𝑏𝑎𝑏 46

1.3K 66 15
                                    

Arsel memandang pantulan dirinya melalui cermin. Terlalu banyak yang berlaku selama tiga tahun ke belakangan ini.

"Arsel.."

"Carmen."

Arsel memusingkan tubuh menghadap pemilik suara yang menegur nya itu.

"Panggil I carmen. Kalau orang lain dengar macam mana?"

Sayu pandangan mata Ariz pada Arsel. Mereka sudah sampai sejauh ini, namun hati Ariz masih tidak senang sama sekali.

"Abang dah cakap kan.. Abang takkan ikut kehendak Arsel yang itu. Abang akan tetap panggil Arsel dengan nama Arsel.."

"But we both know yang Arsel dah mati?"

Ariz terdiam.

"I saw him last night. That face, muka yang dah lama I tak nampak. Do you know how I feel, abang? I feel like.. Grab my pistols and shoot him right there.."

Sambung Arsel lagi. Nada suara nya kedengaran begitu tenang. Seolah-olah dia sudah dilatih mengawal ekspersi wajah jelitanya.

"Abang tak tahu pun Arsel keluar semalam.. Abang call Ivan, dia cakap Arsel ada dengan dia. Kenapa Arsel tak bagitahu abang?"

Wajah Ariz bertukar risau. Dia tak perduli pun tentang apa yang Arsel beritahu nya sebentar tadi.

Arsel menyikat rambut paras pinggang nya ke belakang.

"Takkan semua benda nak bagitahu abang?"

"Keselamatan Arsel menjadi tanggungjawab abang."

"Keselamatan? Keselamatan I tanggungjawab you? What about keselamatan papa?"

Nada suara Arsel bergetar.

"Kenapa abang tak selamatkan papa?"

"Semua tu jadi di luar kawalan abang. Arsel ingat abang ni berkuasa sangat sampai boleh selamatkan dua orang dalam satu masa?"

"Stop lah abang.. I tak nak dengar apa-apa lagi. I berterima kasih sebab you selamatkan I, I ingat jasa you sebab tu I tak lupakan you."

Ariz terdiam. Bukan ini yang dia mahukan selepas dia menyelamatkan Arsel daripada Raid. Bukan ini.. Ya, dia juga mahu balas dendam untuk tuan Mustafa. Tapi bukan dengan cara gila macam ni.

"Stop fikirkan pasal I. I tahu apa yang I buat, you fokus saja dengan 'family' you tu.."

Arsel ingin beredar namun lengan nya di tahan oleh Ariz.

"Abang nak Arsel yang dulu."

Ucap Ariz tulus ketika Arsel memusingkan wajah menghadap nya. Mata mereka bertemu.

"Yang baik, yang jaga aurat. Yang jaga tutur kata. Abang nak Arsel yang itu.. Yang abang dan tuan Mustafa selalu lindungi."

Arsel menolak sebelah bahu Ariz. Genggaman Ariz pada lengan nya terlerai.

"Arsel dah mati masa papa mati. Yang kat depan abang sekarang ni Carmen. Carmen yang bersumpah akan bunuh Raid Stefano dengan tangan dia sendiri."

Dengan itu. Arsel beredar meninggalkan Ariz yang terkelu tak tahu hendak berkata apa.

Ini jalan yang sudah Arsel pilih.

Jalan yang harus dia tempuhi.

Bagi Arsel, hidupnya sudah pun hancur. Jadi mengapa dia tidak hancurkan sahaja sisa nya?

Ariz memandang belakang tubuh Arsel lama sehingga tubuh itu hilang dari pandangan matanya.

Dimana silap Ariz selama ni?

raid property rightsWhere stories live. Discover now