𝑏𝑎𝑏 15

2.2K 135 20
                                    

Selesai mandi dan masih berselubung dalam bathrobe, Lisa duduk di atas katil lalu menyilangkan kaki, rambut nya yang masih basah berbungkus dalam tuala. Telefon nya yang berada di meja di tepi katil di ambil. Nombor Raid terus di cari.

It's been a month now. Tiada apa-apa khabar dari lelaki itu membuatkan Lisa kesal.

Lisa melekapkan telefon pada telinga, tiada jawapan sama sekali ia terima. Panggilan bersambung sekejap kemudian putus. Apa lagi, makin geram lah perempuan tu di buat nya.

Lisa tak putus asa, dia mencuba lagi sehingga kali yang ke 8. Lisa melempar telefon nya ke katil lalu bingkas bangun.

"Argh! Stress lah macam ni.."

Jerit Lisa sendirian di dalam bilik apartment milik nya.

"Kenapa you jual mahal sangat eh Raid? I betul-betul tak faham.. Screw you."

Kaki nya melangkah ke cermin besar yang berdiri tegap di tepi tingkap. Lisa memandang pantulan diri nya sendiri melalui cermin. Agak lama dia termenung sebelum menanggalkan bathrobe yang menutupi tubuh nya.

Lisa berpusing beberapa kali di hadapan cermin.

"How am I supposed to do untuk tarik perhatian you Raid?"

Lisa berhenti. Dia kesal sendiri apabila memikirkan tentang Raid. Lelaki yang terlalu sukar untuk dia tundukkan, tak macam lelaki lain, Raid terlalu berjaga-jaga.

Lisa terdiam. Teringat sesuatu.

Empat tahun yang lepas.

"Hey! Kau tu pelacur kat sini.. Tugas kau untuk layan semua customer aku. Kau nak buat aku rugi ke ha? Perempuan sial!"

Rambut Lisa di tarik, sehingga dia terjatuh melutut di atas lantai simen itu. Lutut nya terlihat sedikit luka. Lisa mengetap bibir, air mata nya merembes bagaikan empangan pecah.

"Mak dengan anak memang sama-sama tak guna.."

Maki wanita angkuh yang menarik rambut Lisa sebentar tadi. Wanita itu adalah isteri kedua ayah nya, selepas ibu nya meninggal, ayah nya yang kaki minum berkahwin dengan seorang wanita yang berkerja sebagai mak ayam. Hidup Lisa semakin huru-hara selepas itu, dia diperlakukan seperti kuli, ayah nya sedikit pun tidak bersimpati, malahan pura-pura buta dan tuli.

"Sepatutnya kau ikut mampos dengan mak kau.."

"Ibu aku tak ada apa-apa salah dengan kau."

"Apa kau cakap? Aku tak dengar."

"IBU AKU TAK ADA SALAH DENGAN KAU PEREMPUAN TUA TAK SEDAR DIRI!"

raid property rightsWhere stories live. Discover now