𝑏𝑎𝑏 55

784 25 0
                                    

"Papa.."

Ivan masuk ke dalam bilik tidur tan sri Moktar. Tan sri Moktar yang duduk membaca buku di atas katil sedikit terperanjat dengan kehadiran anaknya Ivan itu.

Ivan?

"Eh? Ivan? Kenapa datang tak bagitahu papa dulu?"

Tan sri Moktar membetulkan duduk di atas katil.

Ivan menggaru tengkuk yang tak gatal, lalu berdehem.

"Benda ni menganggu Ivan sejak beberapa hari yang lepas.. So I think I should ask you pa."

Kening tan sri Moktar bercantum. Menganggu? Hal syarikat kah?

"Masalah syarikat kita ke? Kalau yang itu.. Ivan decide lah mana yang Ivan rasa baik, papa akan setuju saja."

"Ni bukan tentang syarikat kita pa.."

Ivan duduk di atas sofa yang berhadapan dengan katil tan sri Moktar, duduknya Ivan di situ menandakan yang dia akan sedikit lama lagi.

"Ha.. Habistu tentang apa, Ivan? Ivan nak balik luar negara?"

Harap-harap bukan. Ada banyak lagi yang tan sri Moktar mahu Ivan belajar di sini.

"Pa.. Look, Ivan dah nampak semua."

"Nampak apa?"

"Kenapa papa palsukan identiti Carmen?"

Riak wajah tan sri Moktar berubah. Namun cepat-cepat dia berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"I don't understand, what do you mean?"

Ivan menarik nafas panjang. Kenapa papa masih nak berdalih lagi? Sejak awal papa melindungi Carmen. Wanita itu muncul entah darimana dan terus dapat perlindungan dari papa. Something is not right, right?

"Papa masih nak rahsiakan semuanya dari Ivan lagi? Ivan kan anak papa."

"Ivan.. Be.. Benda ni tak penting pun untuk Ivan tahu. Cukup papa dan Carmen yang tahu benda ni sudahlah.."

"So it's true? Identiti Carmen tu palsu?"

Tan sri Moktar terlihat serba-salah. Matilah, Ivan dah tahu. Walhal minggu depan majlis perkahwinan Arsel dan Raid akan dilangsungkan.

"Ya.."

Ivan meraup wajah.

"Ni masalah besar, papa. She's going to get married with her fake identity.. Itu akan membahayakan dia. Papa tak fikirkan tu semua ke?"

Tan sri Moktar bangun dari katil. Berdiri di hadapan sliding door yang menuju ke balkoni bilik nya.

"I've been thinking about that.. So many times, Ivan.. Papa tahu apa yang papa buat. This is why papa dan Carmen tak nak bagitahu Ivan.. You just overreacting!"

"Hah.. I can't believe this papa. I don't care, Ivan akan batalkan perkahwinan tu."

"Don't you dare!"

Tan sri Moktar menghadap Ivan. Wajah nya kelihatan marah pada anak lelakinya itu.

"Why? Kenapa tak boleh?"

Ivan bangun dari duduk.

"Carmen dah tunggu lama saat ini, dia akan jatuhkan Raid dan balas semua dendam dia. Ivan yang tak tahu apa-apa, jangan cuba nak masuk campur.."

"Dendam?"

"Like I said. You know nothing, Ivan.."

"Then tell me so I know."

"Papa tak boleh.. Papa dah janji pada Carmen yang papa tak akan bagitahu siapa-siapa, termasuk Ivan."

"But I love her pa."

raid property rightsWhere stories live. Discover now