20: (Ini Dunia, Ana Yang Punya)

518 15 4
                                    

TIGA ulas bawang putih diketuk di atas chopping board. Disauk pantas menggunakan sudip lalu terus dicampak ke dalam kuali yang telah panas minyaknya.

Disusul kemudian dengan isi ayam yang sudah dihiris halus, digaul rata sebelum dicurahkan dua biji telur yang sudah dipukul sebati. Telur dikacau di dalam kuali sehingga mesra, barulah kini giliran nasi untuk dimasukkan sama. Sayur kangkung, garam dan sos tiram menyusul di belakang.

Aroma sudah naik. Pastinya nasi goreng kampung itu telah membangkitkan selera sesesiapa jua yang terhidu akan kelazatannya.

Liya sedikit kaget apabila pinggangnya diraba dari belakang. Sepasang tangan itu diperhatikan sementara tanganya masih giat mengacau nasi di dalam kuali tanpa henti.

Tangan itu semakin melilit pinggangnya. Belakang badannya terasa panas tika sebatang tubuh telah melekap di situ.

"Erm.. sedapnya bau. Masak apa tu?" Shah meletakkan dagu pada bahu Liya sambil menghidu aroma masakan yang dimasak oleh isteri keduanya itu.

Wajah Liya yang tadinya terkejut berangsur pudar dan bertukar menjadi senyum sambil melirik Shah dengan ekor mata. Salah satu kebahgiaan bagi seorang perempuan bila suami datang mengganggu dirinya ketika sedang memasak dengan cara seperti itu. Liya mengangkat bahu genit kegelian. "Abang, geli lah."

Shah tak peduli dengan rengekan itu, malah semakin memperkemas pelukannya. Leher Liya tak lupa dikucup, juga acah-acah mahu digigit.

"Laparlah! Awak masak je mesti saya terus lapar," suaranya terdengar serak-serak basah.

"Liya masak nasi goreng kampung ni. Favorite abang."

"Emm. Nyum-nyum! Tapi.. yang ni lagi nyum."

"Janganlah abang, geli."

"Nasiblah. Nak gigit jugak. Aagh..."

Inilah saat-saat manis paling favorite buat pasangan suami isteri selain di bilik tidur. Si suami datang mengganggu isteri yang sedang membuat kerja di dapur dengan aksi-aksi gedik manjanya. Tentunya ia akan mencipta satu moment yang membuat si isteri tersenyum-senyum bahagia.

Seketika terdengar gelak tawa saling bersahutan dari arah dapur apabila pasangan tersebut sedang bersenda gurau dengan mesra.

Namun aksi tersebut tiba-tiba terhenti. Tubuh mereka terkaku saat mereka dikejutkan dengan kemunculan Mastura yang tiba di pintu dapur.

Shah melepaskan pelukannya terhadap Liya bila dilihat Mastura sudah menundukkan wajah dan mengundur langkah. Liya juga melarikan wajah yang memerah, tebal akan rasa malu.

"Eh.. Mas," kalut Shah.

"Maaf! Mas tak niat nak ganggu," Mastura sendiri turut segan kerana tanpa sengaja memergoki mereka sedang bermesraan di dapur. Dia pun berhajat untuk berundur, namun Shah segera mengejarnya.

"Mas. Mas nak ambil apa? Mari sini." Mastura dipimpin semula memasuki dapur.

"Mas nak buat air kopi je."

"Nak buat kopi? Mari abang tolong." Mempelawa diri, bahu Mastura dirangkul untuk membantu isteri pertamanya itu membancuh kopi. Apapun yang Mastura rasa saat ini, Shah mesti meredakan perasaan itu.

"Nak letak susu manis tak?"

"Nak!"

"Lagi?"

Sementara itu, Liya pula masih sibuk menyiapkan masakannya. Dia tersenyum lega hati sambil mencuri pandang ke arah belakang. Dia tahu, Shah sedang berusaha membahagi kasih sayang antara dirinya dan juga Mastura. Berusaha berlaku adil dan menjadi suami yang baik buat mereka. Alhamdulillah. Liya gembira dengan perubahan ini.

Baru kini Liya tahu yang Shah ini sebenarnya lelaki yang sangat romantik apabila melayan isteri. Isteri mana tidak gembira dilayan sedemikan oleh suami?

Menu sarapan telahpun siap. Nasi goreng kampung bersama telur mata kerbau sudah sedia terhidang.

Shah duduk di kerusi paling hujung dan diapit oleh kedua isteri di sisinya. Nasi goreng di dalam pinggan lalu disudukan dan kemudian disuapkan kepada Mastura yang berada di sebelah kanannya.

"Ini untuk cinta hatiku," kata Shah.

Mastura pun menyambut suapan itu dengan hati gembira.

Selesai itu, Shah lalu menyudukan nasi sekali lagi. Dan kali ini disuapkan kepada Liya yang berada di sebelah kirinya. "Ini pula, untuk belahan jiwaku." 

Liya juga menyambut suapan itu dengan senang hati. Shah tersenyum senang sambil melihat kedua isterinya silih berganti. Gembira melihat kedua wanita itu menikmati suapan-suapan cintanya.

Namun, mendadak wajahnya menjadi tegang apabila kedua-dua isterinya telah bersepakat untuk menyuapkan dirinya pula. Secara serentak pula tu.

"Ini untuk suami kami yang paling sweet."

Lafaz diucap serentak oleh kedua wanita tersebut sambil membawa sesudu nasi goreng untuk disuapkan kepada suami mereka.

"Ahh, jangan..." Shah sudah pucat cuba menolak. Habislah dia kali ini.

"Buka mulut abang..." paksa Mastura.

"Aaa.. besar lagi abang," tambah Liya.

Shah pun menuruti. "Aaaa...."

Maka suapan itu disumbat serentak oleh kedua-dua isteri, membuat Shah terbeliak matanya. Susah payah dia mengunyah makanan yang sudah penuh di dalam mulut. Kedua isterinya ditoleh satu persatu dengan muka jengkel. Apatah lagi bila kedua wanita itu sudah mengekek berdekah-dekah mentertawakannya. Shah bertambah geram.

Dipercepat kunyahan laju-laju sehingga makanan di dalam mulut habis ditelan. Setelah itu, Shah lentokkan kepala pada bahu kerusi yang disandarinya. Shah membuat gaya seolah-oleh dia sedang pengsan, membuat kedua isterinya hampir panik seketika.

"Aduh... Matilah abang kalau macam ni. Mati kekenyangan oleh suapan cinta kamu berdua. Kasi abang mati sekejap ya." Shah kembali membuat aksinya seperti tadi. Membuat kedua wanita itu bertambah geli hati.

Selanjutnya, Mastura dan juga Liya kembali menyuap suami mereka secara bergilir-gilir sampailah Shah menyerah kalah. Boleh mati betul-betul kalau begini caranya oii...

Amboi... Bahagia betul hidup kau ya Shah?

Ceh. Bahagia apa? Seksa tau! Kalau tak mampu berbini dua jangan cuba-cuba. Hanya yang mampu zahir dan batin je yang boleh merasainya.

Tapi.. satu je nak bagi tahu.... Best gila!Bak kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Ini dunia, ana yang punya... Wakakakaka!

MaduWhere stories live. Discover now