12 (Rahsia)

344 12 9
                                    

Keputusan telah disetujui oleh semua pihak. Waktu juga telah ditetapkan. Shah Rizwan akan mengahwini Liya pada hujung bulan ini. Lebih tepatnya, minggu depan.

Persiapan sederhana telah disediakan. Hanya majlis akad nikah yang akan diadakan di pejabat syariah daerah Hulu Langat yang teletak di Bandar Baharu Bangi, Selangor. Liya baru sahaja selesai menjalani kursus pra-perkahwinan untuk mendapatkan sijil kursus perkahwinan itu.

Meski raut wajah Liya masih dicekam keraguan, namun tak puas juga Mastura meyakinkannya untuk sentiasa bertenang. Yakinlah bahwa Allah adalah sebaik-baik pengatur kehidupan. Percayalah kepada Qoda dan Qodar yang telah ditetapkan. Segalanya akan baik-baik saja!

Pada pihak Shah pula, lelaki itu sedang mencuba untuk berbaik-baik dengan Liya selaku bakal isteri kepadanya. Sikapnya yang tegas sebelum ini juga perlahan mula diubah.

Pun begitu, Shah tetap tidak menafi bahwa dirinya tidak mungkin dapat untuk menempatkan Liya seperti mana dia meletakkan Mastura di hatinya. Ya, dia sedar. Itu sangat tidak mungkin.

Dia terlalu cintakan Mastura dengan sepenuh hati. Tetapi kini dia perlu belajar untuk menyisakan sedikit ruang di sudut hati itu untuk wanita lain! Ianya bukan satu kerja mudah. Bahkan mungkin, mustahil!

Tetapi, dia cuba berfikir kembali akan nasihat Mastura dan juga ummi bahwa dia memerlukan zuriat. Dia perlu menghadirkan keturunan untuk keluarga. Namun kerana Mastura sudah tidak mampu menghadirkanny, maka mahu tidak mahu dia diharuskan untuk berkahwin semula.

Bercakap pasal Mas pula. Aagh! Shah kembali dilanda angin ribut kepalanya. Siapalah gerangan yang sudah berbusuk hati membuat Mas hingga seperti itu? Sungguh tindakan tidak bertanggungjawap langsung. Hanya seorang pengecut sahaja yang tega melakukan perbuatan durjana itu. Shah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperi kemanusiaan tersebut.

Sanggup bersekutu dengan syaitan untuk menganiaya orang. Kalaulah Shah tahu siapa orang itu, sudah lama dia tanam kepalanya dalam tanah.

Sayang sekali. Benda sebegini terlalu susah untuk dikesan dan dikenal pasti. Setakat ini, hanya sesi perubatan islam yang berkesan bagi mengurangkan sakit yang Mastura derita. Itupun masih belum berjaya menyingkirkan penyakit itu dari badan Mas sepenuhnya.

"Abang Shah."

Shah tersentak. Tiba-tiba suara teguran lembut itu menyapa pendengarannya. Lamunnya terhenti. Dia menoleh ke arah datangnya suara tersebut. Terlihat di situ Liya sudah berdiri bersama secangkir kopi yang sempat dipesannya tadi. Shah lalu membetulkan kedudukan dan menyambut cawan kopi yang dihulurkan.

"Terimakasih!" ringkasnya, tanpa memandang wajah Liya.

"Sama-sama. Abang Shah nak apa-apa lagi ke?" Liya bertanya. Tuturnya sangat berhemah dan hati-hati. Bimbang Shah akan tiba-tiba melenting tanpa sebab.

Liya masih berdiri dan menunggu jawapan dari Shah yang masih belum diperolehinya. Hampir lima minit Liya berdiri, lelaki itu masih lagi membisu.

"Baiklah! Liya minta diri." Liya pun memusing langkah dan memutuskan untuk berlalu. Memandangkan Shah seperti tidak mahu diganggu, maka Liya mengambil inisiatif untuk beredar dengan kadar segera.

"Liya!" Kedengaran suara garau milik Shah memanggil tika Liya sudah mula beranjak kakinya. Langkah Liya pun tertahan serta merta.

"Iya?" Dia menyahut pantas.

Sesaat Shah membiarkan suasana sunyi mencekam, membuat Liya tertunggu bicaranya untuk kali kedua. Dilihat lalu Shah mengemam bibir dan menarik nafas. Wajah Liya dipandang kini.

"Mulai hari ini, tidak perlu panggil abang Shah. Panggil 'abang' je." Ucapan ringkas itu telahpun selesai. Tiada lagi kalimat lain dari mulut lelaki itu seusainya. Shah telah mula menghirup kopi miliknya. Dengan erti kata lain, ia sebagai penutup bicara.

Meski demikian, kata-kata ringkas tadi telah membuat bibir Liya menguntum senyum kecil. Liya mengangguk meski dia sedar Shah tidak lagi melihat kearahnya. Langkahnya lalu kembali diteruskan. Liya teruskan menuju dapur untuk menyambung kerja.

***

Sehari sebelum tarikh akad nikah, Shah masih sibuk untuk melengkapkan detail bakal pengantin perempuannya untuk mendaftar perkhwinannya esok. Beginilah bila berkahwin tanpa kemhuan, last minutes baru nak kelam kabut kumpul maklumat. Mujur dia sudah meminta bantuan kepada adik sepupunya, Mimi yang lebih cekap dalam hal mencari maklumat.

Hari sudah menjelang tengah hari. Tapi Shah masih lagi di pejabat menyimak maklumat yang Mimi hantar melalui email. Sampaikan terskip waktu makan tengah hari, semuanya gara-gara urusan ni.

MaduWhere stories live. Discover now