5🍯 (Cemas)

285 9 0
                                    

"Liya. Liya tak nak ke cerita dengan Kak Mas tentang diri Liya? Contoh macam, Liya berasal dari negeri mana? Mak ayah Liya ada lagi ke tak? Adik beradik berapa orang? Ceritala, ceritala." desak Mastura dengan rengek manjanya. Dia mula berasa ingin tahu tentang kehidupan gadis bernama Liya ini.

Liya pun membalasnya dengan senyuman manis. Sudah tentu dia tidak keberatan sama sekali untuk sekadar bercerita tentang hal itu.

"Liya, asal Kuantan. Dua beradik, perempuan semua. Liya yang tua. Adik liya baru saja habis SPM dan duduk dekat kampung, nama dia Sara Nafissa. Sekarang ni dia jaga ibu Liya dekat kampung tu. Ayah dah lima tahun pergi. Sebab tu Liya bekerja keras ni, Kak Mas. Liya akan pastikan, tiap bulan Liya akan kirim sekurang-kurangnya RM3000 untuk ibu dan adik. Kalau Liya free, Liya akan balik kampung melawat mereka. Tapi, semenjak kedai dah tutup ni, Liya tak berani lagi untuk balik. Liya tak sanggup nak tengok kekecewaan ibu pada Liya. Tapi Liya akan cuba pastikan untuk sentiasa mengirim wang buat mereka. Liya perlu cari kerja lepas ni. Ataupun cuba buat tempahan cake sikit-sikit dari rumah, bila Liya dah dapat rumah sewa nanti," ungkap Liya. Jujur!

Begitu syahdu cerita Liya itu. Sehinggakan hati tulus Mastura turut tersentuh kerananya. Dilihat oleh Mastura, betapa kuatnya semangat gadis ini demi menyara keluarga. Sungguh ianya perbuatan yang sangat mulia.

Mastura masih menatap Liya redup dengan wajah penuh simpati. "Kalau Liya tidak keberatan, Liya boleh mengambil tempahan dari sekarang. Liya boleh gunakan dapur Kak Mas kalau Liya mahu."

Dan sekali lagi Liya mendongak bersama wajah kaget. Tawaran Mastura kali ini benar-benar tidak masuk akal.

"Eh, tak apa kak. Tak, tak. Tak boleh. Liya tak selesalah, kak. Nanti apa pula suami Kak Mas cakap?" bantah Liya.

Mastura kembali menguntum senyum lembut. Gadis di depan matanya itu ditatap kasihan. Dia tahu pelawaannya ini sedikit tidak masuk akal. Tetapi dia perlu mencari cara untuk membantu Liya. Hatinya kini telah mula jatuh simpati terhadap gadis ini.

"Kalau begitu, jika Liya tidak keberatan, nanti kak Mas boleh pinjamkan Liya modal untuk membuka semula kedai bakery tu. Macam mana?" usulnya lagi.

"Kak. Janganlah macam ni kak. Tak apa, tak perlu kak Mas bersusah payah begitu. Lagipun kita baru kenal. Takkanlah kak Mas senang-senang begitu percayakan Liya."

"Liya, Kak Mas tahu. Tidak perlu kak Mas mengenali Liya terlalu lama. Melihat sikap Liya saja kak Mas sudah tahu yang Liya ini boleh dipercayai orangnya. Kak Mas nak sangat tolong Liya. Boleh ya?"

Mengapa Mas beriya-iya sangat mahu menolong Liya? Sehingga sanggup mahu meminjamkan Liya modal untuk membuka semula kedai bakery buatnya?

Hal itu membuat Liya semakin tidak selesa sekaligus tertanya-tanya. Atau mungkin saja Mastura menyangka dirinya ini adalah wanita baik-baik. Kalaulah Mastura tahu tentang sejarah hitam hidupnya sehingga jatuh terjunam begini, pasti Mastura akan berfikir sepuluh kali untuk memberinya tawaran tersebut.

Liya menghela perlahan, dan menghmbusnya pelan-pelan. Tawaran Mastura masih tidak dijawapnya. Kini pandangannya disatukan dengan wanita itu. Liya cuba untuk memberi tahu agar Mastura tidak terlalu beriya-iya begitu untuk menolongnya. Liya perlu meluahkan perkara sebenar dengan sejujur-jujurnya.

"Kak! Sebenarnya, Liya, bukanlah sebaik mana seperti yang kak Mas sangkakan. Liya ini sebenarnya...."

                              ****

Terhinjut-hinjut bahu Liya bila tangis pilu penuh sesal tidak mampu ditahannya lagi. Dia berharap, penjelasannya ini dapat menyedarkan Mastura bahawa dirinya bukanlah wanita yang layak untuk dikasihani.

MaduWhere stories live. Discover now