𝑏𝑎𝑏 54

741 28 0
                                    

"Arsel dah siap?"

Ariz berdiri di hadapan pintu bilik Arsel. Terlihat gadis itu sedang menatap diri sendiri di hadapan cermin. Ariz senyum lalu menyandarkan tubuh di sisi pintu.

"Tak siap lagi?"

Tanya nya lembut.

Arsel menoleh sekejap pada Ariz. Hari ini adalah hari terakhir dia di rumah peninggalan tuan Mustafa ini. Mengikut rancangan tan sri Moktar, Arsel harus tinggal di rumah sewa nya sampailah dia dan Raid disatukan. Tan sri Moktar tak nak mana-mana orang dapat tahu tentang 'Carmen' dan Ariz. Kerana Ariz adalah orang kepercayaan tuan Mustafa dulu.

"Tiba-tiba teringat dengan papa.. Abang.. Arsel takut.."

Ya. Ariz juga takut. Arsel akan kahwin dengan Raid. Walaupun menggunakan identiti palsu, Ariz tetap takut. Raid bukan sembarangan orang, dia berbahaya, Arsel ibarat sudah masuk ke dalam mulut buaya. Tapi dia tak boleh tunjuk pada Arsel.

Ariz masuk ke dalam bilik itu. Ariz berdiri di belakang Arsel, menatap pantulan Arsel melalui cermin.

"Abang dah janji kan yang abang akan sokong Arsel sepenuh nya sekarang? Tak ada apa yang perlu Arsel takutkan.."

Kedua belah bahu Arsel dicengkam lembut oleh Ariz. Arsel mendiamkan diri.

Mampukah dia?

Mampukah dia menjadi 'Carmen' yang kuat?

"You have to be strong.. Janji dengan abang jaga diri Arsel baik-baik lepas ni. Jangan biarkan sesiapa sakitkan Arsel lagi. Ya?"

Perlahan-lahan Arsel mengangguk. Tak lama lagi.. Bertahanlah, tak lama lagi kau akan membalas semuanya. Kau mesti bertahan sampai hari itu tiba, Arsel.

***

Vila Raid.

Tempat di mana mereka pertama kali berjumpa, di sebuah bilik di tingkat atas. Bagaimana Arsel boleh melupakan semua kejadian yang sudah menjadi masa lalu nya itu?

Raid mencuri pandang Arsel yang mengelamun di hadapan pintu masuk. Raid berdehem, menarik perhatian gadis itu.

"I bet vila tan sri Moktar lagi besar dari vila ini.. But why you macam tak pernah nampak vila sebelum ni?"

Arsel toleh pandang Raid. Lelaki itu terlihat kemas dengan pakaian casual nya.

Vila lain tak sama dengan vila ini. Terlalu banyak yang terjadi di dalam vila ini. Terlalu banyak.

"Tempat ni nampak cantik.."

"Really?"

"Ya."

Arsel tunduk.

"Macam yang ada dalam dokumen syarat tu, lepas kita kahwin. Kita akan tinggal dalam vila ni."

Ya. Arsel tahu. Kerana itu dia sudah mempersiapkan diri nya.

"Jomlah masuk.. I nak tengok persiapan kahwin kita kat dalam.."

Raid senyum senget.

"Alright.."

Atas permintaan Raid. Mereka akan berkahwin dan mengadakan majlis secara tertutup. Tiada sesiapa yang akan dijemput datang kecuali keluarga terdekat, dan orang kepercayaan.

raid property rightsWhere stories live. Discover now