Bab 28 ☕❤️

451 22 0
                                    

SYANINA selak tirai sliding door dan melihat pintu pagar rumahnya. Matanya mengecil pada satu sosok yang berada di hadapan pagar dengan keadaan sudah basah lencun terkena air hujan. Dengan payung tak ada. Mata Syanina melilau mencari kereta jejaka itu namun tiada. Mana kereta dia?

"Sya! Saya datang ni! Saya nak jumpa awak!" jerit Dariel dari luar. Nak jumpa apa tengah-tengah hujan ni bang oi!

"Ish! Gila lah mamat ni!" ujar Syanina seorang diri hanya memerhati Dariel yang masih di hadapan pintu pagar. Nak keluar ke tak nak ya? Hujan tengah lebat ni, kesian mamat itu dekat luar lama-lama.

"Sya selagi awak tak keluar, saya tak akan berganjak dari sini!" Jeritan itu menyentakkan Syanina. Syanina pandang tubuh sendiri. Dia dah lah tengah pakai baju tidur corak kartun arnab ini, warna pink pula tu! Malulah nak keluar! Nak tukar sekejap boleh tak?

"Aira syanina! Keluar sekejap please!"

"Tct! Sabarlah!" Jerit Syanina sama. Tak tahulah sama ada jejaka itu dengar atau tidak. Rasanya tidak dengar kerana hujan begitu lebat dan dia sekarang berada di dalam kawasan tertutup.

Akibat tergesa-gesa sangat, Syanina terlupa untuk menukar baju dan terus keluar dari biliknya tanpa menukar baju.

Gadis itu terlebih dahulu mengambil satu payung dan dibawa keluar bersama. Syanina keluar dahulu dari muka pintu dan membuka payung.

Senyuman Dariel melebar sejurus melihat seorang gadis keluar dari rumah itu. Rasa lucu melihat pakaian Syanina sekarang ini. Tambahan lagi dengan kependekan gadis itu membuatkan Dariel geli hati. Dia bersyukur Syanina munculkan diri dan tidak membiarkan dia dibasahi hujan.

"Arghh!" Syanina menjerit apabila sudah meredah hujan dan berlari mendekati Dariel. Basah woi! Habis seluar dia.

"Hey! Awak gila ke hah, datang rumah orang malam-malam ni! Tengah-tengah hujan pula tu!" jerit Syanina. Dia membuka pintu pagar dan membiarkan Dariel.

Dariel terus berlari meneduh di bawah payung Syanina. Dia turut memegang payung itu dan tubuhnya hampir terlanggar tubuh kecil Syanina membuatkan gadis itu hampir ke belakang. Terlepas jeritan kecil gadis itu.

Syanina menepuk kuat bahu Dariel. Matanya tajam memandang Dariel.

"S-sorry." Rambut basahnya terjuntai ke dahi membuatkan auranya agak lain. Tapi masih comel!

"Awak nak apa hah? Kereta awak mana?" soal Syanina. Dariel hanya pandang mata bulat itu sebelum bibir bergerak mahu membalas.

"Saya bawa motor," jawab Dariel polos. Syanina tepuk dahi. Yang gi bawa motor tu dah kenapa bang oi!

"Yang awak pergi bawa motor tu kenapa? Kan hujan ni!" Dia rasa nak starlight je dahi Dariel tu. Dah tiba-tiba bebal pulak. Bebal yang comel.

"Saya bawa motor sebab takut jalan jammed, tak tahu pula nak hujan," jawab Dariel. Syanina geleng kepala kecil.

"Awak nak apa?" Sekali lagi soalan itu keluar dari mulut Syanina. Dariel tidak jawab lagi soalan dia yang satu itu. Sampai sanggup redah hujan ni, mesti ada sesuatu yang penting.

"Saya nak awak."

Ko jangan sampai aku starlight dahi kau betul-betul.

"Sorry! I'm not available!" balas Syanina sombong. Wajahnya selamba sahaja selepas membalas itu.

"Saya tak kesah. Saya tetap nak awak. Maafkan saya, please?" Dariel menunjukkan riak wajah penuh berharap yang dimata Syanina kelihatan sangat comel. Okay! Buang benda alah tu Sya! Kau tengah marah ni! Jangan kalah dengan muka comel dia!

Mamat Barista Mr.CEO (NEW VERSION)Where stories live. Discover now