DCI S2 (19)

121 14 2
                                    


Big or small, lies are lies.



"ADA apa kau nak jumpa aku ni?"

Asap rokok dihembus lembut ke udara. Anak mata hazelnya meliar ke arah luar tingkap. Kehulur-kehilir kenderaan pada waktu itu.

"Kau kata lepas kahwin dah tak merokok," balas Iryaz bersahaja walhal dia sendiri tahu itu satu perkara yang sukar dilakukan bagi mereka kaum Adam.

Aaryan tersenyum sinis.

"Itu cara nak dapatkan adik kau," katanya. Iryaz menjeling sahaja. Dia tahu Aaryan tidak maksudkan kata-katanya.

Iryaz diam tidak bersuara. Tidak tahu mahu memulakan perbualan mereka bagaimana. Rasa ingin tahunya membuak-buak walau dia tahu dia tidak sepatutnya masuk campur urusan adik iparnya ini.

"Kau dengan Iris okay?"

Puntung rokok Aaryan hempaskan ke lantai lalu dipijak kasar. Dia menghembus nafas. Entah kenapa, emosinya mula berubah tatkala mendengar nama wanita itu.

"Adik kau ada mengadu apa-apa buruk pasal aku ke?" soalnya kasar. Nak saja dia beredar dari situ tapi nanti apa kata Iryaz pula.

"Takde, tapi--"

"Kalau takde tu maknanya kitaorang okay je. Aku suami, aku tahulah nak jaga adik kesayangan kau tu macam mana," dengus Aaryan malas.

Iryaz mengetap rahang. Api kemarahannya tidak dapat dikawal. Dengan cara percakapan Aaryan, dia sendiri boleh tahu ada sesuatu yang berlaku antara mereka.

"What's wrong with you? Kau nak emosi dah kenapa?" Iryaz cuba menyoal. Mana tahu Aaryan stres dekat tempat kerja.

"Siapa je tak emosi? Balik-balik kau jumpa aku tanya pasal Iris. Iris, Iris, Iris! Aku muak lah!" Aaryan bersuara kasar.

"Kau tak percaya aku ke? Kau tak percaya kawan kau sendiri? Takut sangat adik kau tu hidup dengan aku dah kenapa?"

Aaryan menghela nafas panjang. Sibuk dengan urusan rumah tangga orang lain.

Mencerlung mata Iryaz memandang Aaryan tika ini. Tangannya menggigil tahan marah. Baginya Aaryan sudah melampau.

"Eh sebab aku tahu kau dengan dia ada masalah lah aku tanya! Ingat hidup aku ni kira nak jaga rumah tangga kau je ke?" Suara lantang Iryaz berjaya menarik perhatian beberapa orang pelanggan di dalam cafe itu.

"Boleh tak kau jangan menyibuk hal rumah tangga aku? Kau suami dia ke aku suami dia?!" tempelak Aaryan hingga terbangun dari kerusi.

Kini, semua mata tertumpu ke arah mereka berdua.

"DIA ADIK AKU LAH BANGSAT!"

"Tapi aku suami dia! Pangkat aku lagi besar dari kau!" maki Aaryan sebelum beredar dari situ. Risau jika dia tidak dapat menahan marahnya.

"SIAL!" Habis semua kerusi disepak Iryaz. Langsung tidak menghiraukan mata-mata yang memandang. Sekeping duit 50 diletak ke atas meja sebelum berlalu meninggalkan cafe itu. Malas mahu berlama-lama. Buat kusut saja!



"Puan okay? Pucat je muka."

Dhiya menegur perlahan. Tidak mahu orang lain mendengar perbualan mereka. Hampir sejam juga mereka duduk di dalam bilik meeting ini.

"Perut saya tak selesa," bisik Iris. Walaupun banyak kali dia membetulkan posisinya, rasa tidak selesa itu tetap ada.

Wajah Dhiya berubah risau. Seorang pun ahli TheRose tidak ikut serta meeting mereka kali ini. Hanya Iris yang menjadi wakil.

"Nak call Tuan Aaryan ke?" Kalut Dhiya menyoal. Dia bukan boleh dengar benda macam ini. Risau benar akan bos kesayangannya.

Iris menggeleng. Kehadiran lelaki itu hanya akan menambah sakit hatinya saja! Lebih baik minta pertolongan pada abang-abangnya.

Belum sempat Dhiya membalas, Iris terus bangun dari duduk. Kini, semua pandangan tertumpu kepadanya. Iris menarik nafas sebelum membuka mulut.

"Itu sahaja untuk hari ini. Bagus semua, idea yang menarik, saya suka. Nanti kita akan adakan meeting lain untuk tentukan idea siapa yang terpilih."

Semua pekerja nya mampu bernafas lega. Nasib baiklah tiada siapa yang menjadi mangsa amukan wanita itu hari ini.

"Semua boleh bersurai!"

Mereka menunduk hormat kepada Iris sebelum seorang demi seorang berlalu keluar dari bilik itu. Iris menghempas punggung ke atas kerusi empuknya.

"Puan tak okay ni. Jomlah saya bawa pergi hospital," ujar Dhiya. Iris ketawa kecil. Lawak benar reaksi muka personal assistant nya ini.

"Sabar Dhiya, awak kalut sangat kenapa? Macam awak tak pernah rasa pula," perli Iris. Dhiya tersenyum malu.

"Memanglah saya dah pernah rasa sakit macam ni. Tapi saya risau juga."

Iris tersenyum. Ada-ada saja karenah wanita ini. Bersyukur dia kerana dapat pekerja sebaik Dhiya. Jika orang lain, mungkin mereka sudah mengambil kesempatan dengan keadaannya yang begini.

"Tolong pimpin masuk bilik saya kejap, nak ambil barang. Lepastu kita pergi hospital, boleh?"

"Boleh boleh."

Seperti burung belatuk saja Dhiya mengangguk mendengar arahan Iris. Taatnya dia kepada wanita ini dari dulu lagi. Lagipun layanan Iris kepada dirinya sudah seperti keluarga sendiri. Jadi tak salah jika dia menawarkan diri untuk menolong Iris ketika susah.

Dhiya merangkul pinggang Iris untuk memudahkan wanita itu berjalan. Erat pegangannya ketika ini.

"Hati-hati puan," pesan Dhiya.

"Ya, Dhiya. Saya tengah hati-hati lah ni." Muncung sahaja bibir Iris apabila Dhiya berkata begitu. Macam mak mak pula.

Dhiya tersengih. Nampak dia over sangat ke? Makan masa hampir 10 minit juga untuk sampai ke bilik Iris. Dhiya tercungap-cungap mengatur nafas. Boleh tahan berat juga bosnya ini.

"Saya berat ke Dhiya?"

"Sikitlah..."

Iris dan Dhiya ketawa serentak. Lagak mereka berdua benar-benar seperti adik-beradik kandung.



DENDAM CINTA IRIS 2: Unloyal HusbandTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang