𝑏𝑎𝑏 32

1.7K 86 8
                                    

Arsel mendongak memandang langit dari balkoni bilik yang dia tempati. Udara dingin malam terasa menjalar masuk sehingga ke tulang. Gadis itu memeluk tubuh, sambil mata masih terhala pada dada langit.

Langit terlihat bersih malam itu, tanpa sebutir bintang pun. Sejak tinggal di vila ini, Arsel semakin menyukai waktu malam di mana dia dapat berseorangan dan menikmati malam yang masih panjang.

Mengingatkan entah bila lagi dia akan merasa waktu seperti ini. Bila-bila masa sahaja nasib nya yang berada di dalam tangan tuan Raid akan berubah, who knows?

Terdengar derap kaki menghampiri. Arsel yang sedang leka tidak perasan akan kehadiran si dia yang sudah beberapa waktu tidak menunjukkan diri.

Raid berdiri di pintu balkoni. Memerhatikan Arsel yang sedang tersenyum sendiri sambil mendongak ke langit.

Entah apa yang menarik dengan langit yang gelap macam tu pun tak tahu la.

Weird woman.

Raid mendekati Arsel. Dan berdiri betul-betul di sebelah gadis itu. Kedua tangan Raid menyentuh pagar balkoni. Sambil berdiri santai, menunggu Arsel perasan yang dia ada di situ.

Raid berdehem.

"What a ugly night, no stars, no moon."

Arsel menoleh ke tepi. Hampir luruh jantung nya mendapati Raid ada di situ.

Raid toleh pandang Arsel, sambil senyum.

"Langit tu tak menarik sangat kalau nak di bandingkan dengan aku."

Ujar Raid, selamba. Tidak dihiraukan wajah Arsel yang terkejut.

"Apa tuan Raid buat kat sini?"

"Don't you think that I'm the one who should ask you like that?" Melihat Arsel yang seakan kelu, Raid menyambung kembali ayat nya tadi, "I believe now it's 1 am. You should sleep, but instead of sleeping, I caught you staring at the sky."

Arsel menggigit bawah bibit. Shoot. Kenapa tuan Raid selalu hilang dan muncul secara tiba-tiba? Can someone explain?

"Saya tak mengantuk lagi. Saya dah cuba tidur tapi saya tak boleh."

"Same. Sometimes when we think too much we can't sleep."

Arsel pandang wajah Raid dari tepi. Tiada apa yang berubah pada lelaki itu, cuma Arsel perasan, ada lebam di lengan kiri Raid yang terlihat kerana lelaki itu menyinsing lengan baju kemeja hitam nya sehingga ke siku.

"Mya."

Panggil Raid perlahan. Raid tak mengalihkan wajah. Dia masih memandang lurus ke hadapan.

"I need to talk to you."

***

Safia membawa dulang kecil berisi segelas air putih dan ubat untuk makcik nya, Zahra. Berhati-hati Safia masuk ke dalam bilik yang gelap itu. Safia mencapai suis lampu dan di tekan. Serta-merta cahaya dari mentol lampu di bilik itu menerangi sekeliling.

Terlihat Zahra sedang duduk bersimpul di atas katil. Sambil sebelah tangan nya memegang sebuah frame gambar yang Safia tahu itu gambar apa.

"Assalamualaikum makcik."

Zahra mendongak. Mata nya dan Safia bertemu. Zahra menjawab salam Safia perlahan, antara dengar dan tak dengar. Kemudian wanita separuh abad itu kembali menghadap frame gambar itu tanpa jemu.

raid property rightsWhere stories live. Discover now