𝑏𝑎𝑏 50

2K 75 5
                                    

Safia menunduk di hadapan Ariz. Dari air muka nya, Ariz sudah dapat mengagak yang sesuatu telah terjadi. Selepas mengetahui tentang keluarganya, Ariz terasa seperti.. Entahlah, dia juga sukar hendak menjelaskan.

Safia, satu-satunya anak pakcik Mohsin. Tapi Safia bukanlah anak kandung nya, Safia cuma anak angkat pakcik Mohsin sahaja memandangkan pakcik Mohsin tak pernah berkahwin.

Selama ini segala tanggungjawab untuk menjaga Zahra adalah ditanggung sepenuhnya oleh Mohsin dan Safia.

Zahra.

Ibu kandung Ariz.

Selama tiga tahun mengenali keluarganya ini, Ariz masih tak tahu apa-apa melainkan kenyataan bahwa Zahra adalah ibu kandungnya. Sejak kebelakangan ini kesihatan nya semakin teruk, terkadang dia ingat pada Safia, Ariz ataupun Mohsin. Terkadang dia tak ingat sesiapa.

Ariz masih tak tahu macam mana dia boleh terpisah dari keluarga kandungnya dan ditemui oleh tuan Mustafa di rumah anak yatim.

"Makcik Zahra.."

"Kenapa dengan dia?"

"Ayah suruh abang Ariz sekali-sekali datang rumah.. Fia dah mula belajar, jadi Fia selalu lewat petang baru dapat tengok makcik Zahra.."

Ariz diam.

Bukan dia tak mahu. Tapi.. Dia masih risaukan Arsel, dia tak mahu tinggalkan Arsel walau sekejap. Dia perlu sentiasa awasi Arsel.

"Abang cuba.. Teruk sangat ke kesihatan dia sekarang?"

"Macam tu lah abang.. Tapi makcik Zahra dah rajin makan ubat."

"Baguslah.."

Ariz memegang cawan nya kemas sambil memandang ke arah lain. Fikiran nya terbang jauh, dia sudah sejauh ini.. Selama ini bersama mereka. Tapi kenapa dia masih rasa kosong?

Adakah sepatutnya dia tak mengambil tahu saja tentang keluarganya?

"Abang.."

Safia menyentuh tangan Ariz. Ariz yang tersentak lantas menarik tangan nya daripada Safia. Kening Ariz berkerut, air muka Safia berubah.

"Ma.. Maafkan Fia.."

"Fia kenapa sentuh abang macam tu?"

Ini lagi satu hal. Adakah Safia menyukainya? Gadis muda ini terlihat terlalu mencuba untuk rapat dengan Ariz. Mulanya Ariz ingatkan kerana mereka keluarga, namun makin lama, Ariz rasakan semakin aneh.

"Abang.. Fia nak bagitahu yang Fia.. Fia.."

"Fia apa?"

"Fia suka dengan abang."

Nada suara Safia bergetar. Namun jauh di sudut hatinya, dia betul-betul maksudkan tentang apa yang baru sahaja keluar dari mulutnya tadi.

Dia sendiri tak tahu sejak bila, tapi yang pasti.. Hatinya menyukai Ariz, hatinya memilih lelaki itu.

Ariz diam. Tak memberi respon, dia tak terkejut sedikitpun seperti tangan nya disentuh tadi, dia sudah dapat mengagak. Yang Safia menyimpan perasaan terhadap dirinya.

Jujur Ariz katakan, Safia memang seorang perempuan yang baik. Terlalu baik sehingga Ariz rasakan dirinya tidak layak untuk Safia.

***

Masuk ke dalam vila madame Salia. Raid hanya membuntuti langkah kaki Arsel sehingga ke dalam bilik madame Salia semula. Pembantu yang menguruskan madame Salia lantas keluar dari bilik itu apabila mendapati kehadiran tuan Raid dan bakal isterinya di situ.

raid property rightsWhere stories live. Discover now