8🍯 (Berubat Di Kampung)

356 12 0
                                    

MASTURA menggeliat kecil apabila dirasakan tidurnya sedikit terganggu. Wanita itu sudah mula hanyut ke dalam lena, namun terbantut apabila terdapat sebuah tangan yang menjalar di sekitar wajahnya.

Matanya yang sudah terpejam rapat itu perlahan mula dibuka semula. Rengeknya kedengaran begitu halus tatkala tangan itu semakin giat menjelajahi muka dan juga bahagian badannya yang lain.

"Abang. Mas ngantuk." Suara seraknya kedengaran. Ia membuat tangan itu semakin galak sehingga merangkul tubuhnya begitu kejap.

"Abang rindu, Mas. Rindu sangat." Suara itu berupa bisikan. Garau sekali kedengaran ditelinga Mas.

Bersamaan dengan itu, cuping telinga Mastura turut digigit manja. Bibir lelaki itu terasa begitu hangat menyentuh permukaa kulit lehernya. Mastura mula membuka matanya perlahan-lahan.

Dicubanya untuk menggagahkan diri. Dia tidak boleh menyerah lagi. Ini adalah kewajibannya sebagai seorang isteri. Shah berhak menuntut itu ke atas dirinya.

Hari ini, badannya sedikit terasa segar selepas diberi air Yasin oleh mertuanya siang tadi. Kesakitan dari dalaman kurang terasa. Mastura cuba untuk bertahan buat melaksanakan tugasnya sebagai seorang isteri. Sudah sekian lama hal itu tidak dia tunaikan angkara penyakit itu cuba menghalang.

Namun, upayanya untuk membuka mata teramat payah. Mastura akhirnya kalah dengan kantuk yang telah mengambil alih mindanya. Dia hanya dapat merasakan tubuh Shah telah memanjat ke atas dirinya. Mastura pasrah. Dia tahu sudah lama Shah tidak menuntut haknya itu disebabkan faktor kesihatan yang membuat Mas tidak dapat melayan suaminya itu dengan baik.

Dan malam ini, biarlah dia menyerah jika Shah menginginkan dirinya. Mastura pun hanyut kedalam lena.

***

"Ugh. Ugh!"

Shah terjaga dari tidur. Suara rintihan Mastura telah mengejutkan lenanya. Segera dia membuka mata serta bingkas menegakkan badan.

"Mas. Mas kenapa ni? Mas!" panggil Shah, panik. Didapati olehnya, Mastura sedang menggeliat-geliat seperti kesakitan. Segera Shah mendapatkan isterinya untuk diperiksa.

"Mas. Mas kenapa sayang? Mas, tolong jawap abang. Mas jangan buat abang risau. Mas!" Tubuh Mastura digoncang olehnya seperti meminta wanita itu supaya sedar.

Namun keadaan Mastura kelihatan semakin membimbangkan apabila mata wanita itu terbeliak seperti sedang menahan sakit yang teramat sangat.

Kepanikan telah membuat Shah bertindak pantas dengan mencempung tubuh Mastura untuk dibawa keluar. Dia tidak dapat berfikir di tengah malam buta ini selain hospital untuk memberi Mas pertolongan. Isterinya itu perlu segera dirawat. Maka Shah tidak lagi membuang masa dan membawa Mastura secepat mungkin.

"Ya Allah. Takkanlah jadi lagi? Aduh, ingatkan dah ok dah!" rungut Shah, diburu rasa bersalah.

"Mas! Maafkan abang, Mas. Abang tak dapat kawal perasaan. Mas tolong bertahan ya." Shah pun teruskan memandu kendaraannya.

Jam digital pada dashboard kereta lalu dikerling. 04:00am. Isterinya yang terbaring pada seat sebelah juga dilirik hiba. Angkara tidak dapat menahan diri, Shah telah menuntut haknya sebagai seorang suami. Dan penghujungnya, ini terjadi kembali.

***

05:00 pagi. Mastura telah selamat mendapat rawatan. Namun Shah masih belum boleh bernafas lega bila isterinya itu masih belum sedarkan diri.

Mastura telah telah dirawat di bilik ICU apabila wanita itu tidak sedarkan diri akibat organ dalaman yang gagal berfungsi. Paling buruk, pihak doktor tidak dapat mengesan apa puncanya. Buat sementara ini, Mastura dibiarkan dijaga rapi di unit tersebut sebagai ikhtiar penyembuhan. Walaupun ianya belum tentu memberi kesan.

Shah meraup wajahnya yang begitu risau akan keadaan Mastura. Sesal kini kembali menyelinap ke ruang hati. Rasa bersalah kerana telah kembali membuat isterinya menderita seperti ini.

Sangkanya Mastura akan baik-baik saja kerana sudah lama dirinya tidak menyentuh wanita itu. Rasa rindu sebagai suami yang menginginkan haknya untuk dipenuhi kembali memburu jiwa. Namun setiap kali Shah menggauli Mastura, wanita itu pasti akan mengalami sakit seperti ini.

Kali terakhir lima bulan lepas, mereka sempat berhubungan suami isteri begitu rancak sekali. Namun selepas itu, Mastura terus jatuh tidak sedarkan diri. Di seluruh tubuhnya terdapat kesan lebam seperti ditusuk dengan jarum. Seminggu Mastura koma dan dirawat di bilik ICU.

Mastura kembali sedar setelah kedua orang tuanya dari kampung datang membawa ustad untuk merawat. Dan ustad itu menasihati Shah untuk tidak menyentuh Mastura untuk beberapa ketika, sehinggalah wanita itu sihat sepenuhnya.

Perasaan Shah kini dirundung rasa bersalah. Angkara nafsu, Mastura kini menanggung merana. Shah amat menyesal atas perbuatannya.

"Assalamualaikum, mak. Shah ni." Talian diaktifkan. Suara Shah perlahan menyapa. Panggilan kini terhubung pada mertuanya yang berada di kampung sana.

"Walaikum salam. Ya Shah. Ada apa call pagi-pagi ni?" jawap Puan Maimun di hujung talian.

Kedengaran suara wanita itu seolah cemas, seperti sudah menduga bahwa Shah akan mengabarkan berita kurang baik pagi ini.

Shah menarik nafas sebentar. Perlu nafas lebih buatnya merangkai kalimat untuk diajukan kepada mertuanya. Pasti kedua mertuanya akan menyalahkan dirinya jika mereka tahu akan sakit yang Mastura derita.

Namun Shah silap sangkaan. Puan Maimun dan Encik Jalil sama sekali tidak menyalahkannya. Suami isteri itu bukanlah orang tidak faham agama. Encik Jalil pula merupakan seorang imam di masjid. Semestinya mereka reda dengan perkhbaran ini.

Malah, mereka memberi cadangan supaya membawa Mastura pulang ke kampung untuk diubatkan di sana.

Tanpa ragu lagi, Shah pun bersetuju untuk membawa Mastura pulang ke kampung halaman isterinya itu di Senawang.

***

Sudah beberapa hari Mastura berada di kampung dan telah dirawat oleh ustad yang berpengalaman dalam ilmu perubatan islam. Mastura pun mula berangsur pulih. Hati risau Shah berangsur mulai lega.

"Shah. Nasihat saya, seeloknya Shah cuba untuk tidak menggauli isteri buat beberapa waktu. Penyakit ini nampaknya benar-benar bertujuan untuk memisahkan kamu berdua. Shah harus banyak bersabar," nasihat dari ustad yang merawat Mastura itu didengari oleh Shah dengan cermat.

"Baiklah, ustad. Tapi, sampai bila isteri saya akan begini? Saya tidak sanggup melihat dia menderita, ustad." Shah bersuara.

Ustad itu menarik nafas cukup dalam. Bahu Shah ditepuk perlahan. "Shah kena sabar ya. Untuk hal itu saya kurang begitu arif. Penyakit seumpama ini Shah tidak cukup berubat hanya di satu tempat. Shah cubalah bertanya pada kawan-kawan atau sedara mara, mungkin mereka tahu tempat-tempat perubatan yang lebih berkesan. Tapi pastikan ianya bukanlah bomoh. Shah perlu cuba membawa Mas berubat."

Shah hanya mengangguk kecil menyetujui saranan ustad tersebut. Kemana lagikah dia perlu mencari tempat berubat kali ini?

Keesokan hari, Shah meminta izin pada kedua mertuanya untuk pulang ke KL hari ini. Dia terkpasa meninggalkan Mastura dikampung buat seketika.

Mujur Liya turut dibawa bersamanya. Sekurang-kurangnya, adalah kawan untuk Mas bersembang pabila Shah sedang pulang ke KL atas tuntutan kerja.

Puan Maimun dan Encik Jalil, kedua orang tua Mastura itu sangat tidak keberatan dengan keberadaan Liya untuk meneman anaknya. Gadis itu boleh tahan ringan tulangnya dan juga mesra tutur katanya. Banyak juga kerja tertolong berkat bantuan Liya.

"Liya ni orang mana?" soal Puan Maimun. Mereka sedang bekerja sama di dapur menyiapkan makan tengah hari.

"Liya asal Kuantan je, makcik. Ibu Liya anak jati Kuantan. Arwah ayah pula keturunan siam," jawap Liya dengan ramahnya.

"Oo, ada darah Siam lah ni. Patutlah cantik," puji Puan Mainpun, sebelum tawa kecil menghiasi perbualan mereka.

Mastura yang duduk setengah baring di sofa hanya dapat memerhati emaknya dan juga Liya membuat kerja dan berbual dengan rancak sekali. Dia hanya tersenyum kecil tumpang seronok tanpa dapat turun tangan sekali membantu mereka.

MaduWhere stories live. Discover now