𝑏𝑎𝑏 5

2.9K 135 4
                                    

Raid membuka beberapa butang baju kemeja nya sebaik sahaja dia memasuki perut kereta. Gail mencuri pandang Raid daripada cermin pandang belakang. Raid kuak rambut ke belakang, tajuk muka hadapan akhbar yang tergeletak di sebelah kerusi penumpang menarik perhatian Raid.

Isnin. 26 Mei, 201¥. Malaysia di gemparkan dengan penemuan tubuh tanpa kepala terapung di sungai oleh seorang nelayan. Mengikut keterangan saksi..

"Dari mana kau dapat benda ni?"

Tanya Raid tiba-tiba. Gail yang sedang memandu terkebil-kebil.

"Tuan.. Saya beli surat khabar tu tadi semasa dalam perjalanan ke sini tadi. Ma.. Maaf tuan."

Bibir Raid mengukir senyuman sinis. Akhbar yang sudah selesai dia belek, diletakkan semula ke tempat asal nya.

Raid menyandar pada belakang kerusi. Rokok di keluarkan, pemetik api di hulurkan Gail dari hadapan.

Mata Raid menipis sebaik sahaja api dari pemetik itu bertemu dengan hujung rokok. Raid menghisap dalam, sebelum melepaskan kepulan asap putih.

It's been a rough week, for a rough man.

Ada sesuatu yang menarik harini membuatkan Raid bergegas pulang walaupun sebelum tamat masa pejabat. Jay menghubungi nya sebentar tadi mengatakan yang mereka perlu berjumpa dengan segera.

Raid mengeluarkan telefon pintar nya. Berduyun Notification menderu masuk daripada nombor yang tidak ada di dalam kenalan Raid. Kebanyakkan nya pesanan daripada wanita-wanita yang entah daripada mana mereka dapat nombor Raid pun tak tahu lah.

"Calm down bitch.."

Gumam Raid. Bosan membelek handphone, setelah beberapa minit berlalu, Raid menutup telefon pintar nya semula.

***

"Arsel bangun! Mya arsel.."

Ariz menarik selimut yang menutupi tubuh Arsel. Gadis itu menarik semula dengan kening berkerut tanda protes, Ariz ketawa.. Di tarik lagi sampai Arsel membuka mata dan memandang nya tajam.

"Bangun, dah tengahari dah ni. Anak dara apa bangun lewat macam ni?"

Usik Ariz lagi.

Arsel mendengus. Badan di sandarkan pada kepala katil.

"Arsel tak sedap badan la.. Arsel mengantuk."

Jelas nya pada Ariz dengan muka masam mencuka.

Spontan Ariz sentuh dahi Arsel menggunakan belakang tangan.

"Tak panas pun?"

"Arsel bukan demam la.."

Tangan Ariz di tolak. Arsel membetulkan tudung nya yang senget.

"La? Habistu? Kata tak sedap badan?"

Rasa memulas di perut membuatkan Arsel baring semua ke atas katil, tubuh nya membentuk huruf c.

Ariz garu tengkuk yang tak gatal. Risau pula dengan Arsel.

"Kenapa ni? Sakit sangat ke?"

Ariz bertanya risau.

Arsel angguk.

"Kita pergi hospital nak? Semalam Arsel ada makan tak? Tu la abang cakap.. Jangan skip makan, kan dah sakit perut."

raid property rightsWhere stories live. Discover now