11 🍯 (Dendam)

379 13 12
                                    


Keputusan sudahpun dibuat. Mastura telah membincangkan usulnya kepada ahli keluarga. Meskipun Shah menolak pada awalnya, namun atas desakan Mas yang benar-benar berharap, Shah pun tidak dapat berbuat apa-apa.

Puan Maimun dan Encik Jalil juga tidak keberatan dengan usulan anaknya itu. Jika begitu kehendaknya, mereka hanya dapat mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga mereka.

Lagipun mereka sedar, anaknya sudah tidak mampu melaksanakan tugas seorang isteri yang selayaknya. Sebagai orang yang faham agama, mereka membuat kesimpulan bahawa Shah berhak mendapat kebahagiaan sebagai seorang suami.

"Mas. Mas sudah fikir masak-masak ke?" Puan Aminah datang berkunjung serta bertanyakan semula akan keputusan menantunya itu.

"Dah, ummi. Mas sudah fikirkannya. Dan abang Shah juga sudah menyetujui," jelas Mas, tenang berbicara.

"Tapi bagaimana dengan Liya? Dia tidak kesah ke menjadi isteri kedua Shah?" sambung Puan Aminah bertanya.

"Setakat ini, Liya ikut saja apa yang Mas suruh pada dia. Lagipun dia sudah menjadi sebahgian dari keluarga kami. Dia telah menjaga Mas dengan baik. Jadi, Mas mahu dia menjadi ahli keluarga kita selama-lamanya."

Puan Aminah tidak dapat berkata apa lagi. Wajah Mastura ditatap sayu. Betapa besar hati menantunya ini. Bukan mudah untuk seorang wanita memilih keputusan ini. Beliau hanya berharap semoga rumah tangga anak dan menantunya itu sentiasa dirahmati Allah.

Puan Aminah sendiri sebenarnya langsung tiada masalah dengan gadis bernama Liya ini. Bahkan beliau juga sudah cukup mengenali gadis itu. Langsung tidak keberatan jika Liya bakal menjadi menantu keduanya nanti.

"Kalau sudah begitu usul Mas, ummi ikut saja. Janji anak dan menantu ummi ni bahagia, ummi menyokong dari belakang," putus beliau.

Meskipun begitu, dia amat sayangkan Mastura, menantunya. Berkat Mas lah anaknya Shah berubah menjadi manusia berguna. Jadi, semestinya dia amat menyayangi menantunya ini seperti anak sendiri.

Beralih pada pihak Liya. Gadis itu masih keliru dengan semua ini. Dia masih tertanya-tanya pada hati, adakah keputusan yang diambil ini adalah benar? Relakah dia menjadi isteri kedua?

Liya tidak dapat mengatakan tidak sewaktu Mastura mengutarakan hastratnya itu dengan bersungguh-sungguh. Di sisi lain, dia langsung tidak bersedia untuk semua itu. Apatahlagi, berkahwin dengan lelaki seperti Shah. Tidak terfikir sama sekali.

Namun berkat pujukan Mastura yang begitu berharap, Liya pun tidak sampai hati mahu menghampakannya. Lagipun, upah yang diberi oleh Shah padanya sudah cukup untuk menampung kehidupan serta mengirim wang itu kepada ibu dan adiknya di kampung. Pun begitu, Liya masih dilanda dilema.

***

"Abang. Abang tak apa-apa ke?" Mastura menegur tika suaminya itu dilihat termenung sendiri. Lelaki itu sedang duduk di meja kerja di bilik, tetapi matanya jauh menerawang entah ke mana.

Shah sedikit terkejut ketika Mastura datang dan melabuhkan sentuhan kedua tangan pada bahunya. Shah menoleh, senyumnya terukir lembut buat wanita itu. Tangan isterinya di bahu dibalas sentuhan.

"Mas tak tidur lagi?"

"Belum! Mas tengok abang rungsing. Mas jadi tak sedap hati. Abang ada masalah?" Mastura menyoal.

Shah menghela dalam. Genggaman tangannya semakin dipererat. Mastura juga telah dibawa duduk bersama bersebelahan dengannya.
Matanya tunak mencari wajah isterinya itu.

"Mas. Mas fikirkan balik permintaan Mas itu. Abang risau, Mas. Abang risau takut abang tidak mampu berlaku adil. Mas pun tahu kan, abang hanya cintakan Mas seorang."

MaduWhere stories live. Discover now