𝑏𝑎𝑏 64

951 26 4
                                    

Entah sudah kali yang ke berapa Arsel muntah. Mikaila yang melihat itu sudah merasa kasihan pada Arsel, Arsel tanggung morning sickness nya setiap hari seorang diri pada hal jika Arsel memberitahu semua ini pada Raid. Mungkin tuan Raid akan ada di sini bersama Arsel.

"Mikaila.. Kenapa alahan saya makin teruk?"

"Ini normal, Mya.. Sebab kandungan awak masih awal lagi. Kalau awak dah sampai tiga ke empat bulan, alahan awak akan mula berkurangan."

Arsel mendengar saja kata-kata Mikaila. Mikaila yang rutin ke sini untuk menjenguk dan mengingatkan Arsel mengenai vitamin yang harus dia ambil juga Arsel sudah sangat bersyukur.

"Dah seminggu tuan Raid balik ke Malaysia dari Itali.."

"Macam mana dengan keluarga madame Salia? Semua dah selesai?"

Arsel kembali duduk di atas katil. Dia tak tahu kenapa Mikaila tiba-tiba mulai menceritakan tentang Raid padahal Arsel tak tanya pun.

"Semua tentang madame Salia dah selesai."

"Baguslah.."

"Mya nak baring?"

Arsel mengangguk perlahan. Mikaila membantu Arsel untuk baring di atas katil.

Mikaila senyum nipis.

"Mya. Maaf kalau saya tanya.. Awak memang tak nak bagitahu tuan Raid ke pasal kandungan awak?"

"Kita dah bincang kan tentang hal ni? Saya takkan bagitahu Raid.. Kita tak tahu kalau dia nak anak ni atau pun tidak.. Kalau dia apa-apakan anak ni macam mana?"

"Saya pasti tuan Raid takkan buat macam tu pada anak dia sendiri, Mya.. Awak tak boleh fikir buruk macam tu."

Fikir buruk?

Sekarang ni dah tak ada apa-apa yang Arsel boleh pertahankan selain anak yang ada di dalam kandungan nya ini. Dia tak akan ambil risiko lagi. Dia sudah berjanji pada dirinya sendiri yang dia akan menjaga amanat ini sebaik mungkin.

"Saya takkan bagitahu Raid.. Awak buatlah apa yang awak nak Mikaila. Asalkan ia tak melibatkan anak dalam kandungan saya ni.."

Ujar Arsel. Tegas. Dia sanggup lari ke mana pun asalkan anak dalam kandungan nya selamat. Dia tak mahu anak nya ini hidup dalam dunia Raid.

Dia takkan benarkan.

Mikaila diam.

Sebenarnya dia sudah terlanjut memberitahu semua ini kepada Jay. Dan dia pasti Jay sudah memberitahu tentang semua ini juga kepada tuan Raid.

Wajah Arsel lama ditatap.

Maafkan saya Mya.. Saya terpaksa beritahu semua ni sebab saya risaukan keadaan awak.

***

Setelah selesai menyiram kubur dan membacakan surah Yasin. Jay membantu Raid melipat tikar tempat Raid duduk tadi. Batu nisan itu lama dipandang Raid.

Mustafa.

Hari ini setelah bertahun lari dari bayang-bayang kelam nya. Raid sendiri yang melangkah kan kaki ke pusara Mustafa atas perasaan yang membuak-buak di dalam dada nya.

Perasaan yang bercampur aduk.

"Mustafa.. Hari ini aku dapat tahu yang anak kau dah mengandung.. Dan dia mengandung anak aku. Cucu kau yang pertama.."

Jeda.

Kaca mata hitam yang dipakai Raid dia buka. Batu nisan itu disentuh Raid.

raid property rightsWhere stories live. Discover now