𝑏𝑎𝑏 62

862 25 0
                                    

Raid baru sahaja menerima khabar duka daripada Itali yang mengatakan madame Salia baru sahaja menghembuskan nafas nya yang terakhir.

Jay membatalkan meeting mereka serta-merta hari itu.

Jay masuk ke ruangan Raid. Terlihat Raid sedang duduk di kerusi meja kerja nya sambil menghisap rokok.

Jay sedikit merasa risau dengan tuan Raid sekarang. Masalah isterinya pun belum selesai, sekarang masalah baru pula muncul.

"Tuan.."

"I'm fine, Jay."

"Kita kena cari puan Carmen segera. Dia perlu tahu tentang keadaan tuan sekarang."

Carmen.

Sudah seminggu dia menghilangkan diri. Masih tiada apa-apa tanda yang dia akan kembali kepada Raid.

Apa yang harus dia lakukan? Cari Carmen dan paksa dia kembali?

"Jangan libatkan dia dalam hal ni. That's all I want."

"Tuan perlukan isteri tuan seka.."

"I don't need her."

Raid bangun dari duduk.

Dia sudah mulai kesal. Carmen yang memintanya melakukan itu, lalu Carmen jugalah yang menghilangkan diri tanpa berkata apa-apa pun pada Raid, seolah-olah hanya dia yang bermasalah dalam dunia ni. Seolah-olah dia mangsa keadaan.

Apa dia fikir Raid akan mencari nya dan berlutut di hadapan nya memaksa Carmen untuk kembali?

Tak.

Ego Raid terlalu tinggi untuk melakukan semua itu.

Carmen sendiri yang memaksa nya. Bukan dia yang memaksa Carmen. Perkahwinan ini juga.. Atas kehendak Carmen kan?

Dia yang beria-ria, jadi kenapa Raid mesti menyusahkan diri mencari nya semula?

"Tempah flight ke Itali."

"Tuan nak ke sana? Macam mana dengan kami di sini?"

Jay semakin bingung. Adakah tuan Raid akan menghilangkan diri lagi?

"Tuan akan hilang lagi macam yang tuan lakukan selepas Mya, anak perempuan Mustafa tak ada?"

Semua orang mungkin Raid boleh bohong. Tapi bukan Jay. Mereka sudah bersama untuk waktu yang cukup lama. Sekarang tuan Raid bukan bercelaru disebabkan kematian madame Salia. Kematian madame Salia tak memberi kesan sedikit pun pada tuan Raid.

Yang membuatkan fikiran nya bercelaru sekarang adalah kerana isterinya, Carmen. Sama macam yang sebelum ini, disebabkan Mya Arsel. Anak perempuan tuan Mustafa.

***

Ariz ke bilik Arsel membawa sarapan pagi. Buka sahaja pintu, bilik yang ditempati Arsel itu terlihat gelap dan suram, setelah meletakkan sarapan yang dia bawa dari dapur ke atas meja. Ariz bergerak untuk membuka tingkap.

Arsel yang sedang berselubung di dalam selimut masih tak mahu bangun padahal dia tahu Arsel tak tidur pun semalaman.

Sudah sebulan Arsel di sini bersama Ariz. Arsel sudah menceritakan semua nya pada Ariz.

"Arsel.. Jom sarapan dulu, abang ada masak nasi goreng ni."

Ariz duduk di hujung katil Arsel.

Jujur, Ariz marah apabila mengetahui apa yang berlaku pada Arsel. Namun dia tak boleh buat apa-apa, semua nya sudah pun berlaku. Nasi sudah pun menjadi bubur.

raid property rightsWhere stories live. Discover now