𝑏𝑎𝑏 13

2.2K 136 6
                                    

Arsel mengeliat di atas katil. Sekujur tubuh nya terasa dingin, dia masih memejamkan mata. Tubuh nya sudah mulai terbiasa dengan rasa sakit. Dengan mata nya terpejam, Arsel cuba menarik selimut menutupi tubuh.

Tadi selepas doktor Mikayla bawakan ubat dan makanan, Arsel di biarkan keseorangan di dalam bilik ini. Dia yang hanya mampu duduk di atas katil terkebil-kebil sehingga tak sedar dia sudah terlelap.

Kedengaran seperti ada sesuatu bunyi pelik membuatkan tubuh Arsel bergoncang. Tangan nya yang cuba mengapai selimut terhenti.

Perlahan-lahan dia cuba membuka mata. Gelap. Arsel cuba menghidupkan lampu tidur di tepi katil. Sebaik sahaja lampu itu menyala, mata Arsel terbuntang melihat ke satu arah.

Segera dia mencapai tuala untuk menutup kepala nya. Bibir nya bergetar.

Dia takut.

***

"Tuan nak balik terus ke atau nak singgah ke hospital dulu?"

Raid membuka baju, baju yang melekap pada badan nya tadi di lap ke dahi, terlihat darah mengalir dari atas kening lelaki itu, lengan kiri nya juga terlihat luka-luka.

"Aku nampak macam dah nak mati ke sampai kau offer nak hantarkan pergi hospital?"

Raid berbalik bertanya.

Gail tersentak sambil memerhati Raid melalui cermin pandang belakang.

"Saya cuma risaukan tuan saja.."

"Luka sikit macam ni takkan boleh buat aku mati lah."

"Tapi.. Kalau Jay ikut tuan tadi, saya pasti tuan takkan terluka parah sampai macam ni."

Raid yang sudah muak mengelap darah yang tidak berhenti mengalir di dahi nya merengus. Baju itu di lempar entah ke mana.

Kotak rokok di ambil, Raid menyalakan hujung rokok menggunakan pemetik api. Rokok di hisap dalam-dalam.

"Kau ingat aku tak boleh survive kalau Jay tak ada?"

Raid bertanya pada Gail, setelah beberapa lama mendiamkan diri. Entah apa yang ada di dalam fikiran lelaki itu, selama bekerja dengan tuan Raid, Gail masih tidak memahami lelaki bernama Raid Stefano ini. Orang nya kasar dan sukar di baca.

"Saya tak cakap macam tu pun, tuan Raid.."

Gail tersenyum kelat. Takut apa yang dia katakan nanti bakal membuatkan Raid marah.

"That's what I like about you."

Gail pantas toleh ke belakang, tak percaya. Mata nya dan Raid bertembung.

"Tuan.. Tuan puji saya ke tadi?"

Tanya Gail, ceria.

Raid tersenyum sinis.

"Bodoh. Tengok depan lah. Kau nak mati ke?"

"Oh.. Maaf tuan.."

Gail terasa ingin memukul kepala sendiri.

"Hantar aku balik rumah."

"B.. Baik tuan."

***

raid property rightsWhere stories live. Discover now