15 Rezeki

426 14 3
                                    

Waktu berjalan begitu pantas. Tanpa terasa, sebulan sudah usia pernikahan baru Shah dengan Liya. Sepanjang tempoh itu Shah tidak menafi, boleh tahan kuat juga hati seketul manusia bernama Sara Liyana ini.

Meski pelbagai herdikan dan kata-kata sinis dilempar olehnya, namun isteri keduanya itu tidak sekali pun membantah ataupun menunjukkan yang dia terasa hati. Wanita itu tetap tekun melakukan tugasnya di rumah itu dengan baik.

Seperkara lagi yang membuat Shah terdiam. Kehadiran Liya benar-benar membuat hidup Mastura bertambah ceria.

Isteri pertamanya itu kini semakin bersemangat menjalani rawatan. Berteman Liya, keadaan Mas kini berangsur semakin pulih.

Hal itu membuat Shah terpaksa menurunkan sedikit ego dan sikap barannya sedikit demi sedikir. Selain dirinya, kehadiran Liya sebagai teman, juga sangat diperlukan oleh Mastura.

Seperti petang itu. Shah pulang dari pejabat tepat pukul 6 petang. Wajahnya kelihatan tenang hari ini. Tidaklah tegang seperti selalu. Mungkin tekanan kerja di pejabat hari ini tidak terlalu membuatnya stress sehingga membuat moodnya kelihatan enak dipandang. Barulah dapat terlihat jelas, yang Shah ini boleh tahan rupawan orangnya. Muka ada senyum, tak marah-marah. Barulah handsome!

Liya yang sudah menyedari kepulangan Shah itu lekas menuju pintu untuk membukanya. Kepulangan Shah disambut dengan senyum ramah seperti biasa meski Liya tahu, senyumnya itu tidak akan mungkin berbalas.

Namun Liya silap untuk kali ini. Shah justeru membalas senyum meski tidaklah terlalu manis. Tetapi, itu sudah cukup membuat hati Liya yang terluka parah itu sedikit terubat.

Bag, coat, dan tali leher yang sudah ditanggal dihulur begitu saja pada Liya yang sudah sedia menyambutnya. Itulah tugas Liya setiap hari menyambut ketibaan suami. Meski Shah melayannya seperti orang gaji, namun gadis itu tetap tekun melakukannya tanpa merungut.

"Mana kak Mas?" Shah bertanya sambil melangkah masuk. Tanpa menoleh wajah Liya yang mengekor langkahnya dari belakang, isteri pertama juga yang ditanya terlebih dahulu.

Liya tak kesah pun! Dia justeru bangga melihat lelaki yang begitu cintakan isteri sehingga begitu sekali.

"Kak Mas baru je naik." Lembut Liya membalas.

"Buat apa je hari ini di rumah?" Kembali Shah bertanya.

"Kami hari ini membuat gubahan bunga. Selain membuat kek, Liya juga minat membuat flower bouquet," ujar Liya lagi.

Dan benar saja. Begitu Shah menoleh ke arah sofa, di situ sudah tersusun beberapa gubahan bunga yang diletakkan di atas meja belakang sofa itu. Cantik!

Pelbagai bentuk dan warna. Selain bunga, terdapat juga gubahan coklat yang telah dihias cantik sedemikian rupa.

"Humm, cantik. Awak buat ke?" gumam Shah.

"Benar, abang. Kak Mas ada tolong Liya. Kak Mas suka dengan gubahan ini. Katanya dia juga minat, tetapi selama ini tidak tahu mahu membuatnya."

"Ermm.. baguslah. Ni buat banyak-banyak ni nak bagi kat siapa?" tanya Shah lagi.

"Liya ada cuba iklankan di IG. Alhamdulillah, ada tempahan. Sepuluh bouquet itu, esok Liya kena hantar pada costumer."

Shah terdiam. Matanya masih tidak beralih dari memerhatikan bouquet bunga tersebut. Terdetik rasa tertarik, sehingga tangannya menyentuh bunga-bunga itu.

Sebaris senyum tidak berapa manis telah terukir di bibir tanpa sepengetahuan Liya. Shah tidak memungkiri kenyataan, bahawa hatinya kini sedang memuji tangan seni yang dimiliki oleh isteri keduanya itu. Apa saja yang dibuatnya, pasti cantik.

MaduWhere stories live. Discover now