𝑏𝑎𝑏 27

1.9K 101 14
                                    

Arsel masih termenung. Mikayla yang sibuk membetulkan shawl di atas kepala Arsel terhenti. Wajah Arsel di pandang lama oleh Mikayla.

"Mya okay?"

Pantulan nya di dalam cermin di tenung. Arsel menghela nafas panjang, lantas memaksa dirinya untuk tersenyum dan mengangguk perlahan, menjawab soalan Mikayla.

"Habis kenapa macam tak ada mood je ni? Dari tadi saya tak nampak Mya senyum pun."

Senyum?

Boleh ke dia senyum dengan perasaan macam ni sekarang?

Arsel tak mampu.

Baju yang dia pakai sekarang, perhiasan, bilik yang dia tempati. Semua nya di berikan Raid setelah lelaki itu berbicara pada nya semalam.

Untuk apa?

"Perempuan Raid dah siap?"

Jay muncul di sebalik pintu dengan muka serius.

Arsel tunduk.

Ya.

Untuk jadi perempuan tuan Raid.

"Sabarlah. Kau keluar boleh tak? Kalau Mya dah siap nanti aku bawa dia keluar."

Jay pandang Mikayla tak puas hati.

"Fine.. Boleh cepat sikit?"

Pintu kembali di tutup kasar oleh Jay, sebelum dia berlalu meninggalkan bilik itu.

"Mya.."

Mikayla senyum. Tangan Arsel di genggam erat.

"Be strong okay? You can do this.."

Arsel memejamkan mata.

Rasa tak nak.

Rasa nak balik.

Rasa tak mahu teruskan semua ini, tapi apa pilihan yang dia ada?

No.

Arsel tak ada pilihan apa-apa.

Mati juga bukan jalan penyelesaian nya.

Untuk kali ini, dia akur.

***

Di atas meja makan yang luas itu, terhidang berjenis-jenis makanan. Tidak tahu siapa yang mampu menghabiskan, dah macam makanan untuk kenduri kahwin pun ada.

Raid duduk betul-betul di hujung meja. Di apit beberapa buah kerusi kosong di kiri dan kanan meja makan itu.

Sunyi.

Raid duduk, menyilangkan kaki. Wajah nya nampak tenang.

1

2

3

"Tuan Raid.."

Mikayla muncul.

Kemunculan Mikayla tak menarik perhatian Raid, yang menarik perhatian lelaki itu adalah Arsel yang berdiri betul-betul di sebelah Mikayla.

Raid terdiam.

God damn.

Dia pasti semalam anak perempuan Mustafa yang dia jumpa tak ada lah semenarik sekarang.

Good clothes, good care, really does make woman look different.

"Mya. Duduk kat sini ya."

raid property rightsWhere stories live. Discover now