1🍯 (Kesilapan)

1.3K 26 4
                                    

SETIAP orang, tidak luput dari melakukan kesilapan. Tak kiralah ianya kecil mahupun besar, yang pasti kesilapan yang dilakukan itu akan membawa dampak besar dalam hidupnya.

Begitu juga dengan nasib seorang wanita muda bernama Sara Liyana. Dia juga tidak luput dari melakukan silap tersebut sehingga segala yang ada dalam genggamannya lenyap tanpa sisa.

Gadis yang mesra disapa Liya itu merupakan seorang pemilik kedai bakery yang telah menempah nama di hati pelanggannya, online mahupun secara langsung.

Honey Bee Cake House! Syarikat kecil yang terletak di Bandar Baharu Bangi, Selangor itu cukup unik apabila dia meletakkan madu sarang lebah sebagai daya tarik terbaharu dalam menunya.

Menu istimewa yang cukup popular di kalangan pelanggannya adalah, Honeycomb cheese cake, yang dihasilkan sendiri oleh tangan gadis berusia 26 tahun itu.

Kek keju yang dihiasi potongan madu sarang lebah dan juga lelehan madu di atasnya itu begitu menarik selera untuk dicuba. Dan dessert itu bukan hanya cantik pada rupa sahaja, rasanya yang unik dan lazat hampir menjadi igauan setiap pelanggan yang mencuba hasil air tangannya itu.

Namun....

Hari ini, Liya telah membuat satu pengumuman gempar di akaun media sosialnya, yang telah membuat para pengikut dari kalangan pelanggan tetapnya itu mengeluh kecewa.

'Asslaamualaikum, para followers dan pelanggan Honey Bee Cake House yang Liya sayangi. Liya ingin memohon maaf pada anda semua. Mungkin ini adalah posting terakhir untuk akaun sosial media kepunyaan Liya ini. Selepas ini akaun ini akan ditutup sepenuhnya. Begitu juga degan HBCH. Kedai Liya secara rasmi akan ditutup secara kekal bermula hari ini. Liya ingin meminta maaf jika sekiranya terdapat kekurangan atas layanan Liya selama ini. Liya juga ucapkan jutaan terimakasih atas sokongan anda semua. Dengan ini, Honey Bee Cake House, akan ditutup sepenuhnya. Sekian dari Liya..  Wassalamualaikum'

Hampir kesemua pelanggan yang meminati pemanis mulut dari kedai itu mengeluh kecewa. Berduyun-duyun direct messege masuk buat bertanya apa yang telah terjadi. Namun Liya memilih untuk mendiamkan diri.

Angkara kebodohan sendiri, dia terpaksa menanggung akibat kehilangan segala-galanya. Ya, segalanya! Perniagaan, wang, bahkan harga diri juga turut tergadai sama.

Kesilapan yang memakan diri, sehingga dirinya kini jatuh menjunam ke dasar jurang yang paling dalam.

Liya hanya mampu meratap apabila terkenang semula akan kebodohannya mempercayai lelaki. Kepercayaan seratus peratus yang diberinya justeru malah menghancurkan diri sendiri sehingga lumat tanpa sisa.

"Az... Ini duit yang I simpan untuk perkahwinan kita. Az nak buat apa?" Terkenang semula akan perbualannya tempoh hari bersama kekasih hati.

"I know, sayang. Tapi I nak guna sekejap aje. Dan I akan pulangkannya minggu depan dalam jumlah yang berganda. You pun mesti nak kan, perkahwinan kita nanti akan menjadi wedding of the year, yang bakal diingati oleh semua orang?" pujuk Azhael cuba meyakinkan Liya.

Pujuk dan rayuan itu membuat Liya lemah. Dia tidak mampu membantah bila kekasihnya itu beriya cuba mendapatkan wang darinya dalam jumlah yang besar. Maka dengan rela hati Liya memberikannya tanpa sebarang paksaan.

Selepas tempoh seminggu, Azhael datang semula memenuhi janjinya. Dia kembali bersama sejumlah wang di tangan yang sudah berlipat dua kali ganda jumlahnya. Maka perkara itu  semakin menambah kepercayaan Liya terhadap lelaki itu bertambah kuat.

Azhael berjanji akan mengahwininya dalam tempoh dua bulan dari sekarang. Liya amat bahagia bila kekasih hatinya melafaz janji sedemikian. Maka tiada lagi keraguan di hatinya buat lelaki itu. Liya percaya, Azhael adalah masa depannya.

MaduWhere stories live. Discover now