𝑏𝑎𝑏 16

2.2K 105 4
                                    

Mohsin dari tadi diam. Bibir nya seakan-akan terkelu dan tak mampu berkata-kata.

"Pakcik. Saya tanya lagi sekali, betul ke Zahra tu kakak pakcik?"

Ikmal dengan sabar menunggu jawapan daripada Mohsin. Ariz di sebelah nya hanya diam membisu sambil membelek album lama yang di keluarkan oleh Mohsin dari dalam bilik lelaki tua itu.

"Zahra.. Ya Zahra memang kakak pakcik. Tapi pakcik tak boleh beritahu lebih-lebih pada kamu dua orang nak."

"Kita dah jumpa kan sebelum ni, pakcik? Saya yang pergi rumah ni minggu lepas. Lepastu saya dengar ada suara perempuan menjerit dalam rumah ni.."

Ariz yang dari tadi diam, kini mula bersuara. Puas membelek, album lama itu di tutup oleh nya.

Mereka bertiga berada di ruang tamu rumah papan milik Mohsin ini. Rumah ini terlihat sudah begitu tua, namun halaman depan dan belakang nya tetap kelihatan rapi. Bahagian dalam rumah juga, terlihat begitu kemas.

"Ya.. Pakcik ingat."

Wajah Mohsin terlihat gusar.

"Pakcik.."

Ikmal mengeluarkan satu sampul surat dari dalam briefcase yang ia bawa. Sampul itu di buka, dan Ikmal mengeluarkan sekeping gambar lalu di tunjukkan kepada Mohsin.

"Pakcik kenal tak bayi lelaki dalam gambar ni?"

Mohsin terkedu. Wajah nya jelas terlihat begitu terkejut.

Ariz pandang Ikmal.

"Pakcik kenal tak?"

Tanya Ikmal lagi sekali.

"Ma.. Mana kamu jumpa gambar ni?"

"Mana saya jumpa gambar ni tak penting, pakcik. Yang paling penting, pakcik kenal tak bayi lelaki yang ada dalam gambar ni?"

Perlahan-lahan Mohsin angguk.

Ariz mengetap bibir. Jantung nya terasa seperti di rentap.

Bayi lelaki dalam gambar tu, tak lain tak bukan adalah Ariz sendiri.

"Bayi dalam gambar ni anak pakcik kan? Pakcik masih ingat? 24 tahun yang lepas?"

***

Jay terus menerus membelek dan membaca maklumat yang ia dapati mengenai anak perempuan Mustafa. Lelaki itu merasa sedikit kesal kerana dia telah melewati maklumat yang paling penting yang mengatakan bahwa anak perempuan Mustafa sebenarnya, bis...

"Jadi macam mana sekarang?"

Mikayla yang dari tadi memerhatikan Jay bertanya. Jay mengerling Mikayla sekilas sebelum menutup dokumen maklumat Arsel itu dan membuka kaca mata yang tersangkut pada batang hidung nya.

Jay meraup wajah.

"Tak sangka orang berpengalaman macam kau boleh skip benda-benda penting macam ni.. Mya tak macam kita.. How can you.."

Mikayla mati kata. Tak tahu lagi nak kata apa. Kalau dia tanya pada Jay dari mana dia dapat Arsel, Jay memang takkan jawab, buang air liur saja.

"Diam boleh tak? Kau ingat aku apa? Ada superpower sampai boleh tahu semua benda?"

Jay kesal.

Mikayla bangun daripada kerusi. Mata Jay tak lari daripada nya.

"Kau nak pergi mana?"

raid property rightsWhere stories live. Discover now