𝑏𝑎𝑏 45

1.5K 70 5
                                    

"Good morning papa.."

Ivan menarik kerusi di hadapan tan sri Moktar. Bergegas pembantu rumah membawakan Ivan cawan dan menuangkan kopi hangat ke dalam cawan tersebut.

"Minum encik Ivan."

Ivan tidak membalas. Dia hanya memandang secawan kopi itu sebelum beralih pada tan sri Moktar.

"What's wrong? Kenapa tak minum kopi tu?"

"Nanti Ivan minum.. Actually pa, I have something to tell you."

Tan sri Moktar yang sedang menyuapkan potongan pancake ke dalam mulut terhenti. Sebelah kening nya terangkat.

"Why? Masalah pejabat?"

"This is not about office."

"Then? Pasal apa?"

Ivan senyum.

"Semalam cuba teka, Ivan jumpa siapa."

"Oh pasal semalam? Event tu? Kenapa, ada yang tanya pasal papa ke? Kan papa tak hadir semalam padahal event tu ditaja sepenuhnya oleh papa."

Tanya tan sri Moktar, semalam dia memang tak menghadiri event itu. Dia bukan tak mahu, tapi dia ada rancangan sendiri, memandangkan Ivan sudah mengambil alih syarikat, dia mahu Ivan belajar apa yang dia lakukan dulu. Habitnya, dia mahu menurunkan nya pada satu-satunya anak lelaki yang ia miliki. Ivan.

"Ada beberapa orang of course tanya papa.. But last night Ivan dah jumpa, Raid."

"R.. Raid?"

"Kenapa muka papa macam tu?"

Tan sri Moktar terdiam.

Tanpa sedar dia menunjukkan riak wajah yang tak sepatutnya. Sudah begitu lama Raid tak muncul. Kenapa tiba-tiba saja?

Tan sri Moktar berdehem, menghalau kekok apabila sedikit terkejut yang nama itu akan meniti di bibir Ivan.

"Kawan lama papa. Dah lama dia tak munculkan diri, sebab tu papa terkejut bila Ivan sebut nama dia."

Dalih tan sri Moktar.

"Oh.. Patutlah sebelum ni pun Ivan tak pernah nampak muka dia.. Dia kawan rapat papa ke?"

"Tak adalah rapat sangat. Cuma sekadar rakan business."

Ivan mengangguk faham.

"Tapi kan pa.. Raid tu nampak muda, dia tak nampak macam seumuran papa atau orang-orang lain kat dalam event tu.."

"Raid tu.. Mungkin tua dua tahun dari Ivan. Dia berjaya tonjolkan diri dia di umur yang sangat muda. Dia cerdas, dan penuh dengan muslihat. Macam yang Ivan tahu.. Terjun ke dalam jalan yang kami pilih ni tak mudah. Cubaan datang dari semua arah, kena berhadapan dengan polis, kena pandai buat percaturan. Untuk ada di sini, papa sendiri pun mengambil masa yang begitu lama.."

Hebat sangat ke dia?

Ivan terdiam. Melihat tan sri Moktar bersungguh-sungguh mengatakan itu, memang Raid Stefano ini bukan orang biasa.

Ivan semakin penasaran.

"If I can be his friend. Mesti seronok right?"

Tan sri Moktar memandang wajah Ivan lama. Kawan?

Nak ke Raid berkawan dengan Ivan?

"Papa tak tahu. Kalau Ivan rasa Ivan nak berkawan dengan Raid, papa tak halang.. Asalkan ia tak menganggu syarikat kita papa okay saja."

Ivan menyisip kopi yang sudah sejuk itu.

"By the way, Carmen mana?"

"Oh.. Carmen? Ivan tak tahu."

raid property rightsWhere stories live. Discover now