𝑏𝑎𝑏 63

897 25 1
                                    

Setelah lebih dua jam baru Arsel sedarkan diri dari pengsan. Ya, bahagian kepala nya masih terasa sedikit sakit. Sayup-sayup dapat kedengaran suara Ariz sedang sibuk bercakap dengan seseorang.

Arsel membuka matanya perlahan-lahan. Dia berada di tempat yang sedikit asing baginya. Macam bilik hospital pun ada. Mata Arsel melilau kiri dan kanan, cuba mengamati tempat itu.

"Mya.. Awak dah sedar?"

"Mikaila is that you?"

Kening Arsel berkerut. Kenapa kepala nya sakit sangat ni? Nak bangun pun rasa macam tak boleh. Semua terasa berpusing.

"Ya.. Mya, sekarang awak kat bilik rawatan saya, awak ingat tak yang awak pengsan?"

Setelah Arsel pengsan tadi. Ariz ingin membawa nya ke hospital, namun kerana terlalu berbahaya, boleh sahaja tan sri Moktar menghantar orang-orang nya untuk mengapa-apakan Arsel. Jadi Mikaila meminta pada Ariz supaya dia saja yang merawat Arsel di tempat nya memandangkan Mikaila juga seorang doktor.

Ariz akhir nya terpaksa akur saja dengan permintaan Mikaila itu, semua nya demi keselamatan Arsel. Mereka risau jika ad apa-apa yang buruk berlaku lagi kepada Arsel.

"Ya.. Saya ingat saya pengsan."

Mikaila senyum apabila pandangan mata nya dan Arsel bertemu. Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana lega nya dia setelah mendapat tahu yang Carmen sebenarnya adalah Arsel. Anak gadis tuan Mustafa yang selama ini Mikaila cari.

"Abang Ariz ada kat mana?"

"Mya jangan risau. Ariz ada kat luar, nak keluar sekejap katanya.."

"Suruh dia masuk boleh tak Mikaila?Saya nak balik vila papa.. Saya tak nak kat sini."

Pujuk Arsel. Lengan Mikaila digenggam. Mikaila melihat lengan nya yang digengam Arsel. Dia tak salahkan Arsel jika gadis itu tak selesa padanya, mereka sudah lama tidak bertemu. Sudah 3 tahun berlalu, banyak yang berlaku selama 3 tahun itu.

"Maaf Mya.. Tapi kalau boleh saya tak benarkan awak balik dulu.. Mya, awak kena mula perhatikan kesihatan awak mulai sekarang."

Arsel cuba untuk bangun, perlahan-lahan, dia tak faham apa yang Mikaila cakap kan. Belakang tubuh nya disandarkan pada kepala katil.

Kenapa badan dia rasa lemah semacam je ni? Rasa nak muntah pun ada.

"Jaga kesihatan? Apa maksud awak, Mikaila? Selama ni saya jaga kesihatan saya dengan baik. Saya pengsan tu sebab apa? Saya sakit ke Mikaila?"

Arsel kerutkan kening. Selama ni memang dia jaga kesihatan nya baik-baik kan?

"Mya. Listen to me.." Jeda. Mikaila menarik nafas panjang-panjang, dia tak tahu sama ada dia perlu untuk memberitahu Arsel atau pun tidak, tapi.. Arsel berhak untuk tahu. Hal ini sangat-sangat penting. Ariz juga mahu Mikaila sendiri yang memberitahu Arsel. "Awak mengandung."

Mengandung?

Mengandung?

Arsel mengandung?

Spontan ketawa halus terlepas dari bibir Arsel. Mikaila tengah buat prank ke sekarang ni? Ni salah satu rancangan Raid ke? Sumpah benda ni tak lawak sama sekali.

"Jangan mengarut lah, Mikaila.. Mengandung? Awak ingat saya percaya ke benda macam tu? Mana abang Ariz? Tolong panggilkan dia sekarang. Saya nak balik."

"Saya tak mengarut, Mya. Awak mengandung. 4 minggu.. Saya sendiri yang sah kan awak mengandung."

Senyuman Arsel mati serta-merta. Tangan nya perlahan-lahan naik menyentuh perutnya yang masih rata itu.

raid property rightsWhere stories live. Discover now