembut kepala adiknya.

"Takpe, lepas mandi kita turun ya?" Sekali lagi Iryaz cuba memujuk. Iris tampak berfikir sebelum mengangguk pasrah.

"Along teman Iris makan tau?"

Iryaz senyum. "Ya Along teman."

Iryaz bingkas bangun dari duduknya sebelum berjalan keluar dari bilik Iris. Pintu bilik wanita itu ditutup rapat. Terhambur tangisan yang ditahan dari tadi. Dia tidak sanggup melihat betapa terujanya Iris mendengar berita itu walhal semuanya dusta belaka.

Tanpa Iris sedar, semua orang sedang berusaha mencari punca wanita itu positif dadah. Rumah Aaryan dan company Iris menjadi tempat penyiasatan polis. Itu semua arahan dari Ayesha.

"Sekejap je lagi, Along janji lepasni Iris akan bahagia."



Naira tergelak kuat. Aaryan betul-betul berjaya menghibur dirinya.

"You buat lawak ke Aaryan? Isteri you yang ketagih dadah, I pula yang kena tuduh? Kalau ya pun sayang isteri, jangan pejam mata aje kalau dia buat salah," kata Naira sengaja.

Berita mengenai Iris benar-benar mengejutkan dirinya. Tidak sangka wanita berpengaruh itu mengambil barang kotor seperti itu.

"Siapa lagi kalau bukan kau? Kau seorang saja yang suka cari masalah dalam hidup aku!" tempik Aaryan keras. Memang dalam kepalanya hanya ada nama Naira sahaja.

"Eh Aaryan! I ni memang jahat tapi I takkan kotorkan tangan cantik I dengan benda jijik tu! I bukan macam Iris."

Panas hatinya. Sudahlah datang rumah orang secara tiba-tiba. Datang nak menuduh pula.

Syed Hans hanya memerhati dari jauh. Dia tidak dibenarkan untuk masuk campur hal mereka. Naira yang mengarahkan dia memantau dari sini sahaja. Takut juga kalau Aaryan tiba-tiba naik gila disini.

"Kau nak aku bawa kau pergi balai ke?"

Naira tergelak sinis. "I yang sepatutnya cakap macam tu pada you! Apa bukti you nak mengatakan I yang bagi dia dadah? You ada bukti? Pihak polis ada bukti? Takde kan?!"

"Isteri you yang buat silap, you nak tarik I dalam hal ni pula. Bodoh ke?!"

Turun naik dada Naira mengatur nafas. Walaupun dia berasa puas dengan apa yang terjadi, tapi tidak bermakna dia terlibat sekali. Aaryan benar-benar mencari masalah dengannya.

Aaryan menguak rambut ke belakang. Penampilannya sangat serabai. Dia menunding jari telunjuknya di hadapan wajah Naira. Seakan mencabar gadis itu.

"Kalau aku dapat tahu kau dalang semua ni, mati kau aku kerjakan! Kau ingat benda ni baik-baik Naira!!"

"Eh sebelum you nak bunuh I, pergi make sure bini kesayangan you tu tak ambil lagi benda jijik tu! Nampak je baik tapi hisap dadah!" hambur Naira.

Aaryan menghampiri Naira. Hampir sahaja gadis itu dicekiknya namun Syed Hans pantas menghalang.

"Kalau kau buat kecoh lagi aku panggil polis!" tengking Syed Hans. Naira menggigil takut dibelakang tubuh jejaka itu. Aaryan sudah gila!

Aaryan berundur setapak.

"Kau jaga betina ni elok-elok kalau dia taknak mati dekat tangan aku."

Terus Aaryan keluar dari rumah mewah itu. Naira menghembus nafas lega. Tidak dapat dibayangkan jika tiada Syed Hans disini tadi. Mungkin dia sudah mati dibunuh Aaryan.

Riak wajah Syed Hans berubah risau. "Kau okay? Nak aku bawa pergi klinik?"

Wajah cantik itu dibelek cemas. Takut jika ada sebarang luka disitu. Naira mengangguk saja.

"Okay..."

Naira berjalan meninggalkan Syed Hans seorang diri. Lelaki itu mengeluh perlahan. Apa masalah antara Aaryan dan Naira? Betul ke gadis itu yang cuba memberi dadah kepada Iris?

Bukan Syed Hans tidak kenal wanita berpengaruh itu. Sebut sahaja namanya pasti semua orang tahu. Tetapi berita berkaitan dengan keadaan wanita itu tidak pula tersebar luas.

Mungkin pihak polis sudah membuat persiapan awal supaya berita itu tidak tersebar. Syed Hans mengangkat bahu. Malas mahu mengambil tahu.




Jangan lupa vote ya! Komen sekali untuk bab kalini.

DENDAM CINTA IRIS 2: Unloyal HusbandTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang