𝑏𝑎𝑏 31

1.7K 93 6
                                    

Ariz melepaskan keluh, rambut nya kusut tidak terurus, bawa matanya hitam menandakan yang lelaki itu kurang tidur sejak beberapa bulan ini. Bagaimana dia hendak tidur lena jika semua kebenaran perlahan-lahan terungkap?

Hati kecil Ariz merasa takut jika dia tersalah langkah, apakah tindakan Ariz untuk mengorek kembali kisah lama yang sudah jauh tertanam ini sebenarnya bukanlah tindakan yang akan memberi nya kebaikkan?

Dia bingung. Jauh di sudut hati dia juga merasa takut.

"Riz.."

Ikmal muncul di sebalik pintu, membawa segelas kopi panas. Ikmal masuk tanpa Ariz menyuruh, lantas meletakkan segelas kopi itu di hadapan Ariz, di atas meja.

Ikmal memerhatikan suasana bilik Ariz yang gelap dan bersepah. How can he live like this?

"Rehatlah dulu. Pasal benda tu, nanti-nantilah kau cari."

Ujar Ikmal yang sedang duduk di atas katil Ariz.

Ariz tak menoleh pada Ikmal. Ketikan pada komputer terhenti.

"Pakcik Mohsin ada call aku semalam, dia tanya pasal kau.. Dah sebulan lepas kau datang rumah tu."

"Aku tak nak."

"Tak nak apa?"

Ariz menelan air liur. Terasa berpasir tersekat di kerongkong.

"Aku tak bersedia lagi, Mal."

"Aku faham Riz. Tapi benda ni kau yang pilih. Nak tak nak kau kena teruskan juga, what's the point, man? Cari tahu pasal keluarga kau yang dah lama hilang. And now when kau dah tahu sikit, dan benda tu tak sesuai dengan apa yang kau bayangkan, kau nak lari?"

"Kau tak faham Ikmal. Kau tak ada dekat tempat kau. Yes. Aku nak lari, aku menyesal, aku menyesal cari tahu pasal semua ni, aku menyesal.. Aku menyesal tinggalkan Arsel."

Ikmal menghela nafas panjang. Dia faham apa yang Ariz rasa. Ya betul, Ikmal tak ada di tempat Ariz, Ikmal tak tahu apa yang Ariz fikir, tak tahu bagaimana Ariz nak beradaptasi dengan keadaan sekarang. Tapi yang Ikmal tahu, Ariz tak boleh lari dari semua ni.

"Jangan jadi pengecut, Ariz. Jangan jadikan Arsel alasan kau sebab kau tak nak teruskan cari tahu tentang family kau tu."

Ariz mengetap bibir.

"Ikmal. Biar aku tanya kau." Ariz memusingkan kerusi menghadap Ikmal yang sedang duduk di atas katil nya. Mata Ariz mencerlung memandang ke arah Ikmal.

"Apa perasaan kau, kalau kau tahu yang selama ni keluarga kau masih hidup? Dan bila kau cuba untuk kenal diorang, rupa-rupanya ada benda hitam yang jadi, yang menyebabkan kau terpisah dengan diorang. Apa perasaan kau bila kau dapat tahu yang bapak kandung kau dah mati? Dan yang tinggal hanyalah mak kau yang hampir gila?"

Dada Ariz terasa sesak.

"Apa.. Apa perasaan kau bila kau dapat tahu, yang selama ni.. Orang yang jaga kau dari kecil, bagi kau makan pakai yang cukup, rupa-rupanya dalang di sebalik kehancuran keluarga kau?"

Tuan Mustafa.

Kenapa tuan Mustafa pergi tanpa menjelaskan apa-apa?

"Aku bodoh kan sebab selama ni setia dengan orang yang sepatutnya aku bunuh dengan tangan aku sendiri?"

"Tenang Ariz."

Ikmal mencela cepat.

"Kekerasan, pembunuhan, semua tu takkan pernah selesaikan apa-apa masalah. Dengar cakap aku, dan ingat balik siapa kau yang sebenarnya Ariz. Jangan jadi bodoh, jangan biarkan diriku buta disebabkan dendam."

"Then what should I do?"

Ariz meraup wajah. Nafas nya tersekat-sekat.

"Kenapa tuhan uji aku macam ni, Ikmal.. At this point, aku sedar aku perlukan Arsel. Tapi bila aku ingat dia, aku teringat tuan Mustafa, aku jijik.. Tangan dia yang pernah suap aku makan, rupanya tangan tu yang bunuh bapak aku sendiri.."

Ikmal bangkit dari duduk. Pergi mendapatkan Ariz. Tubuh lelaki itu dipeluk Ikmal erat.

Belakang badan Ariz di tepuk. Seakan menyalurkan kekuatan.

"Kalau ikutkan hati aku, aku nak tumbuk kau sekarang juga. Kau sepatutnya berterima kasih pada aku sebab dah buatkan kau coffee. Sabar, bodoh. Ariz yang aku kenal tak lemah macam ni."

***

Gelas kaca terhempas dari tangan Arsel. Mikaila yang sedang menguli tepung cepat-cepat pergi mendapatkan Arsel.

Arsel terkaku, melihat serpihan kaca berterabur di atas lantai. Jantung nya berdebar laju.

"Oh shoot.. Mya. Awak okay?"

Lama baru Arsel mengangguk. Harini, Mikaila membawa Arsel ke dapur, kerana melihat Arsel yang hanya duduk kebosanan setiap hari. Konon nya, Mikaila nak ajak Arsel buat cookies yang selalu dia buat dulu.

"This is my fault, saya minta maaf sebab ajak awak buat semua ni. Ada luka kat mana-mana ke?"

Arsel menggeleng, perlahan.

"Mikaila. Tuan Raid ada dekat mana sekarang?"

Sudah beberapa minggu sejak kali terakhir Arsel melihat Raid di vila ini. Sekarang Arsel sudah bebas ke sana kemari, tapi hanya di dalam vila sahaja. Arsel masih tidak di benarkan keluar.

Mikaila nampak terkejut dengan soalan yang keluar dari mulut Arsel.

"Erm. Bukan ke lagi best kalau tuan Raid tak ada? Awak bebas nak buat apa je dalam vila ni."

"Saya tau. Tapi bukan ke kerja saya kena selalu ada dengan tuan Raid?"

"Ya.. Lebih kurang macam tu lah."

Mikaila serba-salah. Dia tak tahu nak cakap apa, soalan daripada Arsel membuat Mikaila tak dapat berfikir. Macam mana nak jelaskan kerja complicated tuan Raid pada gadis sepolos Arsel?

Nanti karang Mikaila salah explain, Arsel takut pula.

"Okay macam ni. Now awak jangan fikir sangat lah pasal tuan Raid tu okay? Tuan Raid ada Jay, ada budak-budak yang lain. Awak pernah nampak kan? Ramai sangat. Kerja diorang semua adalah untuk protect tuan Raid. Lagipun ni adalah bulan terakhir awak ada kat sini, lepas ni aw-"

Mikaila berhenti.

Rasanya dia dah terlepas cakap.

Mata Arsel bulat merenung ke arah Mikaila, menunggu kata seterusnya yang akan keluar dari mulut Mikaila. Namun hampa, Mikaila mengetap bibir. Tersenyum kekok.

"Er.. Jom kita sambung buat cookies balik?"

"Tapi saya dengar awak cakap pasal-"

Mikaila menarik kedua tangan Arsel, mengenggam kedua tangan itu erat. Mikaila senyum.

"Lupakan je la apa saya cakap tadi. Saya melalut je tu, next month tuan Raid akan ada semula di vila ni. Nanti awak akan jumpa dia. Ingat apa yang saya ajar awak tau? Jangan buat tuan Raid marah. Saya akan sentiasa perhatian awak dengan tuan Raid. Don't worry, saya akan lindungi awak."

Jelas Mikaila panjang lebar. Sedikit berharap agar Arsel tidak bertanya apa-apa lagi padanya. Jenuh juga nak menjawab soalan Arsel nanti.

Tapi ya.

Ada sesuatu yang Arsel akan tahu nanti. Mikaila tak pasti adakah Arsel akan suka, atau pun tidak.

raid property rightsWhere stories live. Discover now