𝑏𝑎𝑏 18

1.9K 109 0
                                    

Redup suasana petang yang mendamaikan. Arsel sedang duduk di salah satu bangku batu yang berada di situ. Di sekeliling nya di penuhi dengan bunga-bunga segar yang tumbuh dengan mekar.

Arsel takjub, memerhatikan kawanan rama-rama mengerumuni bunga.

Tiba-tiba ada cahaya putih muncul di hadapan gadis itu. Terlalu silau sehingga memaksa Arsel menutup kedua belah mata nya.

"Arsel.."

Suara yang begitu dia rindui menyeru nama nya.

Lekas-lekas dia membuka mata. Tiada lagi cahaya yang tadi menyilaukan mata nya.

Cahaya itu kini di ganti dengan sesosok yang Arsel kenal. Tiba-tiba dia merasa sebak.

"Papa!"

Panggil nya.

Papa nya tersenyum, mengambil tempat di sebelah Arsel. Wajah putih bersih papa nya membuatkan hati Arsel menjadi tenang.

Arsel memaut kedua tangan papa nya, seakan tak mahu di lepaskan.

"Papa pergi mana?"

"Papa tak pergi mana-mana, sayang.."

Mata Arsel berkaca-kaca. Dia terlalu rindukan papa nya. Berada di tempat asing selama ini membuatkan rindu nya terasa bagaikan menggunung.

"Arsel. Arsel kena lari. Raid bukan orang yang baik."

"Macam mana papa boleh kenal dengan dia? Dia kawan papa?"

Papa nya mengeleng.

"Cepat lari sebelum semua nya terlambat. Lindungi diri Arsel, cari Ariz.. Papa merayu dengan Arsel."

"Tapi.."

"Lari."

Tiba-tiba papa nya batuk.

Dari celahan bibir papa nya, mengalir darah tak henti-henti.

Arsel terkejut. Serta-merta dia terundur sedikit ke belakang. Tiba-tiba papa nya ketawa, kuat.

"Aku mati ni sebab aku lindungi kau! Ini semua salah kau! Yang sepatutnya mati tu kau! Bukan aku!"

"Pa.. Papa."

Arsel tak percaya dengan apa yang dia nampak sekarang ni.

Kalau ini mimpi, dia nak bangun sekarang, someone, please save her.

Arsel rasa seperti hendak menangis. Dia mengenggam kedua belah tangan nya kuat-kuat. Dia tak tahu nak lakukan apa lagi.

"Kau patut mati!"

Arsel merasa haba hangat pada tangan nya. Terlihat ada satu tangan mengenggam tangan nya kemas. Arsel tak perasan. Dia mencari wajah pemilik tangan itu.

"Kau kena lari. Cepat ikut aku."

Suara itu kedengaran termengah-mengah.

Silau.

Arsel betul-betul tak dapat nampak siapa dia.

Arsel menarik nafas panjang, tubuh nya tersentak dan dia akhirnya terbangun dari mimpi buruk itu.

Arsel mengucap dalam hati.

Kedua belah mata nya terasa basah. Sebelah tangan nya naik mengusap wajah, rambut nya kusut, sekusut fikiran nya.

Mimpi tadi terasa begitu nyata.

Perasaan nya bercampur aduk.

Tanda tanya memenuhi kepala nya pada malam itu, semuanya membuatkan nya tidak dapat lena sehingga subuh menjelang.

raid property rightsWhere stories live. Discover now